Accessibility Tools

Skip to main content

November 2015 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 2 Nov :  Dato' Seri Arpah Abdul Razak rasmi bengkel penggubalan soalan peperiksaan

    GENTING HIGHLANDS 2 Nov ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan bengkel penggubalan soalan peperiksaan yang diadakan di Awana, Genting Highlands. Bengkel tiga (3) hari yang bermula hari ini telah dirasmikan oleh Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Terdahulu pada sebelah pagi, Dato’ Seri Arpah mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 38/2015.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Pengesahan Pelantikan

Pengesahan Pelantikan

  • 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pengesahan Pelantikan?

    Pengesahan pelantikan bermaksud proses mengesahkan lantikan seseorang pegawai yang telah bersetuju menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat tawaran.

     

  • 2. Apakah peraturan yang berkaitan dengan Pengesahan Pelantikan?

    Pengesahan Pelantikan dilaksanakan berdasarkan Perkara 144(1) Perlembagaan dan Peraturan-peraturan 20, 21, 22 dan 23 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]. Prosedur Pengesahan Pelantikan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah merujuk kepada Surat Pekeliling SPA Bilangan 2 Tahun 2011.

  • 3. Apakah tujuan Pengesahan Pelantikan?

    Pengesahan Pelantikan bertujuan untuk mengesahkan bahawa pegawai telah memenuhi syarat tawaran pelantikan iaitu diperakui sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar dan memenuhi Akuan Berkanun semasa melaporkan diri bertugas dan pegawai menandatangani Aku Janji selepas melapor diri bertugas.

     

  • 4. Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Pelantikan?

    Dokumen yang diperlukan adalah sebagaimana dalam Senarai Semak Pengesahan Pelantikan melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

  • 5. Adakah perlu seseorang pegawai sedang berkhidmat dilantik ke jawatan baharu, menjalani semula pemeriksaan kesihatan?

    Ya, pegawai yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di jawatan terdahulu perlu menjalani semula pemeriksaan kesihatan sekiranya dikehendaki oleh Suruhanjaya apabila dilantik ke jawatan baharu mengikut perenggan 7 MyPPSM Ceraian UP.1.3.10

     

  • 6. Siapakah yang boleh menjadi saksi di ruangan Bahagian C – Pengakuan Saksi (Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam) dan bilakah tarikh yang perlu diisikan?

    Saksi terdiri daripada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Professional (Gred 41 dan ke atas) dalam perkhidmatan awam. Tarikh tandatangan saksi hendaklah sebelum mendapat pengesahan Pengamal Perubatan Berdaftar.

     

  • 7. Bolehkah pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik swasta?

    Boleh.

  • 8. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pengesahan Pelantikan?

    14 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

     

  • 9. Bolehkah pegawai memohon salinan surat Pengesahan Pelantikan?

    i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
    ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
    iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/

Continue reading

November 2013 Aktiviti 13

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 39/2013
       
    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 39/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan sepuluh(10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikanseramai 793 orang dan seramai 932 orang pegawaitelah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 16 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan lima (5) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
 

Continue reading

November 2015 Aktiviti 4

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 38 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 38/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 74 orang dan seramai 1,176 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan sembilan (9) kertas Tatatertib, lima (5) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Penetapan Gaji Permulaan

Penetapan Gaji Permulaan

  • 1. Bolehkah pegawai yang sedang berkhidmat dan telah disahkan dalam perkhidmatan yang dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain memohon untuk penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan pengalaman?

    1. Kerajaan melalui Peraturan 25(7), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] telah memperuntukkan bahawa penentuan gaji permulaan seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan kemudian dilantik ke skim perkhidmatan yang lain pada mana-mana tarikh selepas Pergerakan Gaji Tahunan (PGT), gaji permulaan pegawai itu adalah pada gaji yang lebih tinggi tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa dalam gred jawatan terdahulu.
    2. Manakala Peraturan 25(8) telah memperuntukkan bahawa gaji permulaan ditentukan jika pegawai dilantik pada tarikh yang sama atau lebih awal dari tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulu, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu, terhad kepada amaun gaji maksimum di gred tersebut sebelum menentukan gaji permulaan pelantikan itu.
    3. Permohonan boleh dikemukakan kepada Kementerian/ Jabatan dengan merujuk kepada Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bil. 1 Tahun 2020 – Panduan Penentuan Gaji Permulaan Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat Yang Telah Disahkan Dalam Perkhidmatan Dan Dilantik Ke Jawatan Lain.
  • 2. Dokumen apakah yang diperlukan untuk memperakukan seseorang pegawai dalam urusan penetapan gaji permulaan?

    Dokumen yang diperlukan untuk Penetapan Gaji Permulaan adalah melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

     

Continue reading

Januari 2017 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 12 Januari ----- Tan Sri Arpah Abdul Razak Pengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 1/2017

PUTRAJAYA, 09 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya yang pertama bagi tahun 2017 (Bil 1/2017) bertempat di Ibu Pejabat SPA Putrajaya. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan SPA. Mesyuarat membincangkan dan menimbangkan kertas-kertas berkaitan dengan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib. MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

November 2013 Aktiviti 14

  • Seminar S.P.A Outreach Peringkat Negeri Perlis
       
    PERLIS, 19 Nov ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Seminar Outreach, Pengenalan S.P.A kepada guru-guru bimbangan dan kaunseling sekolah peringkat negeri Perlis. Seminar yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Negeri, Kangar, Perlis itu dirasmikan oleh Pengerusi S.P.A YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Dua semi taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd. Shaiful Ibrahim. Seminar anjuran Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) ini turut menjemput wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis untuk menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan e-Profiling. ------  MediaSPA
 
 
 

Continue reading

November 2015 Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 12 Nov : Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    PUTRAJAYA, 12 Nov ------ Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad pagi ini mempengerusikan Mesyuarat pra Suruhanjaya yang diadakan di Putrajaya. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Haji Abdullah Tahir, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris serta pegawai-pegawai kanan S.P.A.  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Pelanjutan Tempoh Percubaan

Pelanjutan Tempoh Percubaan

  • 1. Bilakah permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?

    Perakuan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan sebaik sahaja tamat tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun).

     

  • 2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pelanjutan tempoh percubaan?

    Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya adalah seperti di pautan Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

     

  • 3. Berapakah tempoh Pelanjutan Tempoh Percubaan?

    Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diluluskan oleh Suruhanjaya seperti berikut:

    i. Program Transformasi Minda (PTM) atau peperiksaan tidak diadakan atau di luar kawalan pegawai – pelanjutan selama satu tahun ke satu tahun tanpa denda;
    ii. Gagal peperiksaan/ PTM – pelanjutan selama satu tahun denda dan satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan; dan
    iii. Tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan – pelanjutan selama satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan sekiranya tidak diperakukan sehingga tamat tempoh pelanjutan.

  • 4. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pelanjutan Tempoh Percubaan?

    28 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

  • 5. Bolehkah pegawai memohon salinan surat Pelanjutan Tempoh Percubaan?

    i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
    ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
    iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/

Continue reading

Ogos 2019 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 16 Ogos ----- Ahli Suruhanjaya Baharu

PUTRAJAYA, 15 Ogos ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima dua (2) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu. Ahli-Ahli Suruhanjaya tersebut adalah Datuk Seri Jalil Marzuki dan Datuk Seri Jayasiri a/l Jayasena. Majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia telah dijalankan dihadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Idrus Harun di Istana Kehakiman. Majlis mengangkat sumpah disaksikan oleh Setiausaha SPA, En. Zohari Said dan diiringi Setiausaha Bahagian Urus setia Mesyuarat Suruhanjaya, En. Ahmad Mokthar Shahul Hamid. Selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Ahli-Ahli Suruhanjaya telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman.----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2017 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 12 Januari ----- Pengerusi SPA Hadir ke Program Assessment Centre (PAC) PTD 2017

KUALA LUMPUR, 11 Januari ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah mengadakan lawatan ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara untuk melihat perjalanan Program Assessment Centre (PAC) Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi tahun 2017. Ketibaan Pengerusi disambut oleh Timbalan Pengarah Kanan INTAN, YBhg. Dato’ Dr. Syed Omar Sharifudin Syed Ikhsan. Sejurus tiba, YBhg. Tan Sri Arpah diberi taklimat berkenaan dengan Program PAC PTD bagi tahun 2017 dan turut meluangkan masa melihat perjalanan program Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Seramai 133 calon hadir untuk program UKJK pada hari ini yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS). MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Your message here