Accessibility Tools

Skip to main content

Disember 2014 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 4 Dis ---- "7.7 juta pelanggan mendapat manfaat hasil dari transformasi S.P.A" ----  Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 4 Dis  ------ Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam berkata, seramai 7.7 juta pelanggan telah mendapat manfaat hasil dari transformasi yang dilaksanakan oleh S.P.A pada tahun ini sehingga November 2014. Belau berkata demikian ketika membentangkan laporan “Report Kad” S.P.A kepada YB. Menteri di majlis Perhimpunan Khas Pencapaian Prestasi Dan Transformasi S.P.A Tahun 2014 di Putrajaya pagi tadi. Hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun, Pengerusi S.P.P Datuk Dr.Halil Dolhan, Timbalan Pengerusi S.P.A Dato’ R. Segarajah, Pengerusi-Pengerusi S.P.A Negeri, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta wakil-wakil Jabatan serta NGO. Dimajlis yang sama juga upacara menandatangani surat perjanjian pelaksanaan peperiksaan secara dalam talian antara S.P.A dengan JARING Communications dan Novatis Recourses Sdn.Bhd serta penyampaian sijil penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas sumbangan dalam menjayakan produk 1 Malaysia Transformasi S.P.A pada tahun 2014.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

November 2016 Aktiviti 4

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 37 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 37/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,045 orang dan seramai 2,536 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, sembilan (9) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan 16 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 
 

Continue reading

September 2015 Aktiviti 12

  • BERITA RINGKAS 11 Sept : Kunjungan hormat Pengerusi S.P.A Ke atas Pengerusi S.P.A Negeri Sabah

    KOTA KINABALU, 10 Sept ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak membuat kunjungan hormat ke atas Pengerusi S.P.A Negeri Sabah, Datuk Ismail Awang Besar di pejabatnya di Wisma MUIS di Kota Kinabalu, Sabah, petang semalam. Turut bersama dalam kunjungan hormat itu Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris dan pegawai kanan S.P.A. Sesi taklimat dan perbincangan berlangsung selama 50 minit.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah

Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah

JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

GRED GAJI GAJI MINIMUM
(RM SEBULAN)
GAJI MAKSIMUM
(RM SEBULAN)
KADAR KGT*
(RM)
KADAR KGM
(RM)
9 2,250.00 11,110.00 225.00 262.68
*Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang sedang menerima kadar KGT yang lebih tinggi daripada kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan kekal menggunakan kadar KGT tersebut secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

Continue reading

Mac 2019 Aktiviti 6

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil: 8/2019

Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil: 8/2019 pada 11 Mac 2019 di Putrajaya.

 
 

Continue reading

Oktober 2018 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 08 Oktober ----- Program Job Fair anjuran JobsMalaysia Kuala Lumpur Di UTC Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 06 Oktober ----- SPA telah membuka booth pameran sempena program Job Fair anjuran JobsMalaysia Kuala Lumpur Di UTC Kuala Lumpur, Pudu.  Antara perkhidmatan yang disediakan adalah semakan status pendaftaran SPA8i,  pendaftaran secara online dan khidmat konsultansi pekerjaan dalam sektor awam.

 
 
 
 

Continue reading

Disember 2014 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 43 bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 43/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,222 orang dan seramai 720 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, dua belas (12) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

November 2016 Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 22 November : SPA Adakan Mesyuarat Mingguan Suruhanjaya Di IKWAS

    KLUANG, 21 November ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya di INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) semalam. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Ketibaan YBhg. Tan Sri Arpah dan Ahli-Ahli Suruhanjaya telah disambut oleh Pengarah INTAN Kampus Wilayah Selatan, Azizul Alias. Terdahulu, sebelum memulakan mesyuarat, YBhg. Tan Sri Arpah merakamkan penghargaan kepada pihak INTAN kerana telah bekerjasama menyediakan bilik mesyuarat yang lengkap dan selesa kepada SPA.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

September 2015 Aktiviti 13

  • BERITA RINGKAS 14 Sept : Peperiksaan online bagi memasuki Perkhidmatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

    KOTA KINABALU, 14 Sept ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan peperiksaan online bagi memasuki Perkhidmatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Peperiksaan yang bermula pada jam 10.00 pagi tadi telah dihadiri seramai 17,683.00 dan beroperasi di Puncak Semangat Technology, Wisma Amtek, Petaling Jaya Selangor. Turut hadir dan manyaksikan perjalanan peperiksaan, Setiausaha S.P.A, Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai kanan S.P.A. Peperiksaan tamat pada jam 11.30 pagi.  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Syarat Lantikan

Syarat Permohonan

PERBEKALAN UMUM SKIM PERKHIDMATAN

KEWARGANEGARAAN : Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia.
HAD UMUR : Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
: Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
TEMPOH PERCUBAAN
: Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
LATIHAN : Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
: Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.
KEPERLUAN KOMPETENSI POTENSI
: Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat
Rujukan: 
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024

SYARAT MINIMUM KELAYAKAN AKADEMIK BAGI URUSAN PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

(Kelayakan Yang Diterima Bagi Tujuan Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam)

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

    Calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM tertakluk calon berkenaan memiliki keputusan SPM Sijil Terbuka seperti berikut:

    1. lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripadamata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu (1) peperiksaan; atau

    2. lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) matapelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut;dan

    3. memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (mana yang berkenaan) dan mata pelajaran tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim pekhidmatan.

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP)

    (b) lulus dua (2) mata pelajaran dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu

    (1) peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua mata pelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat:

    1. Gred B dan B (NGMP 3.00 dan 3.00); atau
    2. Gred B+ dan B- (NGMP 3.33 dan 2.67); atau
    3. Gred A- dan C+ (NGMP 3.67 dan 2.33); atau
    4. Gred A dan C (NGMP 4.00 dan 2.00).

    ATAU

    lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran atas Gred C (NGMP 2.00) dan dua (2) mata pelajaran atas Gred C-, D+ atau D (NGMP 1.67, 1.33 atau 1.00) serta lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu (1) peperiksaan STPM;

    ATAU

    lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran yang berlainan atas Gred C (NGMP 2.00) dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam STPM yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.

  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

    Calon yang memiliki Sijil STAM adalah layak untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan yang bersesuaian di peringkat STPM berdasarkan tahap kelulusan berikut:

    1. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu (1) peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:
      1. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      2. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      3. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      4. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
      5. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      6. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      7. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
      8. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      9. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      10. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.
    2. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan (a)(i) hingga (x) di atas.

Continue reading

Mac 2019 Aktiviti 7

  • Kunjung hormat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Kelantan ----- 18 Mac 2019 ( Isnin ) Kunjung hormat Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

 
 
 

Continue reading

Oktober 2018 Aktiviti 4

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 30 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 30/2018 pada 8 Oktober 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman.

 

Continue reading

April 2014

Continue reading

November 2016 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 23 November : Lawatan Kerja SPA Malaysia Ke SPA Singapura

    SINGAPURA, 22 November ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura, semalam. Delegasi SPA diketuai oleh Pengerusi SPA, YBhg.Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut bersama dalam lawatan kerja sehari itu adalah Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abdin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Hj Abdullah Tahir serta pegawai-pegawai kanan SPA. Ketibaan delegasi SPA Malaysia di National Library Singapura (NLS) telah disambut oleh Pengerusi SPA Singapura, Mr Eddie Teo beserta ahli-ahli Suruhanjaya Singapura dan pegawai-pegawai kanan SPA Singapura. Lawatan kerja tersebut diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan di samping bertukar pandangan dan pengalaman untuk penambahbaikan sektor awam di kedua-dua negara.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

September 2015 Aktiviti 14

  • BERITA RINGKAS 15 Sept : Pengerusi S.P.A hadir mesyuarat bersama YB Menteri Kesihatan

    PUTRAJAYA, 15 Sept ------ Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak pagi tadi hadir ke perjumpaan khas dan mesyuarat bersama YB Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S.Subramaniam yang diadakan di Bilik Gerakan kementerian Kesihatan di Kompleks E, Putrajaya. Hadir sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (P) Dato' Jalil Marzuki, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pegawai-pegawai kanan JPA dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Mac 2019 Aktiviti 8

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 9/2019 dan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil 1/2019

Kelantan ----- 18 - 19 Mac 2019 Mesyuarat Suruhanjaya Bil 9/2019 dan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil 1/2019 bertempat di Bilik Gerakan MABNA, Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bhatru Kelantan

 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2018 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Penyelarasan SPA, KKM dan JPA

Pada 10 Oktober 2018 (Rabu), telah berlangsung satu Mesyuarat Penyelarasan di antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bilik Mesyuarat Suruhanjaya SPA. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman, Pengerusi SPA dan turut dihadiri oleh YBhg Dato' Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha KKM dan wakil-wakil dari JPA.

 
 

Continue reading

Your message here