PULAU PINANG 17 Jun ------ SPA FC membawa pulang tiga (3) mata apabila berjaya menewaskan pasukan PBAPP FC dalam saingan Liga FAM 2012 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang petang semalam. Jaringan SPA FC telah diperoleh melalui ketua pasukan, Mohd Zulkifli Affendi pada minit ke-51 pada separuh masa kedua. Dengan kemenangan tersebut, SPA FC hanya perlu menang sekali sahaja lagi dalam perlawanan selepas ini untuk menjadi Juara Liga FAM 2012. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 29/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan sepuluh (10) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,685 orang dan seramai 1,036 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 23 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
"S.P.A Akan Jalankan Peperiksaan Online Sehingga 10 Jawatan Serentak" Tan Sri Mahmood Adam
KUALA LUMPUR, 10 Okt ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) akan melaksanakan peperiksaan online sehingga 10 jawatan dalam satu masa. Perkara ini dinyatakan oleh Pengerusinya Tan Sri Mahmood Adam dalam ucapan terima kasih kepada kakitangan S.P.A, JARING dan NOVETIS selapas beliau melihat perjalanan peperiksaan online secara serentak bagi jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27 dan Jurufotografi Gred B17 di Bukit Jalil malam tadi. Peperiksaan yang bermula jam 8.00 malam, telah tamat pada jam 10. 10 malam mengikut jadual tanpa mengalami masalah teknikal. Peperiksaan turut dihadiri calon dari Negara Singapura, Indonesia, Jordan dan Mesir. Keputusan peperiksaan boleh dilihat di Portal S.P.A pada isnin ini, 13 Oktober 2014 jam 12.00 tengahari. ------MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 9/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 846 orang dan seramai 765 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, dua (2) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Penyampaian Sijil Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020
Putrajaya 8 Februari 2021- Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada 45 warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang telah menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020. Semoga penganugerahan ini menjadi pendorong serta inspirasi kepada semua warga SPA yang lain untuk terus berusaha mempertingkatkan produktiviti dan menjalankan amanah di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
BINTULU 16 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hari ini telah mengadakan Hari Khas SPA Bersama Pelanggan yang diadakan di Dewan Suarah, Bintulu Sarawak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo. Hadir sama, Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Encik Sirai Anak Daha, Setiausaha Bahagian Urus Setia SPA Cawangan Sarawak, Encik Saiful Sungkih Bin Abdullah. Selain SPA, Hari Khas SPA Bersama Pelanggan ini juga turut disertai oleh Kementerian/Jabatan/Agensi lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Tenaga Kerja. SPA turut menjemput Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia untuk menyertai pameran kerjaya pada kali ini. Satu sesi ceramah mengenai peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Urus Setia SPA Cawangan Sarawak, Encik Mohd Firdaus Bin Haris Fadzilah. SPA turut menyediakan perkhidmatan pendaftaran permohonan jawatan secara online dan membuka kaunter bagi memberi penerangan dan khidmat nasihat berkaitan urusan pengambilan dalam perkhidmatan awam kepada pelanggan yang hadir dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang. ------ MediaSPA
Wawancara Peserta DPA Bersama Tan Sri Mahmood Adam
S.P.A, 14 Ogos ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah diwawancara oleh peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA). Wawancara yang diadakan di bilik Mesyuarat Pengerusi itu telah di hadiri oleh 5 (lima) orang peserta yang sedang menjalani Kursus Diploma Pengurusan Awam di INTAN. Tujuan wawancara ini diadakan sebagai tanda penghormatan bagi tokoh kepimpinan dalam Perkhidmatan Awam untuk modul komunikasi kepimpinan bagi diploma pengurusan awam. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 35/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 560 orang dan seramai 1,976 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 16 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan enam belas (16) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PORT DICKSON, 11 Mac ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengingatkan kepada peserta Kadat Penolong Penguasa Imigresen yang akan menjalankan tugas nanti supaya menjauhi atau menerima rasuah. Tegas Tan Sri Mahmood “jangan mulakan tugas kita ini dengan menerima rasuah” . Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat do’s and don’ts dalam perkhidmatan awam di hadapan 230 orang kadet yang sedang menjalankan kursus asas Keimigresenan bagi Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27 siri 1/2015 di Akademi Imigresen Malaysia Port Dickson, Negeri Sembilan.Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Abdul Halim Abdul Rahman dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) S.P.A, Salmah Idris. Tan Sri Mahmood juga turut menyampaikan surat penempatan untuk pegawai-pegawai ini yang akan menamatkan kursus pada 28 Mac 2015 ------MediaSPA
Pelbagai Pembaharuan Akan Dilaksanakan SPA - Tan Sri Mahmood Adam
BINTULU 15 Jun ------Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood bin Adam berkata kini SPA telah membuat beberapa penambahbaikan dan pembaharuan dalam melaksanakan urusan-urusan pengambilan dan lantikan pegawai awam. Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Interaksi dengan Jabatan-Jabatan Persekutuan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan di Bintulu, Sarawak petang semalam. Hadir sama, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sarawak, Encik Mohd Saiful Sungkih bin Abdullah. Di antara pembaharuan yang dilaksanakan SPA adalah calon boleh memohon untuk ditemu duga pada waktu malam, boleh mengisi permohonan lebih dari 5 jawatan ataupun seseorang calon yang mempunyai kelayakan Ijazah, boleh memohon jawatan kerani atau Pembantu Tadbir ”Inilah transformasi yang dibuat oleh SPA, dan SPA boleh memperoleh penjawat awam yang berkualiti”. Tambahnya lagi, “itulah harapan dan antara produk-produk baru kita (SPA) kepada masyarakat”. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 30/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib dansembilan (9) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) Kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 2,141 orang dan seramai 895 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 24 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tujuh (7) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
"Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Mesti Tahu Fungsi S.P.A" Datuk Ramli Juhari
PULAU PINANG, 13 Okt ------ Setiausaha Datuk Ramli Juhari hari ini menyeru agar pegawai-pegawai S.P.A terutama dari Kumpulan Pengurusan & Profesional mengambil tahu bidang tugas setiap Bahagian di S.P.A. Beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama pegawai-pegawai dari kumpulan tersebut di Pulau Pinang malam tadi. “ Semua pegawai dari kumpulan ini (Pengurusan & Profesional) mesti tahu tugas dan fungsi S.P.A” . Katanya lagi, pegawai kumpulan inilah yang akan terlibat menghadiri mesyuarat luar atau mewakili Setiausaha dan sudah pasti mereka ini perlu mengetahui fungsi tersebut ”. ------ MediaSPA
SIBU, 14 Mac ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengarahkah supaya semua pusat-pusat temu duga S.P.A di buka pada setiap hari bekerja bagi memberi kemudahan kepada calon-calon yang ingin berurusan terutamanya untuk mengisi borang permohonan on line atau ingin mengetahui urusan yang berkaitan. Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan ke pusat temu duga S.P.A di Sibu Sarawak semalam. “Ada pusat-pusat temu duga yang tidak menjalankan sesi temu duga pada hari-hari tertentu (hari bekerja), jadi eloklah terus dibuka untuk memberi kemudahan kepada pelanggan”. Kini terdapat 14 puast temu duga S.P.A iaitu masing-masing 3 di Sabah dan Sarawak dan selebihnya di Semenanjung. ------MediaSPA
Perjumpaan Khas Tan Sri Mahmood Adam Dengan Media Massa/Elektronik Berbahasa Tamil
SPA 14 Jun ------Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan pertemuan khas dengan media massa/elektronik berbahasa Tamil. Perjumpaan yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya turut dihadiri Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam, Ahli Suruhanjaya Encik Perumal a/l Govindarajoo, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. Pertemuan YBhg. Tan Sri Pengerusi dengan media berbahasa Tamil tersebut adalah bertujuan untuk memberikan maklumat dan memohon bantuan pihak media supaya dapat menghebahkan tentang kemudahan/faedah penjawat awam, gaji dan jawatan-jawatan yang ditawarkan seterusnya menarik minat kaum India untuk berkhidmat dalam sektor awam. ------ MediaSPA
S.P.A, 19 Ogos ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya yang diadakan di Dewan Temu Duga S.P.A, Aras 6, Putrajaya, semalam. Hadir di majlis tersebut, Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R.Segarjah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan warga S.P.A. Turut hadir tetamu khas iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor . Majlis dimulakan dengan lawatan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam ke setiap gerai yang menyediakan pelbagai makanan. Tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian dan persembahan tarian oleh artis-artis dari warga S.P.A. Satu pertandingan gerai tercantik turut didakan dan telah diadili oleh Puan Sri Nabihah Hj. Hassan. ------ MediaSPA
"Rujuklah Kepada Pegawai Atasan Dahulu" Tan Sri Mahmood Adam
PULAU PINANG, 14 Okt ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengingatkan pegawai-pegawai jangan menyalahguna kuasa apabila menjalankan tugas. Katanya “rujuklah kepada pegawai atasan dahulu, terutama perkara-perkara yang melibatkan dasar dan ia mesti rujuk kepada Suruhanjaya” . Beliau berkata demikian ketika merasmikan kursus pemantapan pengetahuan fungsi-fungsi S.P.A anjuran ASPA bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional di Pulau Pinang sebentar tadi. Katanya lagi, “S.P.A tidak mahu menjalankan tugas yang akhirnya nanti tidak dipercayai oleh pelanggan”. Yang turut hadir Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia. ------ MediaSPA
SIBU, 14 Mac ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam mengadakan sesi dialog bersama ketua-ketua komuniti dan masyarakat tempatan Sibu malam tadi. Sesi dialog turut dihadiri Menteri Kewangan II dan Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, YB Dato’ Sri Wong Soon Koh. Sesi dialog selama selama 3 (tiga) jam dihadiri 200 Ahli-Ahli NGO dari masyarakat kaum Cina sekitar Sibu adalah bertujuan memberi penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi S.P.A serta menarik kaum itu untuk menyertai perkhidmatan awam. ------MediaSPA
SPA 13 Jun ------Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah melaksanakan sesi temu duga pada waktu malam buat pertama kalinya bermula hari ini. Seramai tiga (3) orang calon hadir untuk ditemu duga bagi jawatan Pembantu Penyelidik. Sesi temu duga yang bermula jam 8.00 malam telah diadakan di Dewan Temu Duga Aras 6, Putrajaya. Terdahulu dari itu, sesi temu duga pada waktu malam dan pada hujung minggu telah diumumkan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPA pada majlis pertemuan dengan media dan di Majlis Interaksi Pengerusi SPA bersama Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri dibawah bidang kuasa SPA di Pusat Konvensyen Antarabangsa PICC, Putrajaya, minggu lepas. ------ MediaSPA