April 2014 Aktiviti 29
- BERITA BERGAMBAR 21 April ---- Sesi Temu Duga Calon PSH
Peristiwa bergambar.

Accessibility Tools
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA, 8 Oktober ------ Bersempena dengan Hari Sukan Negara yang disambut pada 8 Oktober 2016, satu acara Family Fun Walk telah diadakan di perkarangan Kompleks C yang disertai oleh warga Kompleks C dan turut dihadiri ketua-ketua Jabatan. Majlis pelepasan acara berjalan secara santai bersama ahli keluarga telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Turut hadir Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. ------ MediaSPA
PUTRAJAYA 13 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima kunjungan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Datuk Wira Dr. Md Farid Md. Rafik, semalam. Ketibaannya telah disambut oleh Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman. Seterusnya sesi taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha SPA, Dato’ Zainal Abidin Ahmad . ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 25/2018 pada 13 Ogos 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman.
MELAKA, 17 Januari ------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyempurnakan Majlis Penutupan Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Ke-5. Hadir sama, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R.Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg. Dato' Dr. Ismail Bin Alias dan Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Terdahulu dari itu satu Forum bertajuk "Tatacara Pelaksanaan Tindakan Surcaj Dalam Perkhidmatan Awam" telah dibentangkan oleh tiga orang panel iaitu YBhg. Dato' S. Kumaran, Setiausaha Bahagian Kewangan Strategik Kementerian Kewangan, YBhg. Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang, Ketua Audit Negara dan YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruki Penasihat Undang-Undang Universiti Teknologi Mara. Sementara itu, YBhg. Dato' Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menjadi Moderator forum tersebut. Dalam Majlis Penutupan Persidangan ini juga, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan Sijil Pentauliahan kepada 13 Pegawai Pemudah Cara Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam. Persidangan selama dua hari ini, telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam semalam. ------ MediaSPA
Peristiwa bergambar.
KUALA LUMPUR, 10 Oktober ------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak malam tadi muncul dalam satu program bual bicara terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu "Suara Kita, Hak Kita". Program selama 60 minit bermula jam 9.00 malam itu dikendalikan bersama perantara Shahril Sharapuddin dan Mohd Fadzly yang membawa tajuk Peperiksaan Dalam Talian. Antara topik yang dikupas oleh Pengerusi SPA mengenai peperiksaan dalam talian itu ialah memudahkan calon-calon mengambil peperiksaan walau di mana calon itu berada asalkan mempunyai kemudahan internet dan juga penjimatan pihak kerajaan berbanding peperiksaan secara konvensional. Program bual bicara yang berkonsepkan santai itu turut menerima panggilan telefon dan pertanyaan di Facebook daripada orang ramai yang mengikuti program tersebut secara langsung menerusi TV1. ------ MediaSPA
PUTRAJAYA 14 Feb ----- Encik Zohari Said daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diumum sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang baharu menggantikan Dato’ Zainal Abidin Ahmad yang bersara wajib mulai hari ini. Pengumuman itu dibuat oleh Dato’ Zainal pada majlis perhimpunan bulanan SPA di Putrajaya petang semalam. Turut hadir Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman, Ahli Suruhanjaya serta pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Pada majlis itu juga Tan Sri Zainal menyampaikan kit kepada kakitangan baharu yang bertugas di SPA serta cenderamata kepada Dato’ Selwyn yang tamat perkhidmatan sebagai Ahli Suruhanjaya ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar : Pada 20 Ogos 2018 (Isnin), pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan Latihan Kebakaran (fire drill) untuk bangunan C6 dan C7. Warga SPA turut terlibat dalam latihan kebakaran ini.
KUALA LUMPUR, 19 Januari ------ PTimbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad malam tadi telah bersiaran secara langsung di Stesan Bernama Radio 24, di Wisma Bernama, Kuala Lumpur. Rancangan yang bernama "DALAM RADAR" telah ke udara dari jam 7 malam hingga 8 malam bersama peneraju Wan Syahrina dan Ikmal Hafis. Antara topik yang dibincangkan adalah mengenai kriteria yang perlu ada pada penjawat awam dan layanan penjawat awam kepada orang ramai/pelanggan terutama di kaunter barisan hadapan. Rancangan ini juga dibuka kepada orang ramai untuk panggilan telefon secara langsung. ------ MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 32/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,995 orang dan seramai 1,334 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 20 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 20 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
BERITA RINGKAS 1 Sept : Pengerusi S.P.A Hadir di majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 15 Feb ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Encik Zohari Said yang melaporkan diri di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai Setiausaha SPA yang baharu menggantikan Dato’ Zainal Abidin Ahmad yang bersara wajib mulai hari ini. Setelah mengadakan perbincangan bersama Tan Sri Zainal selama 50 minit, beliau mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan dan mempengerusikan mesyuarat di bilik mesyuarat Suruhanjaya di aras 10 ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 26/2018 pada 20 Ogos 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan 27 Kertas Rayuan Tatatertib dan tiga (3) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 3,130 orang dan seramai 837 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 32 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai enam (6) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 15/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,143 orang dan seramai 756 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 24 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PUTRAJAYA, 14 Oktober ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini hadir ke Majlis Perkongsian Pintar Sistem eCirculation antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. eCirculation adalah merupakan satu sistem yang telah dibangunkan sendiri oleh SPA bagi mempermudahkan urusan kelulusan kertas pertimbangan Suruhanjaya di mana dengan menggunakan sistem ini kertas-kertas yang memerlukan kelulusan segera dapat dibentangkan dan diedarkan secara dalam talian tanpa perlu menunggu mesyuarat Suruhanjaya yang seterusnya. Hadir sama Timbalan Pengerusi SPAN Sarawak, Tuan Haji Zakaria P. Nyumay dan Setiausaha SPA Malaysia, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 1 Sept : Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke Atas Ketua Menteri Melaka
MELAKA, 1 Sept ------ Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Haji Idris Haron di Ayer Keroh, Melaka pagi tadi. Pengerusi S.P.A itu turut diiringi Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Naim Abu Bakar. Kunjungan selama 45 minit itu diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri. Seterusnya Dato’ Seri Arpah mengadakan Mesyuarat bersama-sama Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO, YB Datuk M.S Mahadeven serta pegawai-pegawai kanan pejabat Ketua Menteri. ------ MediaSPA