Accessibility Tools

Skip to main content

Mei 2012 Aktiviti 4

  • Lawatan Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Nepal

SPA, 8 Mei -----  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah menerima lawatan rasmi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Nepal. Delegasi seramai 6 orang daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negara tersebut telah diketuai oleh Ahli SPA Nepal, Hon. Krishna Prasad Pokharel. Ketibaan rombongan telah disambut Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo serta pegawai kanan SPA. Sejurus tamat sesi taklimat yang berlangsung di bilik Mesyuarat Suruhanjaya aras 10, delegasi telah dibawa melawat dewan temu duga di aras 6 dengan diiringi oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Terdahulu dari itu, Hon. Krishna Prasad Pokharel telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Menunaikan fungsi Pengerusi SPA mengikut Perkara 142(3A) Perlembagaan Persekutuan). ----- MediaSPA

 

Continue reading

Mac 2015

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Agong PUSPANITA Cawangan Kecil SPA

SPA, 11 Mei -----  Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah merasmikan Mesyuarat Agong PUSPANITA 2012–2014 Cawangan Kecil SPA, di Auditorium JPA. Hadir sama pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA YBhg. Datin Normah Ibrahim, Timbalan Pengerusi Puan Lim Mooi Eia dan Ahli-Ahli PUSPANITA SPA. PUSPANITA Cawangan Kecil SPA turut memberi penghargaan kepada Puan Salbiah Arop sebagai penerima Anugerah Cemerlang PUSPANITA SPA 2010 – 2011. YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada beliau sebagai tanda penghargaan. ----- MediaSPA

 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 11

  • Program Kerjaya di Lahad Datu

    Lahad Datu, 6 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan Program Kerjaya bertempat di daerah Lahad Datu Sabah. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg Dato' Segarajah Ratnalingam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin bin Ahmad dan Setiausaha Bahagian Urusetia Sabah, Tn Hj Musa bin Sulaiman. Dalam ucapan Ybhg Dato' "Pemilihan Lahad Datu untuk program kali ini dirasakan sangat tepat dan bersesuaian bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat di daerah ini walaupun pernah mengalami peristiwa hitam, namun masyarakat di sini tidak sesekali dilupakan dan diabaikan daripada mendapat peluang-peluang pekerjaan di dalam perkhidmatan awam persekutuan".

    Taklimat kerjaya dan tips temuduga khusus kepada pelajar sekolah menengah telah disampaikan oleh Cik Salwa Izani bt Kamarzaman. Antara lain aktiviti sepanjang program kerjaya ialah Pendaftaran dan Semakan online serta kaunter bagi khidmat nasihat urusan perkhidmatan.

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 2

  • Tan Sri Mahmood Adam Mempengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    PUTRAJAYA, 3 Julai ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya. Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan. ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Januari 2014 Aktiviti 18

  • PERISTIWA BERGAMBAR : Seminar S.P.A Outreach "Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam" Terus Mendapat Sambutan - Pengerusi S.P.A

    Peristiwa bergambar.

 
 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 6

  • SPA FC Tewaskan Pulau Pinang SDM Kepala Batas

BANGI, 13 Mei -----  SPA FC menang 2 – 1 menewaskan Pulau Pinang SDM Kepala Batas dalam perlawanan Bola Sepak Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Petronas, Bangi petang semalam. Jaringan SPA FC diperoleh pada separuh masa kedua melalui pemain gantian, Muhammad Rery Martinez pada minit ke-83. Pada minit ke-86 pula, tendangan kencang dari luar kotak penalti oleh ketua pasukan, Sazali Suwandi menambah derita pasukan pelawat untuk jaringan kedua SPA FC. Hadir menyaksikan perlawanan, Presiden SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 12

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 25 Bagi Tahun 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 25/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib dan tiga belas (13) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,724 orang dan seramai 938 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 29 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 1

  • Mesyuarat SPA Bersama APMM

    PUTRAJAYA, 2 Julai ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam petang ini mempengerusikan menyuarat bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia. Hadir sama Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish serta pegawai kanan APMM. Mesyuarat yang diadakan dibilik Mesyuarat Suruhanjaya bermula sebentar tadi. ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 7

  • Kursus Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)

SPA, 16 Mei -----  Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) telah mengadakan Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di Anjung Ilham aras 10. Kursus yang bermula semalam telah dihadiri seramai 45 peserta terdiri daripada warga SPA. Sebanyak 6 sesi ceramah telah diadakan antaranya adalah Pengenalan mengenai KIK, Teknik Menjana Idea Kreatif, Kaedah KIK, Konsep KIK, langkah pemilihan masalah dan pembangunan KIK. Ceramah sepanjang kursus pada kali ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Basharuddin Haji Abdullah dari Jabatan Kastam. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 13

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 26/2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 26/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan sebelas (11) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 435 orang dan seramai 757 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 28 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan lima (5) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 3

  • Lawatan Tan Sri Mahmood Adam Ke Bahagian Di SPA

    PUTRAJAYA, 4 Julai ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi ini telah membuat lawatan ke Bahagian Pengambilan dan ke dewan temu duga S.P.A di Putrajaya. Terdahulu dari itu beliau yang diiringi Setiausaha Bahagian Pengurusan Mohd Nazri Dollah turut bertemu kakitangan yang bertugas di pusat One Stop Centre Aras 9.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 8

  • Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Allahyarham Noorazmi Bakri

SPA, 18 Mei -----  Warga Suruhanjaya Perkhdmatan Awam hari ini telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil khusus untuk Allahyarham Noorazmi bin Bakri dari Bahagian Pengurusan yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad lepas. Majlis yang diadakan di surau Blok C7 turut dihadiri Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan pegawai-pegawai kanan SPA. Turut hadir Yang Dipertua PASPA, En Shafarin Nasuredin. Bacaan Yasin dan Tahlil telah dipimpin oleh Encik Salehudin Md Dahlan. Hadir sama balu Allahyarham Noorazmi, Puan Rohana Ahmad. YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo juga menyampaikan sumbangan kepada Puan Rohana Ahmad berupa wang tunai yang telah disumbangkan oleh warga SPA. Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan dan PASPA . ----- MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 14

  • Perjumpaan Tan Sri Mahmood Adam Bersama Razif Sidek

    S.P.A, 16 Julai ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama jurulatih yang juga Juara Badminton Piala Thomas 1992, Razif Sidek. Perjumpaan sejam yang diadakan di bilik Mesyuarat Pengerusi itu adalah bertujuan untuk memperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui sukan badminton. " Dengan badminton, ia juga boleh mempromosi S.P.A seperti pasukan bola sepak SPA Putrajaya FC, yang kini dalam saingan Liga Perdana" katanya. YBhg.Tan Sri Mahmood Adam juga menyatakan bahawa penjawat awam kini digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar terutama sukan. Turut hadir Timbalan Presiden Kelab Badminton S.P.A Encik Mohd. Shamshul Kamar Ahmad. ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 4

  • Pengerusi S.P.A Terima Kunjungan Hormat Prof. Madya. Dr. Krishnan Maniam

    PUTRAJAYA, 4 Julai ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menerima kunjungan dari Prof. Madya. Dr. Krishnan Maniam. Hadir sama Pesuruhjaya SUHAKAM, Dato’ Siva Subramaniam. Tan Sri Mahmood Adam juga menyampaikan surat lantikan kepada Prof Madia. Dr Krishnan sebagai Ahli Jawatankuasa Khas mengkaji penyertaan masyarakat India dalam sektor awam.  ------  MediaSPA

 

Continue reading

Your message here