Accessibility Tools

Skip to main content

Jun 2012 Aktiviti 17

  • Sesi Interaksi Pengerusi SPA di Johor Bahru

JOHOR BAHRU 26 Jun ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan Sesi Interaksi seterusnya dengan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dan Pemimpin Masyarakat Negeri Johor semalam. Hadir sama, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd. Shaiful Ibrahim dan pegawai-pegawai kanan SPA. Di dalam sesi tersebut, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan maklumat merangkumi gaji, kemudahan yang boleh dinikmati penjawat awam, peluang kenaikan pangkat, pinjaman perumahan dan sebagainya. Pelbagai soalan telah dikemukanan oleh wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) terdiri kaum Cina dan India. Sejurus selepas majlis selesai, Pengerusi SPA telah mengadakan sidang media sempena majlis tersebut di tempat yang sama dan diikuti dengan lawatan ke Pusat Temu Duga SPA di Menara Ansar Johor Bahru, Johor. ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Mac 2015 Aktiviti 5

  • Perjumpaan Pengerusi S.P.A Bersama Pegawai Sambilan Harian (PSH)

    PUTRAJAYA, 4 Mac ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi ini mengadakan perjumpaan bersama Pegawai Sambilan Harian (PSH) Peringkat SPM/Doploma/Ijazah/Pegawai kontrak. Perjumpaan bulanan yang diadakan di S.P.A Putrajaya itu adalah berkaitan dengan kerjaya dan masa hadapan pegawai-pegawai berkenaan agar menjawat jawatan yang tetap mengikut kelayakan. Beliau juga menyeru agar pegawai-pegawai ini menghadiri kursus tips dan panduan memasuki perkhidmatan awam anjuran S.P.A supaya apabila mereka menghadiri sesi temu duga calon-calon ini menepati ciri-ciri penjawat awam yang dikehendaki jabatan mengikut jawatan yang dipohon. Tan Sri Mahmood juga menerangkan bahawa sesi intiview yang dijalankan oleh S.P.A adalah menggunakan kaedah Compentency Based Intiview (CBI) ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 16

  • SPA FC Juara Liga FAM 2012

BANGI 24 Jun ------ SPA FC muncul Juara dalam Pertandingan Liga FAM 2012, setelah menewaskan pasukan TENTERA DARAT FC 2 – 0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Mini Petronas petang semalam. Walaupun hanya berbaki satu perlawanan iaitu menentang pasukan UiTM pada minggu hadapan, ia adalah sebagai pelengkap dan perlawanan terakhir dalam saingan Liga FAM 2012. SPA FC yang memperoleh 38 mata dan ianya tidak dapat di pintas oleh pesaing terdekat iaitu pasukan UiTM. Ketika mengulas perlawanan dan kejayaan yang dicapai, Presiden SPA FC YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pengurus, jurulatih, pemain-pemain serta semua yang terlibat termasuklah penyokong-penyokong SPA. ”Dengan kemenangan hari ini, kita (SPA FC) telah layak secara automatik untuk menyertai saingan Liga Perdana pada tahun hadapan". Dato’ Lamien Sawiyo juga turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Dragon Boat Kategori Wanita dan Kategori Campuran yang menjadi Johan Dragon Boat JPM 2012. Sementara itu Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari ketika diminta mengulas juga mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kemenangan pasukan SPA FC, ”Saya mengucapkan tahniah kepada para pemain kerana menunjukkan mutu permainan yang konsisten dari awal permainan hingga ke akhir perlawanan”. Jurulatih SPA FC, Nidzam Jamil ketika diminta mengulas mengenai perlawanan dalam saingan Liga Perdana berkata, "Semua pemain SPA FC yang ada sekarang memang layak untuk bermain dalam Liga Perdana pada tahun hadapan." ------ MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

September 2013 Aktiviti 13

  • Temu bual Tan Sri Mahmood Adam Bersama SPANCO

    PUTRAJAYA, 24 November ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah ditemu bual oleh editor majalah PRIHATIN iaitu keluaran Syarikat Sistem Pengangkutan Angkatan Nasional Company (SPANCO). SPANCO adalah merupakan syarikat yang membekalkan kenderaan secara pajakan yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan sejak 1994. Temu bual diadakan bertujuan untuk meminta pandangan dan berkongsi pengalaman YBhg. Tan Sri Mahmood Adam sejak beliau menggunakan kenderaan Jabatan yang dibekalkan oleh SPANCO. Antara topik temu bual selama 50 minit itu adalah berkenaan pengurusan, penambahbaikan dan kecekapan perkhidmatan yang diberikan oleh SPANCO. Turut hadir dalam sesi temu bual ialah Senior Manager Syarikat SPANCO iaitu Encik Shaheeran Jalalludin ------ MediaSPA

 

Continue reading

Oktober 2014 Aktiviti 3

  • S.P.A Hargai Kakitangan Kerana Bertugas Dengan Cemerlang ---- Datuk Ramli Juhari

    PUTRAJAYA, 2 Okt ------ Setiausaha Datuk Ramli Juhari berkata beliau menghargai warga S.P.A kerana bekerja dengan bersungguh-sungguh dan melaksanakan tugas tidak mengira waktu seperti yang dikehendaki terutama ketika menjalankan urusan Peperiksaan Online yang dilaksanakan S.P.A sekarang. “Mereka ini boleh bekerja dari siang hingga malam dan menghabiskan tugas hingga awal pagi” beliau berkata demikian ketika berucap dimajlis perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya sebentar tadi. Menurutnya lagi, setiap aduan pelanggan yang dihantar menerusi e-aduan juga telah dapat dijawab dalam tempoh (3) tiga hari seperti yang ditetapkan. Yang turut hadir, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia serta warga S.P.A.  ------ MediaSPA

 

Continue reading

Mac 2015 Aktiviti 6

  • Perjumpaan Pengerusi S.P.A Dengan Pegawai Gred 41-44

    PUTRAJAYA, 4 Mac ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai Gred 41-44 yang bertugas di S.P.A sebentar tadi. Perjumpaan hampir dua jam yang diadakan di bilik esyuarat Suruhanjaya adalah berkaitan dengan cadangan penambahbaikan organisasi dan hala tuju S.P.A. Antara cadangan yang dikemukakan adalah meliputi organisasi, urusan Pengambilan, Latihan, ICT, Perkhidmatan/Tatatertib dan Peperiksaan  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 15

  • Pasukan SPA Juara Kejohanan Dragon Boat JPM 2012 Kategori Wanita Dan Kategori Campuran

PUTRAJAYA 24 Jun ------ Pasukan Dragon Boat SPA Kategori Wanita dan Kategori Campuran muncul Juara dalam Kejohanan Dragon Boat JPM 2012, yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6, Putrajaya petang tadi. Sebanyak 6 pasukan terdiri daripada Kategori Wanita dan 10 pasukan daripada Kategori Campuran bertanding dalam kejohanan pada tahun ini. SPA juga muncul sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan Dragon Boat yang disertai oleh Jabatan/Agensi dibawah JPM sempena Hari Keluarga Jabatan Perdana Menteri yang bermula pada 23 dan 24 Jun 2012. Turut hadir menyaksikan pertandingan, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

September 2013 Aktiviti 14

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 35 Bagi Tahun 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 35/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib, lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,350 orang dan seramai 970 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, 16 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.

 

Continue reading

Oktober 2014 Aktiviti 4

  • "Calon Lantikan Ke Jawatan Penguasa Kastam Menepati Kriterier"  Pengerusi S.P.A

    PUTRAJAYA, 3 Okt ------ Tan Sri Mahmood Adam berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mencari calon terbaik untuk dilantik ke jawatan Penguasa Kastam Gred W41 dalam sesi temu duga yang akan bermula 7 Oktober ini. “Insyallah S.P.A akan melantik calon yang menepati kriterier sebagaimana yang dimahukan oleh Kastam” . Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada pengerusi-pengerusi temu duga pada sesi taklimat Pra temu duga di Putrajaya, semalam. Menurutnya lagi S.P.A akan menjalankan sesi temu duga berasaskan Competency Base Interview (C.B.I). Seramai 30,810 orang calon akan di temu duga untuk mengisi kekosongan jawatan Penguasa Kastam bagi pelaksanaan GST yang akan bermula pada 1 April 2015.  ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Your message here