Januari 2014 Aktiviti 25
- PERISTIWA BERGAMBAR : PPerjumpaan Tan Sri Mahmood Adam Dengan Menteri Di JPM
Peristiwa bergambar.

Accessibility Tools
Peristiwa bergambar.
PERISTIWA BERGAMBAR 1 April : Mesyuarat Pra Suruhanjaya
Peristiwa bergambar.
BANGI, 5 April ----- SPA FC berjaya menewaskan Shahzan Muda (Pahang Kuantan Port) dengan jaringan 3 – 1 dalam perlawanan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Petronas, Bangi petang semalam. Jaringan pertama SPA FC diperolehi melalui Mohd Zulkifli Affendi pada minit ke-43. Khairol Azry Abdul Rahman menambah jaringan kedua SPA FC pada minit ke – 53. Pemain gantian, Muhammad Ariffin Norazidi menambah derita pasukan pelawat itu dengan jaringan ketiga pada minit ke-84. Turut menyaksikan perlawanan, Presiden SPA FC YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden YBhg. Datuk Ramli Juhari. Ketika mengulas kemenangan SPA FC ke atas pasukan pelawat YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo berkata pasukan SPA FC masih dapat menumpukan perlawanan Liga FAM ini walaupun telah meninggalkan perlawanan kerana terlibat dalam perlawanan Piala FA ” Pasukan SPA FC masih fokus untuk menuju destinasi iaitu pencapaian terbaik untuk menjadi juara Liga FAM bagi tahun 2012 ini”. Beliau juga berharap supaya pemain-pemain memberi tumpuan dan prestasi seperti perlawanan ini untuk perlawanan-perlawanan seterusnya. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 24/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 868 orang dan seramai 927 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, sepuluh (10) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Peristiwa bergambar.
PERISTIWA BERGAMBAR 3 April : Program SPA, SPP Dan MAMPU Di Sarawak
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 18 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menerima Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato’ Sri Dr. Ali Hamsa kepada Setiauaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari kerana Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) dari Bahagian Perkhidmatan telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan KIK peringkat Jabatan Perdana Menteri Oktober lepas. Majlis Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2012 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi tadi turut dihadiri oleh Ketua-ketua Agensi di bawah JPM. Kumpulan KIK MERPATI dari Bahagian Perkhidmatan telah mempersembahkan projek “Sistem Pengurusan Urusan Perkhidmatan Kurang Efektif”. Turut hadir menerima sijil penghargaan, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan, Cik Chan Hong Jin serta peserta KIK MERPATI SPA -----MediaSPA
SPA, 5 April ----- Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (ASPA) telah menganjurkan Kursus Penulisan Surat Rasmi, Memo dan Emel Berkualiti. Kursus yang bermula pada 3 April hingga 4 April 2012 tersebut telah diadakan di Anjung Ilham dan disertai oleh warga SPA. Sebanyak 6 sesi latihan dilakukan oleh peserta-peserta kursus antaranya ialah seperti bahasa surat, prinsip dan format surat rasmi, bengkel latih amal penulisan surat rasmi, pembentangan latih amal penulisan surat rasmi, format penulisan memo dan bengkel latih amal penulisan e-mel. Penceramah bagi kursus tersebut adalah Encik Daud Naim dan Encik Mat Zizi Ismail dari Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA, 9 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuaratnya yang ke-133 di Putrajaya, Jumaat lepas. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Mesyuarat turut dihadiri oleh Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara, Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching dan Kuala Lumpur serta Jemaah Pegawai SPKP. Turut hadir ke mesyuarat berkenaan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan isu-isu dasar dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. MediaSPA
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA, 16 Jan ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah melancarkan Kad Pegawai Kerajaan untuk penjawat awam. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun di Dewan Temu duga S.P.A Putrajaya. Dalam ucapan aluan, YBhg Tan Sri Mahmood Adam berkata penggunaan kad ini adalah merupakan keperluan yang telah diarahkan oleh Kerajaan agar kad untuk penjawat awam ini di adakan sebagai pengenalan diri. Sementara itu, YB Datuk Joseph Entulu berkata penggunaan kad identiti ini akan dilaksanakan mengikut peringkat di Kementerian atau Jabatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah pun memulakan pengunaannya . ----- MediaSPA
Sesi Dialog Bersama JASA
KUALA LUMPUR, 3 April ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan “Seminar S.P.A Outreach” dan seterusnya mengadakan sesi dialog bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang diadakan di Kuala Lumpur. Sesi dialog ini turut dihadiri Ketua Pengarah JASA Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi. Hadir sama Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia dan satu sesi ceramah berkaitan dengan “Pengenalan S.P.A dan Perkhidmatan Awam” telah disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Pengambilan. ------ MediaSPA
SPA 17 Disember ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam selaku Penaung Kelab Bola sepak S.P.A PUTRAJAYA FC hari ini telah mengadakah Sidang Media Khas memperkenalkan pemain-pemain bola sepak S.P.A yang akan bertanding dalam Liga Perdana 2013. Turut hadir Presiden S.P.A PUTRAJAYA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Pengurus Pasukan, Aidid Molana Haji Mataha dan pegawai-pegawai pasukan kelab bolasepak S.P.A PUTRAJAYA FC. Dalam majlis itu juga Tan Sri Mahmood Adam turut menyerahkan jersi baru yang akan dipakai oleh pemain-pemain dalam Liga Perdana tahun 2013 nanti. ----- MediaSPA
SPA, 5 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan sambil belajar dari Pelajar-pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan, Politeknik Port Dickson petang semalam. Delegasi seramai 85 orang pelajar itu telah diketuai oleh Pensyarah Sains Kesetiausahaan Jabatan Perdagangan Politeknik, Puan Siti Nurbaya Mat Rofa. Satu taklimat mengenai fungsi SPA dan peluang kerjaya telah disampaikan oleh Encik Azzanawawy Samat, Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan di Dewan Temu duga, Aras 6. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 17/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 654 orang dan seramai 1,941 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 21 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 13 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PUTRAJAYA, 8 Julai ------ Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) telah menganjurkan kursus English Communication yang diadakan dianjung Ilham S.P.A Putrajaya. Kursus dua (2) hari yang bermula hari ini telah dirasmikan oleh Pengarah ASPA, Mohamad Nazmi Ismail. Sesi bengkel dan pengenalan kursus telah diketuai oleh Pegawai Bahasa Inggeris, Wan Faizah Wan Yusoff dari Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR). Seramai 32 orang peserta hadir yang diwakili oleh warga S.P.A dari setiap bahagian. ------ MediaSPA
Peristiwa bergambar
PERISTIWA BERGAMBAR 4 April : Pengerusi S.P.A Terima Kunjungan Pegawai Daripada LHDN
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-42 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) Kertas Tindakan Tatatertib, tujuh (7) Kertas Rayuan Tatatertib dan dua (2) Kertas Rayuan Naik Pangkat.
Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 2,219 orang dan seramai 995 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.
Manakala, 18 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai tiga (3) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.