Mac 2014 Aktiviti 10
- BERITA BERGAMBAR 8 Mac ---- Program Mesra Pelanggan Di Kapit Sarawak







Accessibility Tools
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 40/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,164 orang dan seramai 1,087 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, Sembilan (9) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 14 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 34/2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 34/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 616 orang dan seramai 1,345 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Tindakan Tatatertib, enam (6) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua puluh lima (25) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil: 12/2019
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA, 15 Disember ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mendapat tempat ke-2 bagi Kategori Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) sempena Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2016 dan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2016. Majlis yang bertemakan “Inovasi Melantasi Konvensi, Inovasi Menjana Produktiviti” telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Hotel Marriott, Putrajaya malam tadi. Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, hadir mewakili SPA untuk menerima sijil dan hadiah wang tunai berjumlah RM100 ribu yang telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Turut hadir Setiausaha SPA YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Hj. Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah tersenarai dalam finalis bersama-sama Jabatan Perkhidmatan Awam yang telah mendapat tempat pertama dan juga Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang telah mendapat tempat ketiga. ------ MediaSPA
PERISTIWA BERGAMBAR 12 Okt : ASPA Anjur Kursus Intergrasi Berpasukan
Peristiwa bergambar.
Timbalan Pengerusi YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 32/2018 pada 29 Oktober 2018.
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
BERITA RINGKAS 12 Okt : Program Semarak (Team Building) Bahagian Pengambilan S.P.A
KUALA LIPIS, 10 Okt ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak telah merasmikan Program Semarak (Team Building) Bahagian Pengambilan di Kem Bina Negara, Kuala Lipis, Pahang. Program tiga (3) hari 9-11 Oktober 2015 dimulakan dengan acara Treasure Hunt . Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad telah melepaskan pasukan berkenderaan menuju ke Kem Bina Negara (BTN), Kuala Lipis, Pahang. Program turut dihadiri Setiausaha Bahagian Pengambilan, Tuan Haji Abdullah Tahir. Antara program yang dijalankan adalah taklimat oleh pegawai dari Biro Tatanegara serta aktiviti berkumpulan. ------ MediaSPA
PUTRAJAYA 8 November --- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah merangkul Anugerah Johan Kategori ICT untuk sistem eTapis bagi PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PERDANA MENTERI (AIJPM) 2018 . Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Hj. Bakar, Ketua Setiausaha Negara bersempena dengan Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2018 yang telah diadakan di Dewan De' Seri Indon Puspanita, Putrajaya. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 9/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 229 orang dan seramai 892 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 30 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 35 Tahun 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 35/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 270 orang dan seramai 910 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas Tindakan Tatatertib, dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PUTRAJAYA 7 Mei ----- Kunjungan hormat Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik (PPTD) ke atas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Zainal Rahim Seman diketuai oleh Presiden PPTD, Dato’ Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus di Putrajaya, semalam. ----- MediaSPA