Oktober 2013 Aktiviti 2
- S.P.A Menang Dua Anugerah Kecemerlangan JPM 2013
PUTRAJAYA, 1 Oktober ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah memperoleh dua (2) anugerah Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2013 dalam Kategori Pencapaian Terbaik Sukan dan Sosial. Anugerah telah diperolehi melalui sukan badminton yang dimenangi oleh Mohd Razif Abd Latif yang mewakili Malaysia dalam Sukan Universiti Asean dan memenangi pingat emas dalam acara bergu lelaki dan bergu campuran serta pingat perak dalam acara berpasukan lelaki. Kategori ke dua yang dimenangi oleh S.P.A ialah anugerah pasukan terbaik Jabatan Perdana Menteri iaitu pasukan bola sepak S.P.A yang merupakan pasukan pertama layak ke peringkat tertinggi bola sepak Negara. Kedua-dua mereka telah menerima Piala Pusingan, Sijil dan wang tunai. Majlis dihadiri Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Hadir sama Setiausaha S.P.A YBhg. Datuk Ramli Juhari. Majlis yang berakhir sebentar tadi telah diadakan di Hotel Marriot Putrajaya. ------ MediaSPA






November 2014 Aktiviti 29
- Tan Sri Mahmood Adam Rasmi Kursus Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan
Johor Baru, 18 Nov ------ Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam hari ini merasmikan Kursus Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan di Menara Kastam, Jabatan Kastam diRaja Malaysia, Johor Bahru. Turut hadir Pengarah Kastam Negeri Johor, Dato’ Ramli Johari. Kursus sehari anjuran Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) dihadiri seramai 85 orang peserta. ------ MediaSPA





Mac 2014 Aktiviti 37
- BERITA BERGAMBAR 25 Mac ---- Sesi Temu duga Pegawai Imigresen Gred KP17
Peristiwa bergambar.

Februari 2015 Aktiviti 2
-
BERITA RINGKAS 5 Februari : Lawatan Tan Sri Mahmood Ke One Stop Centre
Peristiwa bergambar.

November 2015 Aktiviti 14
-
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 40 Tahun 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 40/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 179 orang dan seramai 1,313 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, sebelas (11) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tatatertib, empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 14 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.



Bahagian Perkhidmatan
Bahagian Perkhidmatan
-
Objektif
Memberi khidmat sokongan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berkaitan urusan-urusan Perkhidmatan anggota perkhidmatan awam di bawah bidang kuasanya dengan adil, saksama dan teratur berdasarkan Undang-Undang dan peraturan- peraturan yang ditetapkan.
-
Piagam Pelanggan
Kami komited untuk melaksanakan tugas kami dengan segera, adil dan berkualiti untuk memproses perakuan-perakuan urusan perkhidmatan dan menyampaikan keputusan Suruhanjaya berkaitannya dalam tempoh masa (dari tarikh perakuan lengkap diterima) seperti berikut:
- Pengesahan Pelantikan - 4 minggu.
- Pengesahan Dalam Perkhidmatan - 6 minggu.
- Pemberian Taraf Berpencen - 6 minggu.
- Pelanjutan Tempoh Percubaan - 6 minggu.
- Penentuan Gaji Permulaan - 6 minggu.
- Pertukaran Perkhidmatan - 6 minggu.
- Kembali ke Skim Perkhidmatan Terdahulu - 6 minggu.
- Penamatan Perkhidmatan - 6 minggu.
-
Aktiviti Utama Bahagian Perkhidmatan
Bahagian Perkhidmatan menawarkan sepuluh (10) jenis Perkhidmatan kepada Kementerian/Jabatan/pegawai awam yang terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam:
Pengesahan Pelantikan;- Penentuan Gaji Permulaan;
- Pelanjutan Tempoh Percubaan;
- Pengesahan Dalam Perkhidmatan;
- Pemberian Taraf Berpencen;
- Urusan Pertukaran (Pertukaran Perkhidmatan, Pertukaran Pelantikan, Pertukaran Sementara/Peminjaman, Pertukaran Tetap, Pelepasan Untuk Pertukaran Sementara/Peminjaman);
- Kembali ke Dalam Skim Perkhidmatan Terdahulu;
- Pembatalan Tawaran Pelantikan;
- Penamatan Perkhidmatan; dan
- Naziran Urusan Perkhidmatan.
Peraturan-Peraturan :
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005[P.U.(A) 176/2005];
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
- Akta 227, Akta Pencen 1980;
- Surat Pekeliling SPA Bil. 1 Tahun 2000 - Garis Panduan Dalam Peraturan Pelanjutan Tempoh Percubaan;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 - Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan;
- Surat Pekeliling SPA Bil. 1 Tahun 2005 - Panduan Pertukaran Perkhidmatan;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008- Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2008 - Perjawatan di Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri;
- Surat Pekeliling SPA Bil. 2 Tahun 2011 - Prosedur Pengesahan Pelantikan;
- Surat Pekeliling SPA Bil. 3 Tahun 2011 - Prosedur dan Kaedah Pengesahan Dalam Perkhidmatan;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2011 – Dasar dan Prosedur Pelantikan Bekas Tentera ke Dalam Perkhidmatan Awam;
- Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012 – Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2012 – Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia; dan
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 - Dasar baru pelantikan secara peminjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap.
- Pekeliling SPA Bil. 3/2014 - Pelaksanaan Sistem ePengesahan di Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri.
- Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.
- Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2016 – Panduan Pertukaran Pelantikan.
- Surat Pekeliling SPA Bil. 2/2017 - Keperluan Mengemukakan Dokumen Lengkap Bagi Urusan Pelantikan, Perkhidmatan, Rayuan Kenaikan Pangkat dan Kawalan Tatatertib.
-
Pengesahan Pelantikan
Suatu proses bagi mengesahkan pelantikan seseorang pegawai yang menerima tawaran pelantikan tetap sesuatu jawatan setelah memenuhi syarat-syarat dalam tawaran pelantikan.
Punca Kuasa :
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2001;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
- Surat Pekeliling SPA Bilangan 2 Tahun 2017;
- Pandangan Perundangan; dan
- Ketetapan Suruhanjaya.
-
Penentuan Gaji Permulaan
Peraturan 25(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] adalah proses yang dilaksanakan bagi pegawai yang dilantik untuk kali pertama yang memohon untuk mendapatkan gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji yang ditawarkan berdasarkan kepada pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang disandangnya.
Pengalaman yang boleh diambil kira berdasarkan Peraturan 25(2), P.U. (A) 1/2012:
- Pengalaman di sektor swasta;
- Pengalaman di sektor awam [Contract of Service, Contract for Service, Pekerja Sambilan, Pekerja Khidmat Singkat (PKS), Skim Perkhidmatan Singkat (SPS), Pekerja Sambilan Harian (PSH), Talent Acceleration In Public Service (TAPS)]; dan
- Sementara.
Pegawai Sedang Berkhidmat
- Peraturan 25(7), P.U. (A) 1/2012 adalah proses menetapkan gaji permulaan pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan yang kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu adalah pada gaji yang lebih tinggi yang perbezaannya terhad kepada satu pergerakan gaji biasa di gred atau jawatan terdahulu.
- Peraturan 25(8), P.U. (A) 1/2012 adalah proses menetapkan gaji permulaan pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dilantik ke skim perkhidmatan yang lain pada tarikh yang sama atau lebih awal dari tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu, terhad kepada gaji maksimum di gred tersebut sebelum menentukan gaji permulaan pelantikan itu.
- Punca Kuasa:
-
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) [Pindaan] 2017;
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) [Pindaan] 2012;
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 [PP 1/2016];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013 [PP 36/2013];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 [PP 2/2013];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 [PP 1/2012];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2011 [PP 2/2011];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2003 [PP 1/2003;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 [PP 4/2002];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2001 [PP 7/2001;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1979 [PP 4/1979];
- Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017
- Pandangan perundangan; dan
- Ketetapan Suruhanjaya.
-
Pelanjutan Tempoh Percubaan
Suatu proses bagi melanjutkan tempoh percubaan seseorang pegawai yang belum memenuhi syarat untuk disahkan sama ada dengan atau tanpa denda dalam perkhidmatan setelah melalui tempoh percubaan maksimum yang ditetapkan.
Punca Kuasa:
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A)1/2012];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
- Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2014;
- Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 1 Tahun 2000;
- Surat Pekeliling Suruhanjaya Bilangan 2 Tahun 2017;
- Pandangan Perundangan; dan
- Ketetapan Suruhanjaya.
-
Pengesahan Dalam Perkhidmatan
Suatu proses bagi mengesahkan perkhidmatan seseorang pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditetapkan mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Punca Kuasa:
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A)1/2012];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2001;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
- Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2014 ;
- Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2011;
- Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017;
- Pandangan Perundangan; dan
- Ketetapan Suruhanjaya.
-
Pemberian Taraf Berpencen
Suatu proses bagi memberikan taraf berpencen kepada seseorang pegawai yang telah menolak skim KWSP dan telah disahkan dalam perkhidmatan setelah genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
Punca Kuasa:
- Akta Pencen 1980;
- Akta Pencen (Pindaan 1992);
- Peraturan-Peraturan Pencen 1980;
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2001;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
- Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2014;
- Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017;
- Pandangan Perundangan; dan
- Ketetapan Suruhanjaya.
-
Urusan Pertukaran
Pertukaran Perkhidmatan Satu kemudahan tertakluk kepada budi bicara Suruhanjaya untuk membolehkan seseorang pegawai yang pelantikan mereka berada di bawah bidang kuasa SPA bertukar ke satu jawatan lain dalam skim perkhidmatan yang sama yang berada di bawah Ketua Perkhidmatan yang berlainan. Pertukaran perkhidmatan boleh dilaksanakan seperti berikut: - Pertukaran dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain yang berada di bawah Ketua Perkhidmatan yang berbeza dalam perkhidmatan awam am Persekutuan;
- Pertukaran dari perkhidmatan awam am Persekutuan ke Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan atau Perlis, atau sebaliknya; dan
- Pertukaran dari Perkhidmatan Awam Negeri ke Perkhidmatan Awam Negeri yang lain yang kuasa pelantikannya ialah SPA.
Punca Kuasa: - Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2005;
- Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017; dan
- Ketetapan Suruhanjaya.
Pertukaran Pelantikan Satu tatacara pelantikan yang dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan untuk memindahkan pegawai ke Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan atau ke skim perkhidmatan yang sama / berlainan tanpa melalui proses pelantikan biasa. Dasar pertukaran pelantikan terpakai dalam keadaan berikut: - Atas keputusan Kerajaan
- berikutan pembubaran agensi awam atau Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan yang pegawai daripada pihak berkuasa tersebut ditukar lantik ke agensi awam; atau
- ke skim perkhidmatan lain berikutan pewujudan, pindaan, penjumudan skim perkhidmatan atau kajian perjawatan.
- Atas permohonan pegawai.
Punca Kuasa : - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016;
- Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017;
- Ketetapan Suruhanjaya; dan
- Keputusan Kerajaan.
Pertukaran Sementara / Peminjaman Salah satu daripada kaedah pelantikan pegawai sedang berkhidmat yang boleh digunakan oleh sesebuah agensi untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman, berkemahiran, berwibawa dan bersesuaian dengan keperluan agensi berkenaan. Ia juga merupakan langkah jangka pendek untuk membantu sesebuah agensi terutamanya agensi yang baru ditubuhkan bagi memantapkan operasi masing-masing. Punca Kuasa : - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2012;
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012;
- Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017;dan
- Ketetapan Suruhanjaya.
Pertukaran Tetap Satu kaedah pelantikan secara tetap pegawai yang sedang ditukar sementara atau dipinjamkan ke jawatan yang disandang di agensi peminjam tertakluk kepada syarat-syarat pertukaran tetap. Punca Kuasa : - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008;
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012;
- Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017; dan
- Ketetapan Suruhanjaya.
Pelepasan Untuk Pertukaran Sementara / Peminjaman Pelepasan yang diberi kepada pegawai lantikan SPA yang dipinjam ke agensi di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang lain. Punca Kuasa : - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008;
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012;
- Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017; dan
- Ketetapan Suruhanjaya.
-
Kembali Ke Dalam Skim Perkhidmatan Terdahulu
Proses mengembalikan seseorang pegawai yang telah disahkan dalam skim perkhidmatan terdahulunya sebelum dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain jika:
- Pegawai itu gagal untuk disahkan ke dalam skim perkhidmatan yang lain itu dengan syarat kegagalan pegawai itu bukanlah atas sebab kelakuannya yang tidak memuaskan; atau
- Pegawai itu memohon untuk kembali ke skim perkhdmatan terdahulunya, dengan syarat dia telah melalui tempoh percubaan minimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang lain itu.
Punca Kuasa :
- Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
- Pandangan Perundangan; dan
- Ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
-
Penamatan Perkhidmatan
Penamatan Perkhidmatan dilaksanakan mengikut:
- Peraturan 48, P.U. (A) 1/2012 iaitu perkhidmatan seseorang pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatannya boleh ditamatkan jika:
- Menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam borang pemeriksaan perubatan;
- Membuat akuan palsu dalam akuan berkanun sebagaimana dikehendaki oleh perenggan 20(1)(b) dan subperaturan 20(2), P.U. (A) 1/2012;
- Gagal mematuhi kehendak Peraturan 20(3), P.U. (A) 1/2012 (Surat Aku Janji); atau
- Meminda atau memalsukan apa-apa dokumen yang berhubung dengan pelantikannya.
- Peraturan 49, P.U. ( A) 1/2012 iaitu pegawai yang gagal tapisan keselamatan dalam tempoh percubaan atau tempoh percubaan yang dilanjutkan boleh ditamatkan perkhidmatan;
- Peraturan 50(1), P.U. (A) 1/2012 iaitu seseorang pegawai dalam percubaan dalam pelantikan pertama yang telah gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan semasa tempoh percubaan, sama ada tempoh percubaan asal atau yang dilanjutnya boleh ditamatkan perkhidmatan;
- Peraturan 50(2), P.U. (A) 1/2012 iaitu seseorang pegawai dalam percubaan dalam pelantikan pertama boleh ditamatkan perkhidmatan jika dia gagal dalam kursus atau latihan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
- Peraturan 48, P.U. (A) 1/2012 iaitu perkhidmatan seseorang pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatannya boleh ditamatkan jika:
-
Pembatalan Tawaran Pelantikan
Proses pembatalan tawaran pelantikan jika seseorang calon/ pegawai itu:
- Didapati tidak sihat setelah diperiksa oleh pengamal perubatan berdaftar mengikut Peraturan 20(1)(a), P.U.(A) 1/2012; dan / atau
- Tidak mematuhi mana-mana syarat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 seperti yang disebut dalam Peraturan 20(1)(b), P.U.(A) 1/2012; dan / atau
- Tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan dalam Surat Aku Janji, Peraturan 20(3), P.U.(A) 1/2012.
Punca Kuasa :
- Peraturan 20, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
- Pandangan Perundangan; dan
- Ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
-
Naziran Urusan Perkhidmatan
Memantau pelaksanaan urusan perkhidmatan (Pengesahan Pelantikan, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen) yang dikemukakan secara dalam talian melalui sistem ePengesahan oleh Kementerian/ Jabatan supaya ianya selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.
Dalam memastikan urusan perkhidmatan tersebut dilaksanakan dengan teratur, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian/ Jabatan untuk:
- Memastikan dokumen dalam fail peribadi pegawai adalah lengkap mengikut senarai semak urusan perkhidmatan SPA (Surat Pekeliling SPA Bilangan 2 Tahun 2017);
- Memastikan maklumat yang dimasukkan ke dalam Sistem ePengesahan adalah tepat berdasarkan dokumen pegawai dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa;
- Memastikan Pegawai Bertanggungjawab (Pegawai Penyedia, Pegawai Penyemak dan Pegawai Peraku) menggunakan ID Pengguna dan kata laluan masing-masing dan bertanggungjawab ke atas kerahsiaannya;
- Mencetak sesalinan perakuan yang dihantar kepada SPA melalui Sistem ePengesahan untuk disimpan di dalam fail peribadi pegawai; dan
- Memastikan dokumen dan fail peribadi pegawai disimpan dengan teratur selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa bagi tujuan naziran oleh SPA.
September 2019 Aktiviti 3
- BERITA RINGKAS 30 Sept ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke- 142
PUTRAJAYA 27 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-142 di Putrajaya pada Jumaat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, YA Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, Encik Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan----- MediaSPA







Mac 2017 Aktiviti 1
- BERITA RINGKAS 01 Mac ----- Perhimpunan Bulanan SPA
PUTRAJAYA, 28 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan perhimpunan bulanan yang diadakan di Dewan Temu duga SPA Putrajaya, semalam. Perhimpunan bulanan anjuran Bahagian Pengambilan bertemakan "Menanam sifat ikhlas dalam kehidupan dan kerjaya" itu telah dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Terdahulu, satu sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Nik Mohd Sukiman Nik Yusof, Pegawai Hal Ehwal Islam, SPRM. MediaSPA





Oktober 2013 Aktiviti 3
- PERISTIWA BERGAMBAR ------- Perjumpaan Pengerusi S.P.A Bersama Penerima Anugerah Kecemerlangan JPM 2013

November 2014 Aktiviti 30
- Lawatan Kerja Pengerusi S.P.A Ke Kompleks KDN Di Johor Bahru
Johor Baru, 18 Nov ------ Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat lawatan kerja ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Kempas Johor Bahru. Ketibaan Tan Sri Mahmood di sambut oleh pegawai-pegawai Jabatan Imigresen dan seterusnya beliau dibawa melawat ke dewan temu duga untuk melihat calon-calon yang sedang menjalani ujian Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera untuk temu duga ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27. ------ MediaSPA




Mac 2014 Aktiviti 38
- BERITA BERGAMBAR 26 Mac ---- KSN Rasmi Kursus Kadet PTD Bil 1/ 2014
Peristiwa bergambar.




Februari 2015 Aktiviti 3
-
Mesyuarat S.P.A dan Jabatan Penjara Malaysia
KAJANG, 5 Feb ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) petang tadi mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Penjara Malaysia, di Kajang Selangor. Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Tan Sri Mahmood Adam turut dihadiri Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato' Sri Hj. Zulkifli Omar dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara. Hadir sama Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia. ------ MediaSPA




November 2015 Aktiviti 15
-
BERITA RINGKAS 24 Nov : Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil. 2/2015
PULAU PINANG, 24 Nov ------ Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil 2/2015 yang diadakan di Pulau Pinang. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi tadi turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------ MediaSPA




Bahagian Penilaian Kompetensi
Bahagian Penilaian Kompetensi
-
Objektif
Mengurus dan melaksanakan penilaian kompetensi secara efisien dan teratur untuk melahirkan penjawat awam yang kompeten dan berintegriti.
-
Fungsi
Mengurus dan melaksanakan penilaian kompetensi sebelum calon diperakukan ke peringkat temu duga iaitu:
- Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
- Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)
- Pusat Penilaian (Assessment Centre)
- Profession Assessment Centre (PAC)
- Ujian Bakat
- Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP)
- Ujian Pengendalian Pemanduan Bot (UPPB)
-
Piagam Pelanggan
Komitmen kami ialah menguruskan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) dengan efisien dan teratur. Kami berjanji akan mengumumkan keputusan PSEE dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penilaian dijalankan.
-
Aktiviti Utama Bahagian Penilaian Kompetensi
Aktiviti utama Bahagian Penilaian Kompetensi berdasarkan 5 unit iaitu:
Unit Kajian & Pembangunan Instrumen:
- Membangunkan item-item penilaian PSEE.
- Menjalankan kajian kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian.
- Membangunkan soalan Competency Based Interview (CBI) berdasarkan skim perkhidmatan dan gred jawatan.
- Menguruskan Data Bank Item PSEE / PAC / CBI.
- Menyelaras pelantikan ahli Jawatankuasa Penilaian Kompetensi SPA.
- Mengurus dan menyelaras taklimat CBI kepada panel temu duga.
Unit Penilaian Psikometrik
- Menyediakan template penilaian PSEE.
- Memproses markah calon.
- Menyediakan statistik pencapaian calon dalam sesuatu peperiksaan.
- Menyediakan statistik berkaitan urusan peperiksaan.
- Mengumumkan keputusan peperiksaan.
Unit Tadbir Urus Peperiksaan Online & PAC
- Menguruskan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE).
- Menjalankan konsultasi pembinaan modul Assessment Centre.
- Mengurus dan menyelaras pengendalian Assessment Centre.
- Menjalankan Naziran di pusat-pusat penilaian.
- Menjalankan kajian penambahbaikan sistem pengendalian penilaian.
Unit Fizikal dan Pancaindera
- Menguruskan pelantikan Ketua Penguji dan Penguji.
- Menguruskan pengagihan calon ke Pusat Ujian Pemeriksaan.
- Memberi taklimat berkaitan Ujian Fizikal dan Pancaindera.
- Mengadakan kursus berkaitan Ujian Fizikal dan Pancaindera.
- Memantau perjalanan Ujian Fizikal dan Pancaindera.
Unit Pentadbiran & Sokongan
- Menguruskan hal Pentadbiran dan Perkhidmatan.
- Pengurusan fail-fail, surat menyurat, peralatan peperiksaan dan pejabat.
- Penyediaan bajet dan tuntutan perbelanjaan dan lain-lain.
-
Skop Penilaian
- Ujian Psikometrik
- Keupayaan Kognitif
- Personaliti
- Kepimpinan
- Integriti
- Kesihatan Mental
- Profession Assessment Centre
- Ujian Bakat
- Ujian Kompetensi Pemanduan
- Ujian Pengendalian Pemanduan Bot
- Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan
- Pemeriksaan BMI
- Ujian Pengecaman Warna
- Ujian Penglihatan
- Ujian Kecergasan
Ujian Psikometrik merupakan satu penilaian berasaskan laporan kendiri untuk mengukur kesesuaian dari aspek keupayaan kognitif, personaliti, sikap, kemahiran dan kecenderungan bagi menentukan kesesuaian ciri seseorang calon dengan jawatan yang dimohon.
Profession Assessment Centre untuk menilai keupayaan dan potensi calon dalam aspek kepimpinan dan kerja berpasukan.
Ujian Bakat untuk menilai keupayaan dan potensi calon di dalam pelbagai bidang seni serta lain-lain aspek yang penting untuk jawatan yang memerlukan kompetensi bakat.
Ujian Kompentesi Pemanduan untuk menilai kebolehan dan kemahiran calon dalam aspek pemanduan kenderaan.
Ujian Pengendalian Pemanduan Bot untuk menilai kebolehan dan kemahiran calon dalam pengendalian bot.
Ujian Fizikal dan Pancaindera merupakan pemeriksaan seperti ukuran ketinggian, berat badan, penglihatan dan kecergasan untuk memastikan calon-calon memenuhi syarat yang ditetapkan, khususnya bagi jawatan tertentu dalam skim perkhidmatan yang mensyaratkan Ujian Fizikal dan Pancaindera.
- Ujian Psikometrik
Mac 2017 Aktiviti 2
- BERITA RINGKAS 4 Mac ----- Tan Sri Arpah mempengerusikan Mesyuarat SPKP
LANGKAWI 3 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuaratnya yang ke-132 di Langkawi International Convention Centre (LICC), semalam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Timbalan Pengerusi SPA, Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara, Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah Dan Sarawak, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan Peguam Cara Negara. Turut hadir mesyuarat berkenaan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Ketua Pendaftar dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, kenaikan pangkat, tatatertib dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- MediaSPA



Oktober 2013 Aktiviti 4
- PERISTIWA BERGAMBAR ------- Mesyuarat KSN Bersama SPA

November 2014 Aktiviti 31
- Tan Sri Mahmood Adam Pengerusikan Mesyuarat Bersama Pengerusi Dan Setiausaha SPA Negeri-Negeri
Johor Baru, 19 Nov ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam telah mempengerusikan mesyuarat bersama pengerusi –pengerusi dan setiausaha-setiausaha SPA Negeri yang diadakan di Persada Johor Bahru. Mesyuarat bersama pengerusi dan setiausha diadakan di sini adalah bersempena dengan Retreat Suruhanjaya, Mesyuarat bersama NGO Melayu, Perasmian kursus anjuran ASPA, Mesyuarat Suruhanjaya dan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam. ------ MediaSPA


