Accessibility Tools

Skip to main content

Februari 2013 Aktiviti 1

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 5 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 5/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) Kertas Tindakan Tatatertib dan 17 Kertas Rayuan Tatatertib dan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 416 orang dan seramai 525 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 24 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2016 Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 22 Ogos : Tan Sri Arpah Terima Kunjungan Hormat Pengerusi SPA Kenya dan Ghana

    PUTRAJAYA, 18 Ogos ------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kenya, Prof. Margaret Kobia dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Ghana, Mrs. Bridget Katsriku. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir. Kunjungan hormat kedua-dua pengerusi tersebut adalah bersempena dengan program Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan (ICBOS) dan Commonwealth Association for Public Administration and Management Biennial Conference (CAPAM) 2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Julai 2018 Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 24 Julai ----- Hari Keluarga SPA 2018

PUTRAJAYA, 21 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Hari Keluarga 2018 yang diadakan di Padang Merbok Taman Wetland Putrajaya Sabtu lepas. Majlis yang dirasmikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak turut dihadiri Setiausaha SPA, YBhg Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ahli Suruhanjaya pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Acara dimulakan dengan senamrobik dan seterusnya sukaneka yang turut disertai anak-anak warga SPA. ----- MediaSPA

 

 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Februari 2013 Aktiviti 2

  • Sesi Interaksi Dan Karnival Kerjaya Di Sandakan

    SANDAKAN, 5 Februari ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan-badan berkanun dan Persatuan-persatuan badan-badan bukan kerajaan. Sesi Interaksi yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah. Turut hadir Timbalan Pengerusi SPA Negeri Sabah, YBhg. Datuk Claudius Roman, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sabah, Encik Musa Sulaiman dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Sidang media juga diadakan selepas sesi Interaksi berakhir. Selain dari itu S.P.A juga telah mengadakan Karnival Kerjaya yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Antara aktiviti yang diadakan adalah pendaftaran online, semakan online dan taklimat kerjaya kepada pelajar-pelajar sekolah menengah disekitar Sandakan. YBhg. Dato' R. Segarajah juga melawat gerai pameran dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2012 Aktiviti 10

  • SPA Kaji Dasar

SPA 25 Julai ------ Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo berkata, Suruhanjaya kini sedang mengkaji atau membuat pindaan dasar-dasar atau ruling-ruling yang telah diguna pakai oleh SPA selama ini. Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran bersama Bahagian Dasar dan Perancangan, Urus setia Mesyuarat dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di Dewan Temu Duga Putrajaya petang semalam. Menurutnya lagi sebanyak 26 dasar-dasar yang akan dipinda itu juga akan dikaji oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Kementerian atau Jabatan yang berkaitan mengikut keperluan semasa. Turut hadir ke perhimpunan bulanan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Di akhir majlis, Dato’ Lamien Sawiyo turut menyampaikan sijil-sijil kursus dan hadiah kemenangan sukan. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Februari 2013 Aktiviti 3

  • Tan Sri Mahmood Adam Sampaikan Sumbangan

    SPA, 7 Februari ------  Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada warga S.P.A berketurunan Cina. Majlis ringkas yang diadakan di bilik Mesyuarat Pengerusi turut di hadiri oleh Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad. Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood, beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada warga S.P.A berketurunan Cina dan menasihatkan agar berhati-hati dalam perjalanan ketika memandu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2016 Aktiviti 9

  • BERITA RINGKAS 24 Ogos : Tan Sri Arpah Pengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 28/2016

    KOTA KINABALU, 24 Ogos ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya di Pejabat Urus Setia SPA Cawangan Sabah. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Mesyuarat dihadiri oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA,YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan SPA.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2015 Aktiviti 10

  • BERITA RINGKAS 11 Ogos : Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke Atas Menteri Kesihatan Malaysia

    PUTRAJAYA, 11 Ogos ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak pagi tadi mengadakan Kunjungan Hormat Ke atas Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam di pejabatnya di Putrajaya. Turut hadir Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan dan seterusnya mengadakan perbincangan selama 50 minit. ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Hotline SPA

Hotline SPA

  • Nombor Hotline SPA

    Nombor Telefon : 03 - 8091 9000

  • Bahagian Pengambilan

    Fungsi:

    Menguruskan pengisian kekosongan jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana Gred 29 ke atas (bagi kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia / Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC / Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana dan Doktor Falsafah) ke dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Pulau Pinang, Melaka, Perlis dan Negeri Sembilan.

    Urusan Pengambilan/Temu Duga : 03 – 8091 9479

  • Bahagian Pengambilan Khas

    Fungsi:

    1. Menyediakan maklumat berhubung penyiaran Iklan bagi jawatan Kumpulan Pelaksana (Gred 19 dan ke bawah bagi kelayakan SRP/ PMR dan SPM) dalam Perkhidmatan Awam dan Latihan Separa Perubatan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia.
    2. Memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim.
    3. Menguruskan pemilihan pelatih-pelatih Separa Perubatan dan pelantikan mereka selepas tamat latihan ke jawatan tetap bagi Kementerian Kesihatan Malaysia.
    4. Menguruskan urusan pengambilan dan lantikan bagi Kumpulan Pelaksana (Gred 19 dan ke bawah bagi kelayakan SRP/ PMR dan SPM) di pelbagai Kementerian dan Jabatan.


    Unit Pendaftaran dan Aduan - (Urusan pengambilan Tetap dan Kontrak Gred 28 dan ke bawah)
    Telefon : 03 – 8091 9441
    e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Unit Separa - (Urusan Pengambilan Latihan Separa Perubatan Serta Pengambilan Jawatan Separa Perubatan Gred U19, U29)
    Telefon : 03 - 8091 9450

  • Bahagian Penilaian Kompetensi

    Fungsi:

    1. Menggubal Sukatan Peperiksaan bagi semua peperiksaan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
    2. Menyelia dan menyelaras pengendalian semua jenis peperiksaan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

    Nombor Telefon Hotline : 03-8091 9477

  • Bahagian Digital dan Informatik

    Fungsi:

    1. Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem
    2. Pentadbiran Pangkalan Data
    3. Pentadbiran Rangkaian
    4. Khidmat Pengguna
    5. Pentadbiran

    Nombor Telefon Hotline : 03 – 8091 9449

  • Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan

    Fungsi:

    1. Pelantikan Pegawai Undang-Undang Gred L41 (Tetap) dalam Perkhidmatan Kehakiman & Perundangan
    2. Pengesahan dalam perkhidmatan & pemberian taraf berpencen Pegawai Undang-Undang
    3. Pemangkuan dan kenaikan pangkat ke gred dan jawatan Pegawai Undang-Undang (L44, L48, L52, L54, JUSA C/B/A, Gred Khas C/B dan Turus III/II/I)
    4. Peminjaman/pertukaran sementara Pegawai Undang-Undang
    5. Menjalankan kawalan tatatertib terhadap Pegawai Undang-Undang
    6. Urusan surcaj Pegawai Undang-Undang

    Nombor Telefon Hotline : 03 – 8091 9478

  • Bahagian Perkhidmatan

    Fungsi:

    Menguruskan perkhidmatan kepada Kementerian / Jabatan / Pegawai Awam yang terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu:

    1. Pengesahan Pelantikan
    2. Pengesahan Dalam Perkhidmatan
    3. Pemberian Taraf Berpencen
    4. Pelanjutan Tempoh Percubaan
    5. Penentuan Gaji Permulaan
    6. Pertukaran Perkhidmatan
    7. Kembali ke Skim Perkhidmatan Terdahulu
    8. Penamatan Perkhidmatan

    Nombor Telefon Hotline : 03 – 8091 9466

  • Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib

    Fungsi:

    Melaksanakan segala urusan tindakan tatatertib, rayuan tatatertib, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat.

    Nombor Telefon Hotline : 03 – 8091 9470

  • Bahagian Khidmat Pengurusan

    Fungsi:

    1. Bertanggungjawab memastikan peruntukan kewangan dibelanjakan mengikut prosedur kewangan.
    2. Memastikan Pengurusan Pentadbiran Am dan Pengurusan Personel mematuhi arahan-arahan pejabat dan tugas dapat dilaksanakan mengikut jangka waktu yang ditentukan.

    Nombor Telefon Hotline : 03 – 8091 9460

  • Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat

    Fungsi:

    1. Merancang program dan strategi perkhidmatan Awam Malaysia seperti pengambilan, perkhidmatan dan kawalan tatatertib
    2. Menyelidik maklumat dan analisa data berkaitan guna tenaga manusia dari peringkat perancangan sehingga lantikan calon ke perkhidmatan awam
    3. Memperoleh, mengumpul dan mengemaskini maklumat berkaitan dengan fungsi SPA
    4. Mengemukakan cadangan, syor dan pandangan berkaitan dengan sesuatu hasil kajian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan kelulusan
    5. Merancang program pembangunan dari semasa ke semasa seperti cadangan pembinaan bangunan, keperluan pusat temu duga dan sebagainya
    6. Mengendalikan perkara berkaitan dengan Parlimen termasuk menyediakan jawapan sebarang persoalan yang diutarakan oleh Jemaah Menteri

    Nombor Telefon Hotline : 03 – 8091 9455

  • Bahagian Urus Setia Mesyuarat

    Fungsi:

    1. Sebagai urus setia mesyuarat Suruhanjaya, Lembaga Rayuan Tatatertib dan Lembaga Rayuan Naik Pangkat
    2. Urus setia Mesyuarat Khas Suruhanjaya di luar Putrajaya
    3. Merancang aktiviti dan strategi yang boleh meningkatkan keberkesanan fungsi SPA

    Nama Pegawai : Cik Rohana binti Abdul Karim
    Nombor Telefon : 03 - 8091 9088

  • Urus Setia Cawangan Sabah

    Fungsi:

    1. Menguruskan urusan pengambilan Separa Perubatan bagi Negeri Sabah dan menyelaras urusan pengambilan bagi kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sabah
    2. Menguruskan Urusan Perkhidmatan bagi anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sabah
    3. Mengendalikan urusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Perkhidmatan yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

    Nama Pegawai : Encik Md Razie bin Harun Madin (Unit Pengambilan)
    Nombor Telefon : 088 - 488933

    Nama Pegawai : Puan Emelissa Peter (Unit Perkhidmatan)
    Nombor Telefon : 088 - 488939

  • Urus Setia Cawangan Sarawak

    Fungsi:

    1. Menguruskan urusan pengambilan Separa Perubatan bagi Negeri Sarawak dan menyelaras urusan pengambilan bagi kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sarawak
    2. Menguruskan Urusan Perkhidmatan bagi anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sarawak
    3. Mengendalikan Urusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Perkhidmatan yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

    Nama Pegawai : Encik Awang Sapwan bin Awang Bujang (Unit Pengambilan)
    Nombor Telefon : 082 - 240011 (230)

    Nama Pegawai : Puan Amelna binti Anuar (Unit Perkhidmatan)
    Nombor Telefon : 082 - 240011 (204)

    Nama Pegawai : Puan Rohaiza binti Jemat (Unit Peperiksaan)
    Nombor Telefon : 082 - 240011 (206)

Continue reading

Oktober 2020 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS ----- Pelancaran Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)

PUTRAJAYA 5 Oktober 2020 ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah melancarkan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9). Pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman, di Putrajaya. Hadir Sama Timbalan Pengerusi SPA, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, Datuk Zohari Said dan Ketua-ketua Jabatan.----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2012 Aktiviti 9

  • Tan Sri Pengerusi Ucap Tahniah Kepada SPA FC

SPA 25 Julai ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengucapkan tahniah kepada Pasukan Bola Sepak SPA (SPA FC) kerana menjuarai Liga FAM 2012. Beliau berkata demikian, dalam sesi perjumpaan ringkas bersama pengurus pasukan SPA FC, Encik Aidid Molana, Jurulatih SPA FC, Encik Nizam Jamil dan Encik Kamaruzaman Hassan serta Ketua Pasukan SPA FC, Encik Mohd Zulkifli Affendi di Pejabat Pengerusi SPA pagi ini. ”Saya ucapkan tahniah kepada Pasukan Bola Sepak SPA dan kemenangan ini adalah salah satu cara untuk SPA lebih dikenali bukan sahaja dalam urusan pengambilan malah dalam bidang sukan” katanya. Hadir sama Presiden SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari. ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Februari 2013 Aktiviti 4

  • Sesi Interaksi Tan Sri Mahmood Adam Dengan Pegawai-Pegawai Lantikan Secara Kontrak Di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

    PUTRAJAYA, 7 Februari ------  Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan sesi interaksi dengan pegawai-pegawai Lantikan Secara Kontrak Di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Jumaat lepas . Sesi interaksi yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Putrajaya turut dihadiri oleh Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Ketua Pengarah Kemas YBhg. Dato' Hassan Mohd Amin. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan SPA. Sesi interaksi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan ekspektasi pegawai-pegawai lantikan kontrak terhadap SPA selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang utama dalam Perkhidmatan Awam. Satu sidang media turut diadakan selepas majlis sesi interaksi berakhir di tempat yang sama. Sementara itu pada sebelah petang, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan bersama wakil-wakil Penyelia KEMAS negeri-negeri di bilik Mesyuarat Suruhanjaya.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2016 Aktiviti 10

  • BERITA RINGKAS 25 Ogos : Karnival Kerjaya SPA Di Kota Kinabalu Sabah

    KOTA KINABALU, 25 Ogos ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Karnival Kerjaya dan Outreach SPA 2016 yang diadakan di Auditorium, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPA Negeri Sabah, YBhg. Datuk Ismail Awang Besar, Setiausaha SPA, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad dan Ahli-Ahli Suruhanjaya. Antara program yang diadakan ialah penyerahan surat tawaran lantikan, pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Satu sesi taklimat kerjaya turut diadakan sejurus selepas majlis perasmian. Selain itu, SPA turut membuka kaunter permohonan jawatan secara online kepada orang ramai yang hadir.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here