Accessibility Tools

Skip to main content

Oktober 2020 Aktiviti 2

  • Slot Temu Bual Radio KL FM Bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

5 Oktober 2020 ----- Gambar sekitar hebahan melalui slot temu bual radio di KL fm berkenaan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Turut sama mengiringi Tan Sri ialah Datuk Zohari Said, Setiausaha SPA dan Tuan Ikhbal Hanam bin Mukras, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) SPA. Terima kasih kepada penyampai KL FM Ridzwan_Dollah dan team #SembangKL Radio KL fm.

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2012 Aktiviti 8

  • Pengerusi SPA Bersama Media

SPA 25 Julai ------ Berita Harian, Sin Chew Jit Poh dan TV9 adalah di antara media yang telah menemubual Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam baru-baru ini di pejabatnya pada hari Khamis dan Jumaat. Di antara temu bual yang diadakan bersama media-media tersebut adalah menyentuh mengenai fenomena kekurangan Bukan Melayu dalam sektor awam dan juga kajian ruling-ruling baru SPA. YBhg. Tan Sri Pengerusi SPA turut mengulas mengenai pelbagai langkah yang diambil untuk menarik minat kaum Bukan Melayu untuk menyertai perkhidmatan awam termasuk mengadakan engagement dengan Kementerian/Jabatan/NGO dan Media Massa. Terdahulu dari itu juga, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menerima kunjungan NGO India (NIAT) pada pagi semalam. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Februari 2013 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 6 Bagi Tahun 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 6/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) Kertas Tindakan Tatatertib dan 23 Kertas Rayuan Tatatertib dan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,131 orang dan seramai 1,112 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, 43 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai enam (6) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

April 2014 Aktiviti 10

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13 bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13/2014 telahmembincangkan dan meluluskan pelantikan seramai971 orang dan seramai 656 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 14 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 

Continue reading

Ogos 2016 Aktiviti 11

  • BERITA RINGKAS 30 Ogos : PENGERUSI SPA JALANKAN SESI TEMUDUGA

    PUTRAJAYA, 29 Ogos ------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah menjalankan sesi temu duga bagi Jawatan Pegawai Latihan Gred Utama C. Sesi temu duga turut dihadiri wakil Jabatan iaitu YBhg. Datuk Jalil Marzuki.  ------  MediaSPA

Continue reading

Ogos 2015 Aktiviti 12

  • BERITA RINGKAS 11 Ogos : Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke Atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

    PUTRAJAYA, 12 Ogos ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak membuat kunjungan hormat ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hjh Nancy Hj Shukri di pejabatnya di Presint 3, Putrajaya sebentar tadi. Kunjungan selama 50 minit Pengerusi turut diiringi Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Perundangan En Anuar Othman.  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Oktober 2020 Aktiviti 3

  • Slot Temu Bual Radio Nasional FM Bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

7 Oktober 2020 ----- Gambar sekitar hebahan melalui slot temu bual radio di Nasional fm berkenaan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Turut sama mengiringi Tan Sri ialah Datuk Zohari Said, Setiausaha SPA dan Tuan Ikhbal Hanam bin Mukras, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) SPA. Terima kasih kepada penyampai Nasional FM Lela Zain dan team #Alfa102 Radio Nasional fm. 

 
 
 
 

Continue reading

Julai 2012 Aktiviti 7

  • Juara Liga FAM 2012, SPA FC Terima RM60,000 Dan Piala

KUALA LUMPUR 20 Julai ------ Pasukan Bola Sepak SPA FC telah menerima Piala Juara Liga FAM 2012 beserta wang tunai RM60,000 di dalam satu majlis yang diadakan oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya petang semalam. Majlis juga dihadiri oleh pasukan dari Juara Liga Super, Liga Perdana dan pemain-pemain terbaik 2012 untuk menerima hadiah masing-masing. Presiden SPA FC YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo yang turut hadir di majlis itu berkata ”Piala ini bukan sahaja lambang kejayaan pasukan bolasepak SPA 2012, bahkan juga lambang kejayaan warga SPA yang mampu berdepan cabaran serta meraih kejayaan jika kita bertindak sebagai satu pasukan dan komited untuk mencapai matlamat yang dituju”. Beliau berkata demikian sejurus selepas majlis penyampaian Piala Pusingan dan wang tunai. Pada tahun 2013, SPA FC secara automatik akan bertanding dalam saingan Bola Sepak Liga Perdana. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2016 Aktiviti 12

  • BERITA RINGKAS 30 Ogos :  "Menghayati Sejarah Negara Penting" Pengerusi S.P.A

    PUTRAJAYA, 30 Ogos ------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak berkata perlunya anak-anak muda menghayati sejarah negara kerana ia juga penting terutama apabila ditanya di dalam sesi temu duga. Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam perhimpunan bulanan SPA bertemakan Hari Kebangsaan di Ibu Pejabat SPA Putrajaya semalam. Menurutnya lagi, kebanyakan calon temu duga terutama lepasan Universiti tidak dapat menjawab pertanyaan mengenai sejarah negara dan sekiranya perkara ini berlarutan, maka akan terhakislah semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan warga SPA.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Ogos 2015 Aktiviti 13

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 29 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 29/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 444 orang dan seramai 726 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tujuh orang (7) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tindakan Tatatertib dan sembilan belas (19) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib

 
 

Continue reading

Julai 2012 Aktiviti 6

  • Perjumpaan Bersama Antara SPA dan CUEPACS

SPA 19 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Perjumpaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya ini adalah bertujuan memberi taklimat berkaitan kajian semula dasar-dasar sedia ada SPA untuk meluaskan peluang permohonan pekerjaan selaras dengan tujuan merakyatkan perkhidmatan awam. Taklimat selama hampir 2 jam itu telah disampaikan oleh Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam, Setiausaha, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Sejurus selepas taklimat, satu sidang media juga telah diadakan di tempat yang sama. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Februari 2013 Aktiviti 6

  • Sesi Interaksi Pengerusi SPA Dengan Pegawai Kontrak Di KPKK

    PUTRAJAYA 19 Februari ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan sesi interaksi dengan pegawai-pegawai lantikan secara kontrak di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) di Putrajaya. Sesi interaksi ini adalah yang ketiga diadakan selepas Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Turut hadir, Ketua Setiausaha KPKK, YBhg. Dato' Sri Kamaruddin Siaraf, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Satu sidang media turut diadakan selepas sesi interaksi berakhir. Sementara itu pada sebelah petang, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan susulan bersama wakil pegawai dari KPKK dan pegawai-pegawai kontrak di Kementerian tersebut di S.P.A.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2016 Aktiviti 13

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 28 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 28/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 483 orang dan seramai 1,408 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga orang (3) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga orang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tujuh belas (21)kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Ogos 2015 Aktiviti 14

  • BERITA RINGKAS 14 Ogos : Majlis Jamuan Hari Raya Kompleks C

    PUTRAJAYA, 14 Ogos ------ Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa hadir di majlis jamuan hari raya yang diadakan di dataran Kompleks C, Putrajaya semalam. Majlis turut di hadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Ketua Jabatan dan semua warga Kompleks C. Tan Sri Dr. Ali Hamsa turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak tadika warga S.P.A. ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Your message here