Accessibility Tools

Skip to main content

Februari 2019 Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 21 Feb ----- Kunjungan MITRA Ke SPA

PUTRAJAYA 20 Feb ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menerima kunjungan hormat dari Malaysian Indian Transformation Unit (MITRA) semalam. Ketibaan delegasi yang diketuai Ketua Pengarah Encik Letchumanan Shanmugam telah disambut oleh Pengerusi SPA dan seterusnya sesi taklimat disampaikan oleh Tan Sri Zainal Rahim Seman.----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Ogos 2018

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 14

  • Lawatan Kerja Ke Jabatan Laut Malaysia

    KLANG, 21 Januari ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A.) hari ini telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Laut Malaysia di Klang, Selangor. Lawatan kerja yang diketuai oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam adalah bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya yang diadakan di Jabatan tersebut. Turut hadir, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Taklimat mengenai Jabatan Laut turut disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia, YBhg. Dato' Kapten Haji Ahmad Othman. Rombongan turut juga di bawa melawat ke Pusat Operasi Vessel Traffic System (VTS). Seterusnya rombongan dibawa melawat ke sekitar pelabuhan dengan menaiki Kapal Laut PEDOMAN.  ------   MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

April 2014 Aktiviti 33

  • BERITA BERGAMBAR 23 April ---- S.P.A Adakan Taklimat Kerjaya Di Sekolah Menengah Kuen Cheng Kuala Lumpur

    Peristiwa bergambar.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2016 Aktiviti 10

  • BERITA RINGKAS 18 Oktober : Pengerusi SPA Hadir Ke Program Sukan Dan Seminar Perkhidmatan Awam

    PUTRAJAYA, 16 Oktober ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah menghadiri Program Sukan Perkhidmatan Awam ke-39 dan Seminar Bersama Kelapan Pemimpin Perkhidmatan Awam Singapura dan Malaysia. Program yang berlangsung mulai 14 hingga 16 Oktober 2016 itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Semasa berada di negara tersebut, YBhg. Tan Sri Arpah turut berkesempatan bertemu dan berbincang dengan Pengerusi SPA Singapura, Mr. Eddie Teo. ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Februari 2019 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 21 Feb ----- Kunjungan Hormat SPA Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia

PUTRAJAYA 20 Feb ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Zainal Rahim Seman, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Urus setia SPA telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam .----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

September 2018 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 27 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 27/2018 pada 3 September 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman.

 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 15

  • Sesi Interaksi Dan Karnival Kerjaya Di Pagoh

    PAGOH, 21 Januari ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan bertempat di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh, Johor. Sesi interaksi yang pertama pada tahun ini telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Cik Chan Hong Jin dan Setiausaha Bahagian Pengambilan Encik Abdullah Tahir. S.P.A juga telah mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Encik Zainal Abidin telah mengunjungi setiap gerai pameran kerjaya untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan.  ------   MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2016 Aktiviti 11

  • BERITA RINGKAS 20 Oktober : Perkongsian Pintar Sistem eSurat Antara SPA dan JPA

    PUTRAJAYA, 19 Oktober ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan perkongsian pintar sistem eSURAT bersama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Satu majlis ringkas penyerahan sistem eSURAT telah diadakan semalam dan dihadiri oleh Tuan Haji Abdullah Tahir, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) SPA. Jabatan Perkhidmatan Awam pula telah diwakili oleh Encik Mohd Danial Ma’alip, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik JPA. SPA telah menggunakan sistem eSURAT yang dibangunkan secara dalaman oleh Bahagian Pengurusan Maklumat mulai tahun 2010. ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

September 2015 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 2 Sept : Mesyuarat S.P.A Dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa S.P.A

    PUTRAJAYA, 2 Sept ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini mengadakan Mesyuarat Dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa S.P.A. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Utama, Kementerian Kewangan Malaysia di pengerusikan oleh Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir, Setiausaha S.P.A, Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, pegawai-pegawai kanan S.P.A serta wakil-wakil Kementarian dan Jabatan. Mesyuarat dimulakan dengan perutusan Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, sesi pembentangan kertas kerja mengenai peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU. Antara perbincangan yang sedang berlangsung sekarang ialah urusan pelantikan secara kontrak dan isu-isu tatatertib atau rayuan tatatertib. Mesyuarat dijangka selesai pada jam 1 tengah hari ini.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

September 2018 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 24 September ----- SPA Fit Ekspedisi Gunung Singai, Bau Sarawak

SARAWAK, 23 September ----- SPA Malaysia Cawangan Sarawak (SPAMCS) telah melaksanakan program SPA Fit 2018 - Ekspedisi Gunung Singai, Bau melalui Kelab Rekreasi & Kebajikan (SPARK) SPA Malaysia Cawangan Sarawak. Seramai 23 peserta dan kakitangan SPA Malaysia Cawangan Sarawak telah menyertai program tersebut. Objektif penganjuran program ini adalah bertujuan mengeratkan semangat berpasukan, setia kawan, menguji tahap kekuatan mental dan fizikal serta membantu mengesan/menyelamat mangsa pendakian Gunung Singai yang telah hilang (Stanley Kho) semasa mendaki sejak 17 September 2018 yang lepas. Semasa pendakian bermula selama lebih kurang 40 minit, pendaki yang hilang Saudara Stanley Kho telah berjaya ditemui oleh penduduk kampung berdekatan. Pendakian Gunung Singai kali ini diketuai oleh Encik Doni Bin Sahari (merupakan Pengerusi Kelab Aktiviti Sukan Lasak Kenyalang) turut dibantu oleh beberapa ahli yang lain. Tempoh pendakian ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke puncak Gunung Singai dan 2 jam untuk turun ke kaki Gunung Singai dimana setengah jalan ke lokasi laluannya adalah dibuat daripada kayu belian, setengah lagi adalah laluan tanah dan curam dalam 80 Darjah. Tahniah kepada semua yang telah sampai ke puncak dan semua yg terlibat . ----- Urus Setia Sarawak

 
 
 

Continue reading

Oktober 2016 Aktiviti 12

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,623 orang dan seramai 1,539 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 10 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga orang (3) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 15 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Februari 2019 Aktiviti 8

  • Visit by Australian Public Service Commissioner

PUTRAJAYA 28 Feb ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menerima kunjungan daripada Public Service Commissioner Australia. Delegasi seramai (5) lima orang pegawai itu telah diketuai oleh Mr Peter Woolcoot. Satu sesi taklimat kepada delegasi PSC Australia juga telah diadakan. Turut hadir Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

September 2018 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 26 September ----- Perhimpunan Bulanan SPA Bagi Bulan September 2018

PUTRAJAYA, 25 September ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman telah menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga SPA anjuran Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib. Dalam majlis berkenaan, Pengerusi SPA telah menyampaikan amanat kepada semua warga SPA agar terus menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Pengerusi SPA juga turut menyampaikan kit SPA kepada pegawai baharu bertukar ke SPA, Anugerah Peminjam Buku Aktif, Penyumbang Buku Terbanyak, surat kenaikan pangkat serta Anugerah Kakitangan Paling Lama Berkhidmat di SPA.

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here