Accessibility Tools

Skip to main content

Ogos 2017 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 22 Tahun 2017

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 22/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 113 orang dan seramai 1,220 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. - Manakala, 17 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. - Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 12 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 17

  • Pengerusi S.P.A Terima Kunjungan Hormat Tan Sri Ismail Adam

    PUTRAJAYA, 9 April ------ Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam menerima kunjungan hormat Penasihat Hay Group Sdn Bhd. Tan Sri Ismail Adam, petang semalam. Beliau yang merupakan mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada tahun 2005 turut mengadakan perbincangan bersama-sama Tan Sri Mahmood di pejabat Pengerusi. Turut dihadiri Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Mac 2012 Aktiviti 3

  • Perasmian Pusat Temu Duga Di Sibu, Sarawak

SIBU, 15 Mac -----  Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Sibu, Sarawak. Hadir sama ke majlis itu ialah Residen Bahagian Sibu, YB. Sim Kok Kee, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha SPA (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia serta Ketua- Ketua Jabatan Persekutuan Sibu dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri Sarawak. Pusat temu duga yang mempunyai tiga bilik untuk urusan temu duga dilengkapkan dengan komputer bagi memudahkan orang ramai untuk mengemukakan permohonan kepada SPA secara online. Sebelum itu, Setiausaha Bahagian Urus Setia SPA Cawangan Sarawak, Encik Saiful Sungkih Abdullah telah bersiaran di Sibu fm (RTM), untuk wawancara khas sempena perasmian pusat temu duga tersebut di samping memperkenalkan SPA kepada orang Sarawak. ----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Ogos 2017 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 20 Ogos ----- PERTANDINGAN KIK PERINGKAT SPA 2017

PUTRAJAYA, 18 Ogos ----- Kumpulan Pixe11 yang membentangkan tajuk projek “Self Service MyID” daripada Bahagian Pengurusan Maklumat muncul Juara Pertandingan KIK 2017 Peringkat SPA yang berlangsung di Anjung Ilham pada hari Jumaat. Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Kumpulan PKPK daripada Bahagian Pengambilan Khas dengan pembentangan tajuk projek Ketiadaan Sistem Pengurusan Maklumat Pegawai Kontrak (Kumpulan Pelaksana Gred 28 dan Ke Bawah). Pertandingan telah dirasmikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Dua kumpulan lagi yang bertanding ialah Kumpulan Kenyalang daripada Urus Setia Cawangan Sarawak dan Kumpulan Citra daripada Bahagian Peperiksaan.----- MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 23

  • Tan Sri Mahmood Adam Pengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    PUTRAJAYA, 17 Julai ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi ini mempengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya. Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan. Mesyuarat yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya bermula sebentar tadi. ------ MediaSPA

 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 18

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 14 BAGI TAHUN 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 14/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 877 orang dan seramai 575 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, dua (2) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib

 
 

Continue reading

Mac 2012 Aktiviti 4

  • Mesyuarat Pencapaian SKT 2011 dan Perancangan SKT 2012 SPA

SIBU, 15 Mac ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2011 dan Perancangan SKT 2012 SPA. Mesyuarat yang di adakan di RH Hotel Sibu, Sarawak di hadiri oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Mesyuarat yang bermula pada 14 Mac 2012 lalu akan berakhir esok. ------ MediaSPA

 

Continue reading

Ogos 2017 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 25 Ogos ----- Program Gemilang Walk 2017

PUTRAJAYA, 25 Ogos ----- YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah menyertai Program Gemilang Walk 2017 yang telah diadakan di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya. Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang bermula seawal jam 6.30 pagi tadi diadakan bertujuan untuk menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017. YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara telah hadir untuk menerima penyerahan Jalur Gemilang Oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM dan seterusnya menyampaikan amanat kepada semua peserta Program Gemilang Walk 2017. Sejurus selepas amanat beliau, YBhg. Dato' Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah perkhidmatan Awam telah menyerahkan Logo 1Malaysia Negaraku kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa.----- MediaSPA

 

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 24

  • Majlis Khatam Al-Quran

    PUTRAJAYA, 17 Julai ------ Biro Agama PUSPANITA dengan kerjasama PASPA hari ini telah mengadakan majlis khatam Al-Quran sempena program tadarus Al-Quran 2014. Majlis turut dihadiri Tan Sri Mahmood Adam serta warga S.P.A. Bacaan Al-Quran dipimpin oleh Ustaz Ameer Azeezy Tuan Abdullah. Program tadarus Al-Quran yang bermula awal Ramadhan lalu telah disertai sebanyak (10) Sepuluh kumpulan yang terdiri dari warga S.P.A. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Disember 2019 Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 17 Disember ----- Perhimpunan Bulanan SPA Bulan Disember 2019

PUTRAJAYA 16 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan perhimpunan bulanan, semalam. Majlis dihadiri Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman, Timbalan Pengerusi, Dato' Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, Datuk Zohari Said pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Pengerusi SPA juga turut menyampaikan kit kepada kakitangan baharu dan cenderamata kepada peminjam buku di Perpustakaan SPA. Pada majlis itu juga satu pengumuman “ Buku Tatacara Tindakan Tatatertib” boleh dimuat turun dari portal rasmi SPA. ----- MediaSPA

 
 

Continue reading

Mac 2012 Aktiviti 5

  • Lawatan Setiausaha SPA ke Pusat Penilaian Individu Bomba

BAU, KUCHING, 17 Mac ------  Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Penilaian Individu Bomba bagi jawatan Penguasa Bomba di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Bau, Sarawak, semalam. Hadir sama Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Zainal Abidin Ahmad, Setiausaha Bahagian Peperiksaan, Puan Faidzah Arshad dan Setiausaha Bahagian Urus Setia SPA Cawangan Sarawak, Encik Shaiful Sungkih Abdullah. Satu taklimat mengenai aktiviti yang dijalankan di pusat penilaian tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Negeri Pahang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tuan Nazali Mahmud. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Your message here