Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam Di UiTM Shah Alam Selangor
SHAH ALAM, 21 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang diadakan di perkarangan Stadium Mini UiTM Shah Alam, Selangor. Karnival kerjaya yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan ini turut dihadiri oleh Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan beliau telah mengunjungi setiap booth pameran kerjaya dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 6 Jan ----- Mesyuarat Jawatankuasa PTD
PUTRAJAYA 6 Jan ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat jawatankuasa Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Assessment Centre (PAC) bagi pengambilan Kadet PTD tahun 2016. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir. Turut hadir wakil pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). ----- MediaSPA
SPA, 10 Disember ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah menerima lawatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Delegasi seramai lapan (8) orang pegawai dari LHDN itu diketuai oleh Puan Latifah Zabidi, Pengarah Bahagian Sumber Manusia. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah pengambilan secara profiling (MyRecruitment) yang dilaksanakan oleh S.P.A. Taklimat mengenai urusan pengambilan di S.P.A telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. ------ MediaSPA
Tan Sri Mahmood Adam Ucap Tahniah Kepada SUB Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak
S.P.A, 24 Jun ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Bahagian Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak, Encik Mohd Saiful Sungkih Abdullah di atas kenaikan pangkat beliau sebagai Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak. "Saya ucapkan tahniah kepada Encik Mohd. Saiful Sungkih atas kenaikan pangkat dan terima kasih atas sumbangan beliau kepada S.P.A selama ini". Beliau akan memulakan tugas di tempat baharu berkuatkuasa pada 1 Julai ini di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Dalam ucapan balas dan terakhir sebagai warga S.P.A, Encik Mohd Saiful Sungkih turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha, pegawai-pegawai kanan serta Warga S.P.A yang banyak memberi kerjasama kepada beliau dalam menjalankan tugas sebagai Setiausaha Bahagian Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak sejak tahun 2009 sehingga kini. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 2/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 6 orang dan seramai 996 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, sepuluh (10) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lima belas (15) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PERISTIWA BERGAMBAR 11 Mei : Mesyuarat Suruhanjaya Pada Ahad
PUTRAJAYA, 11 Mei ------ Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan mesyuarat bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha, Suruhanjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri di Putrajaya malam tadi. Mesyuarat yang bermula jam 8.30 malam turut dihadiri Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) Datuk Dr. Haili Dolhan. Antara agenda yang dibentangkan ialah taklimat mengenai Portal S.P.A yang baharu dan Sistem Maklumat Pakej Temuduga (SMPT). ----- MediaSPA
Tan Sri Mahmood Adam di Rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia
Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam semalam telah bersiaran secara langsung di TV1(RTM) dalam rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia. Dalam rancangan yang bermula pada jam 8.00 pagi itu, YBhg. Tan Sri Pengerusi telah menerangkan mengenai fungsi-fungsi SPA dan juga Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang akan bermula pada 1 Oktober ini di Ipoh, Perak. Selain itu, YBhg. Tan Sri Pengerusi juga telah menghebahkan mengenai Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam SPA yang akan diadakan pada 3 dan 4 Oktober ini di Ipoh, Perak. Beliau telah diiringi oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam SPA, Puan Radziah Mohd Sharif.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 23/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas tindakan tatatertib, enam (6) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 2,462 orang dan seramai 811 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 28 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
PUTRAJAYA 13 Jan ----- Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad pagi ini mempengerusikan mesyuarat pencapaian SKT 2015 dan perancangan SKT 2016 yang diadakan di Putrajaya. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ----- MediaSPA
KUCHING 24 September----- Dalam menggalas usaha merakyatkan SPA, Urusetia Cawangan Sarawak telah mengadakan Hari Khas SPA Bersama Pelanggan di Bahagian Sarikei iaitu di Bandar Sarikei dan Daerah Julau masing-masing pada 21 September 2012 dan 22 September 2012. Selain itu, pada 22 September 2012 itu juga, pejabat ini turut menyertai Karnival Kerjaya anjuran Jabatan Ketua Menteri Sarawak yang berlangsung di Daerah Kanowit, Sibu.
Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang program-program tersebut adalah Ceramah Kerjaya dalam Perkhidmatan Awam dan Tips-Tips Temu Duga, Pendaftaran Online SPA, Kaunter Khidmat Nasihat Urusan SPA, dan pameran-pameran dari SPA dan pelbagai jabatan persekutuan. Ceramah Kerjaya telah disampaikan oleh Encik Asrul bin Zakaria, Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Urus Setia Cawangan Sarawak.
Program Hari Khas SPA Bersama Pelanggan di Daerah Julau telah dirasmikan oleh YB Dato' Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Julau. Hadir sama Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sarawak, Encik Mohd Saiful Sungkih Bin Abdullah, pegawai-pegawai SPA serta wakil-wakil jabatan. ----- MediaSPA
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Melayu Dan Anak Negeri Kelantan Dalam Sektor Awam
S.P.A, 25 Jun ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Melayu Dan Anak Negeri Kelantan Ke Dalam Sektor Awam. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh wakil-wakil NGO Melayu dan NGO Kelantan ini adalah memberi pandangan dan cadangan mengenai kriteria yang perlu ada pada penjawat awam pada masa kini dan juga menambah baik sistem perkhidmatan awam. Mesyuarat yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya itu turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 19 Jun ---- Kejohanan Badminton MAKSWIP 2014 -- SPA Juara
KUALA LUMPUR, 19 Jun---- Pasukan Badminton S.P.A muncul juara setelah menewaskan pasukan KWSP 4-1 dalam perlawanan akhir di Kejohanan Badminton MAKSWIP 2014 yang berlangsung di Dewan Kumuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur, malam tadi seterusnya mempertahankan kejuaraan Badminton MAKSWIP 2013. Kejohanan Badminton MAKSWIP 2014 yang bermula 16 hingga 19 Jun 2014 telah disertai 25 pasukan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi badminton MAKSWIP Ramlan Abu Talib. ---- MediaSPA
BERITA RINGKAS 16 Jan ----- Sesi taklimat tips dan panduan menduduki peperiksaan online
PUTRAJAYA 16 Jan ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan sesi taklimat tips dan panduan menduduki peperiksaan “online”, program assessement centre (PAC) dan temu duga untuk jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD). Sesi taklimat juga diadakan di Pusat temu duga S.P.A di Alor Setar Kedah, Johor Baharu, Kota Kinabalu Sabah dan di Kuching Sarawak. Sementara itu di Pusat temu duga S.P.A di Kuantan Pahang sesi taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini turut meninjau perjalanan sesi taklimat yang diadakan di Putrajaya dan turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir . ----- MediaSPA