Accessibility Tools

Skip to main content

Januari 2013 Aktiviti 18

  • Sesi Interaksi Pengerusi SPA Bersama Pegawai-Pegawai Lantikan Secara Kontrak Di JPNIN

    PUTRAJAYA, 30 Januari  ------  Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan sesi interaksi dengan pegawai-pegawai Lantikan Secara Kontrak Di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN). Sesi interaksi yang diadakan di PICC turut di hadiri Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, YBhg. Dato' Azman Amin Hassan, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan SPA. Sesi interaksi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan ekspektasi pegawai-pegawai lantikan kontrak terhadap SPA selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang utama dalam Perkhidmatan Awam. Satu sidang media turut diadakan selepas majlis sesi interaksi berakhir di tempat yang sama. Sementara itu pada sebelah petang, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan bersama wakil-wakil kesatuan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bilik Mesyuarat Suruhanjaya.  -----  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
Your message here