Pelancaran Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI)
PUTRAJAYA, 16 Disember ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah melancarkan Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI). Majlis pelancaran yang diadakan di Dewan Temu duga S.P.A telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun. Turut hadir, Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta wakil-wakil dari Kementerian/Jabatan dan agensi kerajaan. Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Datuk Joseph Entulu, beliau berkata S.P.A telah mengorak langkah ke hadapan, menambahbaik sistem tapisan keselamatan calon secara kasar dengan membuat tapisan keselamatan secara online sebelum calon-calon dilantik ke dalam perkhidmatan melalui SSMI. Terdahulu dalam ucapan aluan, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata pelaksanaan sistem ini juga merupakan pendekatan National Blue Ocean Strategy Iniatives (NBOSI) seperti mana yang disarankan oleh pihak Kerajaan. Menurutnya lagi Proof Of Concept (POC) telah diadakan mulai 25 Januari sehingga 21 Julai 2013 yang melibatkan tiga (3) agensi utama iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia (CGSO). YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga berkata sistem ini akan dipanjangkan kepada pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dan sistem SSMI ini merupakan "Produk 1 Malaysia Transformasi SPA" yang memberi satu faedah dan keuntungan bersama kepada perkhidmatan awam. ------ MediaSPA
Perjumpaan Tan Sri Mahmood Adam Bersama Pemain Badminton Kebangsaan
S.P.A, 27 Jun ------Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah meluangkan masa bersama pemain-pemain badminton kebangsaan yang juga merupakan warga S.P.A di Bahagian Pengurusan, Mohd Razif Ab Latif dan juga pemain SUKMA yang mewakili Negeri Selangor, Nur Mohd Haqiem Ayub. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam megharapkan agar mereka dapat mengharumkan nama Negara dan juga majikan mereka iaitu S.P.A. Dalam pertemuan selama 25 minit itu, Pengerusi S.P.A berbangga apabila dimaklumkan bahawa pemain kebangsaan itu telah pun menggunakan Jersi yang tertera Nama "SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM" dalam perlawanan yang telah diwakili iaitu Malaysia Open GP Gold 2013, Thailand Open GP Gold 2013, Indonesia Open Premier Siri 2013 dan Singapore Open Super Siri 2013. Jersi ini juga akan dipakai ketika mewakili Sukan Universiti Dunia 2013 yang akan berlangsung dari 6 hingga 17 Julai depan di Kazakhstan, Rusia. Di akhir pertemuan, YBhg. Tan Sri Mahmood menyatakan akan mengaktifkan Kelab Badminton S.P.A sedia ada dan satu perjumpaan bersama bekas pemain Negara, iaitu Razif Sidek serta pemain-pemain Hafiz Hashim, Zakry Latif dan Fairusizuan Tazari akan diadakan dalam jangka masa terdekat. ------ MediaSPA
Kuala Lumpur 20 JUN------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah mengadakan lawatan ke JARING Communication Sdn Bhd (Jaring). Kunjungan bersama delegasi pegawai-pegawai telah diketuai oleh Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam. JARING telah melaksanakan kerjasama pintar bersama S.P.A dalam mengendalikan Sistem Peperiksaan Online. Hadir sama Chief Executive Officer/Presiden, Mohd Yusri Ton Alias. Tan Sri Mahmood Adam turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 22 orang kakitangan JARING yang terlibat mengendalikan kelancaran peperiksaan Online. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 20 Jan ----- Peperiksaan online untuk memasuki jawatan PTD Gred M41 berjalan lancar
PUTRAJAYA 19 Jan -----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menjalankan peperiksaan online untuk memasuki jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41 yang diadakan malam tadi. Peperiksaan yang bermula jam 8.00 malam itu telah beroperasi dari Wisma CommerceDotCom di Petaling Jaya, Selangor. Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hadir bagi menyaksikan perjalanan peperiksaan. Peperiksaan yang berakhir jam 9.40 malam turut dihadiri calon-calon yang berada di 42 buah negara, antaranya Australia, Brunei, China, Egypt, France, Indonesia, Japan, Korea Selatan, Saudi Arabia, Singapura, Thailand dan United Kingdom. Sementara itu dalam ucapan yang disampaikan oleh Dato’ Seri Arpah, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai S.P.A yang bekerjasama sehingga peperiksaan ini berjalan dengan lancar. Keputusan peperiksaan dijangka akan diumumkan selepas Mesyuarat Suruhanjaya pada minggu hadapan di portal S.P.A www.spa.gov.my. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA, 27 Jun ------ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun telah membuat lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A). Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Beliau yang telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bertanggung jawab dalam portfolio berkaitan dengan S.P.A pada bulan lepas telah diberi taklimat ringkas oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Turut hadir beberapa orang Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------ MediaSPA
Menjuarai Kejohanan Badminton MAKSWIP 2014, Pemain-Pemain S.P.A Dapat Insentif RM400 hingga RM1000 Seorang
Kuala Lumpur, 20 JUN------ Pemain-pemain badminton S.P.A menerima insentif berupa wang tunai RM400 hingga RM1000 setiap seorang kerana menjuarai Kejohanan Badminton MAKSWIP 2014 setelah menewaskan pasukan dari KWSP dalam perlawanan akhir pada minggu lepas. Satu majlis ringkas penyampaian sijil serta insentif telah disampaikan oleh Penaung Kelab Badminton S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain serta jurulatih kerana dapat mengekalkan kejohanan badminton MAKSWIP selama dua tahun berturut-turut. Hadir sama Timbalan Presiden Kelab Badminton S.P.A, Zainal Abidin Ahmad dan Lim Mooi Eia. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 21 Jan ----- Amanat Tahun Baru 2016 bersama Menteri Di JPM Datuk Joseph Entulu Belaun
PUTRAJAYA 21 Jan -----Warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) dan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) hari ini telah hadir di majlis Amanat Tahun Baru 2016 bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun di Putrajaya. Turut hadir Pengerusi SPP Tan Sri Dr. Haili Dolhan, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Ketua Pengarah MAMPU dan pegawai-pegawai kanan. Di majlis itu juga MAMPU telah melancarkan buku bertajuk “Nilai Unggul Perkhidmatan Awam”, Teks ucapan Menteri telah disampaikan oleh Pengerusi SPP, Tan Sri Dr. Haili Dolhan. ----- MediaSPA
Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-18 Terbaik Pernah Dianjurkan S.P.A
PUTRAJAYA, 14 Mei ------ Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam berkata Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-18 yang berakhir semalam merupakan persidangan terbaik dan berjaya pernah dianjurkan oleh SPA. Beliau berkata demikian di majlis penyampaian sijil penghargaan kepada mereka yang bertugas disepanjang persidangan berlangsung. Beliau turut mengucapkan tahniah dan berasa bangga dengan sikap kerjasama pegawai-pegawai bertugas yang diketuai oleh Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-18 adalah anjuran bersama S.P.A dan SPP bermula 11 hingga 13 Mei 2015 di Putrajaya. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 6 Februari ----- Forum Aspirasi Negaraku
PUTRAJAYA, 5 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan sesi Pemukiman Pemantapan Kepimpinan dalam melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan seiring dengan hala tuju negara, yang diadakan di dewan temu duga SPA, semalam. Forum yang diadakan selama dua jam itu turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Panel bagi forum adalah pegawai daripada Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). ----- MediaSPA
SPA, 17 Disember ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah menerima kunjungan delegasi dari Republic of Kazakhstan. Delegasi seramai enam (6) orang telah diketuai oleh Mr. Serik Sainov dan satu taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam di bilik Mesyuarat Pengerusi. Antara taklimat yang disampaikan ialah berkenaan dengan sistem pengambilan serta transformasi yang telah dan sedang dilaksanakan di S.P.A ------ MediaSPA
Makmal Kajian Penggunaan Media Sosial Bagi Menangani Masalah Persepsi Terhadap S.P.A
S.P.A, 29 Jun ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan Makmal Kajian Penggunaan Media Sosial Bagi Menangani Masalah Persepsi Terhadap S.P.A. Majlis yang diadakan bertempat di Dewan temu duga S.P.A telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Khas yang dilantik oleh S.P.A iaitu NGO Melayu, Cina, India dan Dayak. Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Pegawai Tugas-Tugas Khas dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Terdahulu dari itu, kumpulan-kumpulan NGO telah mengadakan aktiviti perbincangan mengikut kumpulan. Tujuan makmal ini diadakan adalah untuk menangani persepsi negatif terhadap S.P.A. dan meningkatkan mutu perkhidmatan S.P.A. Taklimat telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Sasongko dari Media Intelligence dan Tun Mahereza dari TMX. ------ MediaSPA
Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke atas Presiden SDNU
KUCHING, 23 JUN------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi tadi telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi yang juga Presiden Sarawak Dayak National Union (SDNU). Kunjungan hormat selama 25 minit itu telah diadakan di pejabat Presiden SDNU di Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Tan Sri Mahmood Adam seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kuching. Satu taklimat mengenai JKDM telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Abdul Karim Wahab. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 27 Jan ----- S.P.A tandatangani perjanjian Peperiksaan Online dengan NET2ONE Sdn Bhd
PUTRAJAYA 27 Jan ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menandatangani perjanjian peperiksaan online dengan Syarikat NET2ONE Sdn.Bhd. di Putrajaya pagi tadi. Hadir menyaksikan perjanjian antara S.P.A dengan NET2ONE Sdn.Bhd, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak dan Pengerusi Altel Datuk Hilmi Mohd Nor. Dokumen perjanjian telah ditandatangani Dato’ Zainal Abidin Ahmad bagi pihak S.P.A dan Nik Abdul Aziz Nik Yaacob bagi pihak NET2ONE. Syarikat NET2ONE Sdn. Bhd. telah menyediakan perkhidmatan jalur lebar semasa peperiksaan Online yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. ----- MediaSPA
Bahagian Pengambilan Berjaya Mencapai KPI -- Tan Sri Mahmood Adam
SPA, 17 Disember ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengatakan bahawa beliau berbangga kerana Bahagian Pengambilan S.P.A telah berjaya mencapai Key Perfomance Index (KPI) bahagian seperti yang dikehendaki. Beliau berkata demikian semasa kunjungan ke bahagian itu hari ini. Tambah beliau lagi apabila sesuatu bahagian berjaya mencapai KPI yang disasarkan maka kakitangannya sudah pasti memperoleh markah penilaian 85% ke atas termasuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti lain seperti sukan. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata S.P.A akan mengadakan mesyuarat bersama Pihak Berkuasa Tempatan, Badan-badan Berkanun dan GLC dalam masa terdekat agar penggunaan Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI) yang telah dilancarkan semalam dapat digunakan oleh agensi-agensi tersebut ------ MediaSPA