Januari 2014 Aktiviti 49
- BERITA BERGAMBAR 31 Jan : Kursus Pra- Persaraan S.P.A 2014
Peristiwa bergambar.


Accessibility Tools
Peristiwa bergambar.
SPA 15 Oktober ----- YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Timbalan Pengerusi SPA telah ditemubual oleh Stesen Radio BFM 89.9 di Damansara Kuala Lumpur, Jumaat lepas. Dalam rancangan temubual petang selama satu jam bersama SPA itu, YBhg. Dato' Segarajah telah memberi penerangan mengenai fungsi-fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia serta peluang pekerjaan dalam perkhidmatan Awam terutama kepada kaum bukan Melayu. Sesi temu bual itu juga telah dibuka kepada pendengar yang mengikuti rancangan tersebut untuk membuat panggilan telefon dan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan SPA. ----- MediaSPA
BUKIT JALIL, 25 Mac ------ Pasukan Bola Sepak SPA FC akan bangkit menentang Kelantan apabila bertandang ke Stadium Sultan Muhammad IV dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2012 Selasa ini. SPA FC tewas 0 – 3 dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lepas. Pengurus Pasukan SPA FC, Encik Aidid Maulana Mataha berkata ”pemain telah berusaha menyekat pasukan kelantan dan hampir mengejutkan mereka, tetapi oleh kerana kurang pengalaman dan hilang sedikit fokus membuatkan kita kalah”. Menurutnya lagi pemain telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan. ”Kita adalah pasukan yang bertuah kerana dapat menentang pasukan gergasi nombor satu (1) di Malaysia dan terima kasih kepada warga SPA atas sokongan dan juga kepada pengurusan atasan yang telah menaikkan semangat pemain walaupun berdepan dengan ribuan penyokong-penyokong Kelantan. Insyallah kita ada peluang lagi di sana dan akan memberikan tentangan yang sengit” ujarnya. ------ MediaSPA
ALOR SETAR, 27 September ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa SPA Tahun 2017 semalam. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan, Wisma Darul Aman turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad serta ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri di bawah bidang kuasa SPA. Mesyuarat ini merupakan platform bagi SPA dan Pengurus-pengurus sumber manusia di peringkat kementerian/jabatan/pentadbiran kerajaan negeri berbincang mengenai isu-isu berkaitan urusan pengambilan dan perkhidmatan. Terdapat 5 kertas pembentangan mesyuarat pada kali ini antaranya adalah mengenai naziran urusan perkhidmatan dan kes-kes tatatertib yang diakas oleh Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam.----- MediaSPA
PUTRAJAYA, 24 Julai ------ Tan Sri Mahmood Adam pagi ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya. Mesyuarat yang bermula sebentar tadi turut dihadiri Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------ MediaSPA
Peperiksaan Online Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27
PUTRAJAYA, 15 April ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah menjalankan peperiksaan online untuk jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27. Seramai 7,888 calon telah menduduki peperiksaan yang bermula jam 8.00 malam tadi. Turut hadir untuk melihat kelancaran peperiksaan, Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam bersama tetamu jemputan iaitu Dato’ Seri Tiong dan General Chin yang merupakan Ahli Jawatankuasa Khas S.P.A dari Sarawak. Seramai 14 orang calon yang berada di lapan (8) buah Negara iaitu United Kingdom, Thailand, Australia, Azerbaijan, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Brunei dan Jepun turut mengambil peperiksaan. Keputusan boleh diketahui melalui portal rasmi di www.spa.gov.my 20 April 2015 (isnin) pada jam 12 tengah hari. ------ MediaSPA
SPA 15 Oktober ---- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-33 bagi tahun 2012. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam, Pengerusi SPA. Mesyuarat mingguan yang diadakan pada setiap Hari Isnin ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. Mesyuarat pada hari ini telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) Kertas Tindakan Tatatertib, 12 Kertas Rayuan Tatatertib, lapan (8) Kertas Rayuan Naik Pangkat dan Sembilan (9) Kertas Pelantikan Tetap melibatkan seramai 356 calon lantikan tetap. Selain itu, sebanyak 1,737 orang pegawai lantikan SPA telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Mesyuarat yang berakhir tengah hari tadi telah diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya Aras 10. ----- MediaSPA
KOTA BHARU, 27 Mac ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di Kota Bharu Kelantan hari ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Turut hadir Timbalan Setiausaha Pengambilan, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha Perkhidmatan, Puan Lim Mooi Eia. Sementara itu, di sebelah pagi pula YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo telah hadir dalam kursus Kecemerlangan Diri dan Organisasi anjuran ASPA. ------ MediaSPA
ALOR SETAR, 27 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Karnival Kerjaya yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Wisma Persekutuan, Alor Setar, Kedah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun. Hadir sama Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pegawai-pegawai kanan SPA serta wakil dari pelbagai Kementerian dan Jabatan. Selain booth pameran dari pelbagai agensi/jabatan kerajaan, SPA juga turut membuka kaunter permohonan jawatan secara online yang disediakan secara percuma kepada orang ramai, kaunter semakan status permohonan dan juga taklimat kerjaya serta panduan menghadapi temu duga. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti lain yang disediakan kepada orang ramai yang hadir di antaranya adalah seperti kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan klinik pergigian bergerak.----- MediaSPA
PUTRAJAYA, 24 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah menerima lawatan dari peserta Felo Perdana 2014. Program Felo Perdana yang dirangka adalah bertujuan untuk melatih anak-anak muda dalam bidang kepimpinan dan dapat mendidik anak muda memahami dasar dan pentadbiran Negara. Seramai 35 peserta Felo Perdana diberi taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam. Sesi taklimat yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya turut dihadiri Setiausaha Datuk Ramli Juhari. ------ MediaSPA
PERISTIWA BERGAMBAR 16 April : Mesyuarat Pra Suruhanjaya
Peristiwa bergambar.
SPA 10 Oktober ---- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negara Brunei diketuai oleh Setiausaha SPA Brunei, Awang Salminan Haji Burut telah mengadakan lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Lawatan kerja selama (tiga) 3 hari ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat pelaksanaan proses urusan pengambilan dan perkhidmatan di SPA Malaysia dan seterusnya meningkatkan lagi kerjasama di antara SPA Brunei dan SPA Malaysia. Terdahulu dari itu, satu kunjungan hormat kepada Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pengerusi. Sejurus selepas perjumpaan bersama Pengerusi, taklimat ringkas mengenai fungsi-fungsi SPA Malaysia telah disampaikan oleh Setiausaha SPA Malaysia, YBhg. Datuk Ramli Juhari bertempat di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Delegasi SPA Brunei seramai empat (4) orang itu juga dibawa ke Bahagian Pengambilan, Bahagian Pengambilan Khas, Bahagian Perkhidmatan, Bahagian Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bidang tugas setiap bahagian. ----- MediaSPA
KOTA BHARU, 27 Mac ------ Pasukan Bola Sepak SPA FC berjaya mengekang pasukan Red Warriors daripada serangan bertubi-tubi dalam perlawanan Piala FA pusingan ke dua di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi. Walaupun tewas dengan jaringan 0 - 2, SPA FC tetap mempamerkaan semangat juang dalam perlawanan menentang pasukan Kelantan. Pasukan Kelantan yang bermain dihadapan 15 ribu penyokongnya, juga dibarisi pemain terkemuka dan pemain import nyata tercabar dengan serangan yang dilakukan oleh pemain-pemain dari kelab Liga FAM ini. Sementara itu Presiden SPA FC YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo tetap memuji pasukan bola sepak SPA FC ”Saya berpuas hati dengan pemain-pemain pada malam ini, mereka menunjukkan kesungguhan, semangat yang berkobar-kobar untuk memenangi pertandingan ini dihadapan penyokong-penyokong Kelantan, walaupun tidak berjaya menjaringkan gol”. Ketika ditanya mengenai Liga FAM yang sedang berlangsung sekarang beliau tetap yakin bahawa pasukan SPA FC boleh menjadi juara dalam Liga FAM 2012. ”Perlawanan Piala FA ini merupakan satu pengalaman baru kepada pemain SPA FC untuk digunapakai diperingkat Liga FAM, jadi dengan pengalaman bermain di Piala FA ini, pemain-pemain boleh menimba pengalaman, untuk mencapai matlamat menjuarai Liga FAM 2012”, ujarnya. ------ MediaSPA
Peristiwa bergambar.
PERISTIWA BERGAMBAR 17 April : Lawatan Pengerusi S.P.A Ke Bahagian Pengurusan
Peristiwa bergambar.
IPOH 04 Oktober ----- Ketua Setiauaha Negara YBhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa telah menyempurnakan Majlis Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 15. Ketibaan Ketua Setiausaha Negara di Impiana Hotel, Ipoh Perak telah disambut oleh Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan Setiausaha SPA YBhg. Datuk Ramli Juhari. Terdahulu dari itu, satu perbincangan di antara beliau bersama peserta-peserta Persidangan telah diadakan di tempat yang sama. Pada sebelah petang pula, Ketua Setiausaha Negara telah meluangkan masa dengan melawat Program Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam anjuran SPA yang diadakan di Foyer Bangunan Persekutuan Ipoh, Perak diiringi oleh Setiausaha SPA YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Ketua Setiausaha Negara juga telah melawat ke tapak pameran yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan kaunter-kaunter perkhidmatan yang disediakan dan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir. ----- MediaSPA