Accessibility Tools

Skip to main content

Ogos 2018 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 08 Ogos ----- Kunjungan Hormat SPA VOLUNTEER (SPAVOL) Ke Atas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Yang Baharu

PUTRAJAYA, 08 Ogos ----- Presiden SPAVOL (YM Raja Adnan Raja Ibrahim), Timbalan Presiden SPAVOL (Tuan Ismawira Amin Ismail) dan AJK SPAVOL telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi SPA yang baharu, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman. Pada kunjungan tersebut, YBhg. Tan Sri telah bersetuju menjadi Penaung SPAVOL dan berharap agar SPAVOL terus melaksanakan program-program kebajikan dan kesukarelawan. SPAVOL mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dokongan YBhg. Tan Sri Pengerusi. ----- UPK

 
 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 7

  • Liga Perdana 2013 - SPA Putrajaya FC Seri Bertemu Sarawak

    MELAKA, 15 Januari ------  "Kualiti permainan S.P.A. Putrajaya FC adalah setanding dengan pemain-pemain negeri" itulah ulasan dari Presiden S.P.A. Putrajaya FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari dihadapan pemain-pemain bola sepak sejurus selesai permainan dalam saingan Liga Perdana 2013 menentang Sarawak di Stadium Hang Tuah, Melaka petang semalam. Pemain Sarawak terpaksa berpuas hati dengan mengutip satu (1) mata setelah menang kesemua perlawanan sebelum ini. Jaringan S.P.A. Putrajaya FC diperolehi melalui Mohd Hanifuddin pada minit ke-24. Jaringan pasukan Sarawak diperolehi dalam masa kecederaan separuh masa pertama. Keputusan seri 1-1 berakhir sehingga tamat permainan.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2016 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 6 Oktober : Pengerusi S.P.A Hadir Ke Istiadat Penganugerahan DPA INTAN 2016

    PUTRAJAYA, 6 Oktober ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini hadir ke Majlis Istiadat Penganugerahan Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN dan Felo INTAN 2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Seramai 292 graduan menerima Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN yang telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Pada majlis itu juga YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa turut menyampaikan Anugerah Felo INTAN 2016 kepada tokoh terbilang perkhidmatan awam iaitu YBhg. Tan Sri Haji Ambrin Buang.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Januari 2019 Aktiviti 9

  • Kunjungan Hormat Anggota SPA Kepada Pengerusi SPA Negeri Sarawak YBhg. Datu Abdul Ghafur Shariff

Kuching 28 Januari (Isnin) --- Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah membuat kunjungan hormat terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di pejabat Pengerusi SPA Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sarawak . Kunjungan hormat yang bermula 2.30 petang itu diketuai oleh Pengerusi SPA Malaysia YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman. Turut hadir sesi kunjungan tersebut adalah Timbalan Pengerusi SPA Malaysia , Dato' Sri Zoal Azha Bin Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA Malaysia Dato' Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan SPA. Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak iaitu YBhg. Datu Dr. Sabariah Putit kepada semua ahli-ahli Suruhanjaya SPA Malaysia. Seterusnya diakhiri dengan sesi gambar kenangan bersama-sama dengan semua ahli-ahli Suruhanjaya SPA Malaysia dan SPA Negeri Sarawak.

 
 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 8

  • Pengerusi SPA Bersama BERNAMA TV

    KUALA LUMPUR, 15 Januari ------  Pengerusi S.P.A. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah bersiaran secara langsung bersama BERNAMA TV di saluran Astro 502 malam tadi. Siaran selama sejam yang bermula 10.00 malam hingga 11.00 malam dalam rancangan "Helo Malaysia" itu dikendalikan perantara terkenal Sherkawi Jirim. Antara lain, topik yang dibincangkan adalah mengenai Transformasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta peningkatan permohonan pekerjaan ke perkhidmatan awam dari kalangan kaum Cina dan India. Rancangan tersebut juga dibuka untuk pertanyaan penonton melalui panggilan telefon.  ------  MediaSPA

 

Continue reading

Oktober 2016 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 8 Oktober : SPA Terima Kunjungan Daripada Kementerian

    PUTRAJAYA, 8 Oktober ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menerima kunjungan daripada Kementerian Peperiksaan Taiwan, semalam. Delegasi diketuai oleh Timbalan Menterinya, Dr. Shu-Hsiang Hsu. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan juga topik berkaitan peperiksaan telah disampaikan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Haji Abdullah Tahir.  ------  MediaSPA

 

Continue reading

Ogos 2015 Aktiviti 27

  • BERITA RINGKAS 27 Ogos : "Hargailah keamanan, peliharalah keharmonian" Pengerusi S.P.A

    PUTRAJAYA, 27 Ogos ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak mengingatkan warga S.P.A supaya tidak terlibat dalam program-program yang boleh menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara seperti yang dirancang oleh kumpulan-kumpulan atau pertubuhan yang tidak berdaftar. Beliau berkata demikian di majlis perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya petang semalam. Katanya lagi “ saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia hargailah keamanan, peliharalah keharmonian pupulklah perpaduan, marilah kita bersyukur di atas kenikmatan kebebasan yang kita kecapi hari ini”. Kita selaku penjawatn awam adalah tertakluk pada Etika Perkhidmatan Awam dan Aku Janji dan dilarang menyertai sebarang perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pertubuhan yang tidak berdaftar” katanya.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Februari 2019

Continue reading

Ogos 2018 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 24 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 24/2018 pada 6 Ogos 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman.

 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 9

  • Lawatan Dari Chinese Academy Of Governance

    S.P.A, 15 Januari ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menerima kunjungan dari "Chinese Academy Of Governance". Rombongan daripada Beijing, China seramai tiga orang pegawai diketuai oleh Qin Sichai, Director General, Department Of Education Planning. Satu taklimat mengenai SPA telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Turut hadir Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha Perkhidmatan, Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha Pengambilan, Encik Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan SPA. Sejurus selepas selesai sesi taklimat, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam menyampaikan cenderamata kenangan kepada Qin Sichai dan delegasi.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2016 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 31 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 31/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 329 orang. Manakala, enam (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 18 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Ogos 2015

Continue reading

Februari 2019 Aktiviti 1

  • Majlis Penyampaian Surat Pelantikan dan Penempatan kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Kemasukan Khas)

8 Februari 2019 ~ Pengerusi SPA Malaysia YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman telah menghadiri Majlis Penyampaian Surat Pelantikan dan Penempatan kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Kemasukan Khas), bertempat di Dewan Seri Baiduri, INTAN Bukit Kiara.

Sumber foto : Intan Bukit Kiara

 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2018 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 15 Ogos ----- Lawatan Kerja Ke Jabatan Imigresen Malaysia

KLIA, 14 Ogos ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan perbincangan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkenaan urusan tatatertib yang diadakan di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Delegasi SPA diketuai oleh Setiausaha Bahagian Naik Pangkat Dan Tatatertib, Puan Norazian Kamaruddin. Turut bersama dalam perbincangan ialah Pegawai Undang-Undang SPA, Puan Salwa Mhd Asrar, Pegawai Integriti SPA Mohd Haziman Mahmood dan pegawai-pegawai Bahagian NPT. Manakala JIM dihadiri pegawai kanan Unit Integriti jabatan berkenaan. Selepas sesi perbincangan delegasi SPA turut dibawa ke bilik keselamatan cop dan kaunter urusan pengesahan dokumen perjalanan di KLIA. -----MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 10

  • Perasmian Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Ke-5

    MELAKA, 15 Januari ------  Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam hari ini telah merasmikan Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Ke - V. Persidangan anjuran bersama antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut di hadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka YB Datuk Wira Omar Kaseh, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg. Datuk Farida Mohd Ali, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta wakil-wakil Kementerian/Jabatan. YAB Ketua Menteri Melaka juga turut melancarkan buku bertajuk "Bongkar: Kompilasi Kesilapan Lazim Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam". Seramai hampir 300 peserta hadir dalam persidangan yang diadakan di Hotel Equatorial Melaka ini. Satu sidang media turut diadakan selepas majlis perasmian di tempat yang sama. Tema Persidangan pada kali ini ialah "Transformasi Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam" dimana sebanyak tiga (3) kertas kerja akan dibentangkan selama dua hari persidangan berlangsung.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here