Accessibility Tools

Skip to main content

Januari 2014 Aktiviti 32

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3 bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 225 orang dan seramai 737 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 20 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan enam (6) kertas tindakan tatatertib dan 11 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Disember 2012 Aktiviti 05

  • Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-41 bagi Tahun 2012

Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-41 telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) Kertas Tindakan Tatatertib, sembilan (9) Kertas Rayuan Tatatertib dan tiga (3) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,792 orang dan seramai 996 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 42 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai enam (6) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 

 
 
 
 
 

Continue reading

April 2012 Aktiviti 10

  • "Kita Tidak Perlu Kecewa" --Datuk Ramli Juhari

BANGI, 22 April ------  “Kita tidak perlu kecewa”, itulah kata-kata semangat, Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari kepada pasukan SPA FC yang tewas kepada pasukan UiTM FC 3 – 1 dalam saingan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Petronas Bangi, petang tadi. “Pasukan lawan pasti akan berusaha menewaskan pasukan kita sebab mereka tahu kita pasukan yang bagus, sebab itu mereka berusaha keras” ujar beliau ketika berucap di hadapan pemain-pemain SPA FC setelah tamat perlawanan. Jaringan SPA FC diperolehi melalui tandukan oleh Zulkifli Affendi pada minit ke-62. ”Kita ada lagi 9 perlawanan selepas ini, dan ada masa lagi, tidak perlu kecewa”. Pasukan SPA FC yang telah bermain 7 kali, menang 5 perlawanan, sekali seri dan tewas satu perlawanan kepada UiTM petang tadi. Bagaimana pun SPA FC masih berada di tangga teratas Liga. ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Julai 2017 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 19 Julai ----- Ahli Suruhanjaya Baharu

PUTRAJAYA, 19 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) menerima Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu YBhg. Datuk Ir. Anjin Haji Ajik. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia telah diadakan dihadapan Hakim Mahkamah Persekutuan YA Tan Sri Hasan Lah, di Istana Kehakiman petang tadi. Terdahulu YBhg. Datuk Ir Anjin mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin di pejabatnya.----- MediaSPA

 

Continue reading

Disember 2012 Aktiviti 04

  • Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan

PUTRAJAYA 9 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) malam tadi telah mengadakan Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan sempena meraikan tamat tempoh 5 orang Ahli Suruhanjaya iaitu YBhg. Dato' Dr. Ramlee Haji Rahmat, YBhg. Dato' Abdul Rahman Husin, YBhg. Datuk Salim Hashim, YBhg. Datin Norasmah Shamsudin dan Encik Perumal A/L Govindarajoo. Hadir sama di majlis tersebut, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi YBhg. Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Pengerusi SPA telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada Ahli-Ahli Suruhanjaya yang diraikan. Para tetamu juga turut di hiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian dari artis-artis SPA. ----- MediaSPA

 

 
 
 
 
 

Continue reading

April 2012 Aktiviti 11

  • Mesyuarat Suruhanjaya Dan Mesyuarat Khas Suruhanjaya

DESARU JOHOR, 24 April ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya dan Mesyuarat Khas Suruhanjaya di Pulai Desaru Beach Resort, Johor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Abd Rahman Husin. Mesyuarat yang bermula malam semalam turut dihadiri Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan pegawai-pegawai kanan SPA. Pada sebelah petang, Ahli-Ahli Suruhanjaya telah mengadakan lawatan rasmi ke Muzium Nelayan di Desaru dan mendengar taklimat daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Julai 2017 Aktiviti 3

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 19 Tahun 2017

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 19/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,351 orang dan seramai 633 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 16 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 24 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib

 
 

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 17

  • Seminar Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam

    KUCHING, 12 Julai ------ Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak telah mengadakan seminar Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam yang diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan Kuching, Sarawak. Majlis perasmian telah disampurnakan oleh Setiausaha Bahagian, Abdul Halim Abang Naili. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Mohamad Firdaus Haris Fadzilah. -----  MediaSPA

 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 12

  • "Kenaikan pangkat itu ada tanggungjawab perlu dilaksanakan" Tan Sri Mahmood Adam

    GOMBAK, 8 April ------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) Tan Sri Mahmood Adam berkata setiap kenaikan pangkat yang diperolehi oleh seseorang itu pasti ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dalam satu majlis perkongsian ilmu “ Eksklisif bersama Pengerusi S.P.A” kepada warga Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Gombak Selangor petang semalam. Menurutnya lagi seorang pegawai mestilah menjalankan tugas dengan sempurna mengikut peraturan dan jadikanlan ia sebagai amalan serta barlaku adil kepada kakitangan di bawah seliaannya . Turut hadir di majlis itu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Dato’ Hasnan Hassan. Terdahulu dari itu satu taklimat pengenalan S.P.A dan perkhidmatan awam turut disampaikan kepada warga JAKOA.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Disember 2012 Aktiviti 03

  • Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan Disektor Awam  

SPA 9 Dis -----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan di Sektor Awam. Seminar sehari yang berlangsung di Pusat Temu SPA Putrajaya semalam adalah kerjasama antara SPA bersama Persatuan Profesional Melayu Malaysia. Seminar yang dihadiri seramai 175 peserta itu telah dirasmikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk membantu calon-calon yang memohon pekerjaan dengan SPA supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran skil pekerjaan termasuklah teknik-teknik menghadiri temu duga. Satu sidang media juga diadakan di tempat yang sama sejurus selepas majlis perasmian.----- MediaSPA

 

 
 
 
 

Continue reading

April 2012 Aktiviti 12

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011

SPA, 27 April ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hari ini telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011 bertempat di Dewan Temu duga SPA, Aras 6. Majlis telah dihadiri oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia serta warga SPA. Seramai 41 orang warga SPA telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada kali ini. Semua penerima APC telah menerima sijil serta hadiah prestasi berupa wang tunai yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Terdahulu dari itu, Setiausaha SPA telah melancarkan Buletin SPA (WARNA) keluaran pertama. Buletin ini akan dikeluarkan tiga kali setahun. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Julai 2017 Aktiviti 4

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 20 Tahun 2017

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 20/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 72 orang dan seramai 1,483 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 11 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 10 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 13

  • Kunjungan Hormat Daripada Universiti Teknologi Petronas

    PUTRAJAYA, 8 April ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi ini telah menerima kunjungan daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP). Delegasi seramai lima (5) orang diketuai oleh Vice Chancellor UTP Tuan Haji Mohamad Noor Rosli Baharom. Satu taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh Tan Sri Mahmood Adam.  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Your message here