Accessibility Tools

Skip to main content

Oktober 2016 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 3 Oktober : SPA Sertai Majlis Sambutan Maal Hijrah 1438H/2016M Peringkat Kebangsaan

    SERDANG, 2 Oktober ------ Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Hamimah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1438H/2016 Peringkat Kebangsaan yang disambut di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang semalam. Seramai 10,000 peserta daripada pelbagai agensi menyertai perarakan dan perhimpunan yang bertemakan Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah termasuklah kontinjen daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang diketuai oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Yang turut hadir, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Haji Abdullah Tahir, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2015 Aktiviti 23

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 31 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 31/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 568 orang dan seramai 817 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan orang (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan duaorang (2) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tindakan Tatatertib, satu (1) kertas Lembaga RayuanKenaikan Pangkat dan enam belas (16) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Januari 2019 Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 19 Jan ----- Kunjungan Hormat Anggota SPA Kepada YAB Timbalan Perdana Menteri

PUTRAJAYA 18 Jan ----- Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Pusat Petadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, semalam. Kunjungan hormat yang bermula 11.30 pagi itu diketuai oleh Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman. Turut hadir, Timbalan Pengerusi, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Dato’ Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegaai kanan SPA. Sesi dimulakan dengan taklimat SPA yang disampaikan oleh Tan Sri Zainal Rahim .----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2018

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 4

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 1 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 1/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) Kertas Tindakan Tatatertib, 28 Kertas Rayuan Tatatertib dan satu (1) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 285 orang dan seramai 472 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 14 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 
 
 

Continue reading

September 2016

Continue reading

Ogos 2015 Aktiviti 24

  • BERITA RINGKAS 25 Ogos : Mesyuarat bagi membincangkan arahan pelantikan pegawai kaum Cina dan India

    PUTRAJAYA, 25 Ogos ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan arahan pelantikan pegawai Cina dan India di kaunter agensi-agensi kerajaan. Mesyuarat yang diadakan di Putrajaya turut di hadiri Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan wakil pegawai daripada agensi yang terlibat.  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Januari 2019 Aktiviti 6

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 2 Tahun 2019

Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil: 2/2019 pada 14 Januari 2019 di Putrajaya.

 
 

Continue reading

Ogos 2018 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 03 Ogos ----- Lawatan SPA Negeri Sarawak ke SPA Malaysia Cawangan Sarawak

KUCHING, 03 Ogos ----- Pada 2 Ogos 2018 (Khamis) , SPA Malaysia Cawangan Sarawak telah menerima lawatan daripada SPA Negeri Sarawak. Ketibaan seramai empat (4) orang pegawai yang diketuai oleh Setiausaha SPA Negeri Sarawak, Encik Fathi Bin Haji Hambali telah disambut oleh Setiausaha Bahagian SPA Cawangan Sarawak, Encik Matthew Anak Dominic Barin. Sesi taklimat ringkas mengenai SPA Malaysia telah disampaikan oleh SUB Cawangan Sarawak. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi perbincangan dan perkongsian ilmu-ilmu yang berkaitan dan beberapa perkara-perkara lain bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara kedua-dua agensi ini. ----- Urus Setia Sarawak

 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 5

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012

    S.P.A, 11 Januari ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012. Penyampaian sijil dan hadiah insentif berupa wang tunai telah disempurnakan oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha Perkhidmatan, Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha Pengambilan Encik Zainal Abidin Ahmad, Pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Seramai 34 orang calon penerima APC pada tahun 2012 yang diadakan di Dewan Temu Duga Putrajaya. Dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood, beliau mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima APC dan berharap mereka sama-sama dapat menjayakan transformasi yang dilaksanakan oleh S.P.A dari semasa ke semasa.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2016

Continue reading

Januari 2019 Aktiviti 7

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3 Tahun 2019

KUCHING 28 Jan ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dengan kerjasama Urusetia Cawangan Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3/2019. Mesyuarat berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching Sarawak. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman, mesyuarat tersebut juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi, Dato' Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Dato' Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan SPA.

 
 

Continue reading

Ogos 2018 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 23 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 23/2018 pada 30 Julai 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman

 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 6

  • Liga Perdana 2013 - SPA Putrajaya FC Tewaskan Perlis

    MELAKA, 11 Januari ------  SPA Putrajaya FC tundukkan Perlis dengan jaringan 4 - 2 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka petang tadi. SPA yang memperoleh jaringan seawal minit ke-2 melalui Fadzly Iskandar diikuti dengan jaringan oleh Sazali Suwandi pada separuh masa kedua melalui tendangan percuma dari jarak 25 meter ke gawang pasukan lawan. Khairol Azry menambah derita Perlis dengan menjaringkan gol ketiga lima minit selepas itu dan sekali lagi Khairol Azry menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke 73. Perlis memperolehi jaringan melalui Mohd Alimi Fahami dan pemain import Antawi Dennis Thauhid. Turut hadir menyaksikan perlawanan, Presiden S.P.A PUTRAJAYA FC, Datuk Ramli Juhari. S.P.A PUTRAJAYA FC akan bertemu dengan Pasukan Sarawak pada Hari Isnin depan di Stadium yang sama.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2016 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 4 Oktober : Pengerusi SPA Sampaikan Taklimat di Persidangan Psikologi 2016

    PUTRAJAYA, 4 Oktober ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah menyampaikan taklimat bertajuk Kaedah Penilaian Secara Holistik Dalam Proses Pemilihan Penjawat Awam di SPA. Taklimat yang diadakan di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya itu bersempena dengan Persidangan Psikologi 2016 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Persidangan selama (tiga) 3 hari itu dihadiri seramai 700 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai psikologi Kementerian dan Jabatan serta Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB).  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Januari 2019 Aktiviti 8

  • Perhimpunan Bulanan Khas Bersama YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman, Pengerusi SPA Malaysia anjuran SPA Urusetia Sarawak

KUCHING 29 Januari (Selasa) --- Majlis Perhimpunan Bulanan Khas SPA Malaysia Cawangan Sarawak bersama YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman telah diadakan di Auditorum, Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching Sarawak. Perhimpunan kali ini telah dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman serta Ahli-ahli Suruhanjaya yang lain. Turut hadir ke majlis berkenaan adalah Timbalan Pengerusi SPA Malaysia iaitu YBhg. Dato' Sri Zoal Azha Bin Yusof dan Setiausaha SPA Malaysia, YBhg. Dato' Zainal Abidin Bin Ahmad. Pada majlis berkenaan, En. Matthew Anak Dominic Barin selaku tuan rumah telah menyampaikan ucapan aluan dan pembentangan ringkas mengenai SPA Malaysia Cawangan Sarawak khususnya. Selain itu , YBhg. Tan Sri Pengerusi SPA Malaysia turut menyampaikan amanat kepada semua warga SPA yang hadir, antara intipati amanat YBhg. Tan Sri adalah mengenai kepentingan ilmu, integriti dan budaya kerja terbaik yang perlu diamalkan dalam perkhidmatan awam.

 
 
 
 

Continue reading

Your message here