Pertukaran Perkhidmatan/Pertukaran Pelantikan
Pertukaran Perkhidmatan/Pertukaran Pelantikan

-
1. Bolehkah seseorang pegawai yang berkhidmat di Badan Berkanun memohon untuk ditukar lantik ke Perkhidmatan Awam Persekutuan?
Boleh sekiranya memenuhi syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016.
-
2. Bolehkah seseorang pegawai yang menjawat jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 ditukar lantik ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19?
Tidak boleh. Pertukaran pelantikan hanya boleh dipertimbangkan dalam skim perkhidmatan yang sama sahaja.
-
3. Apakah perbezaan antara pertukaran perkhidmatan dan pertukaran pelantikan dan apakah pekeliling-pekeliling yang perlu dirujuk?
Pertukaran perkhidmatan adalah pertukaran dalam skim perkhidmatan yang sama di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang sama tetapi berada di bawah Ketua Perkhidmatan yang berlainan (Surat Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2005).
Manakala pertukaran pelantikan pula adalah pertukaran dalam skim perkhidmatan yang sama tetapi di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan. [Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.1.3.2 Panduan Pertukaran Pelantikan].