Mac 2014 Aktiviti 39
- BERITA BERGAMBAR 27 Mac ---- Perhimpunan Bulanan S.P.A Bersama Angkasawan Negara
Peristiwa bergambar.





Accessibility Tools
Peristiwa bergambar.
Peperiksaan Perangkawan Gred E41
PUTRAJAYA, 6 Feb ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan peperiksaan online bagi jawatan Perangkawan Gred E41 yang diadakan pada Jumaat. Seramai 1,917 calon telah menduduki peperiksaan yang bermula jam 8.00 malam dan berakhir 10.15 malam. Turut hadir menyaksikan perjalanan peperiksaan, Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam dan Timbalan Dato' R. Segarajah sementara pusat peperiksaan pada kali ini telah diadakan di Putrajaya. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh S.P.A, keputusan akan diketahui pada Isnin Jam 12.00 tengah hari selapas Mesyuarat Suruhanjaya pada hari berkenaan. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 25 Nov : Taklimat oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN)
PULAU PINANG, 25 Nov ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini hadir ke taklimat oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN). Taklimat satu jam setengah yang turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya itu adalah berkaitan dengan urusan pelantikan di jabatan tersebut. Turut hadir Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------ MediaSPA
Perkara 144(1), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa fungsi/tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah untuk:
ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan awam yang diliputi di bawah bidang kuasanya.
Bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah meliputi perkhidmatan Awam berikut:
Objektif Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib adalah untuk melaksanakan segala tugas yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berhubung kenaikan pangkat dan kawalan tatatertib, meliputi urusan tindakan tatatertib, rayuan tatatertib, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat.
Melaksanakan segala urusan tindakan tatatertib, rayuan tatatertib, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat.
Menguruskan Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat:
Menguruskan Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat:
Menguruskan Kes-Kes Rayuan Tatatertib:
Menguruskan Urusan Kenaikan Pangkat:
Menguruskan Urusan Rayuan Kenaikan Pangkat:
Kami berjanji untuk melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab kami dengan cekap dan berkesan serta memastikan ianya menepati prinsip serta peraturan yang ditetapkan. Kami juga berjanji akan menyelesaikan segala tugas dan tanggungjawab kami di dalam tempoh seperti berikut dari tarikh menerima perakuan lengkap iaitu:
PUTRAJAYA 2 Okt ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman hari ini telah mengadakan perbincangan mengenai prestasi perbelanjaan SPA tahun 2019 bersama pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. Turut hadir Setiausaha SPA, En. Zohari Said, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Ghazali Hizam. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA, 5 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SPA Tahun 2016 dan Sekalung Budi yang diadakan di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Seramai 35 orang penerima APC telah menerima sijil penghargaan masing-masing yang disampaikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Terdahulu dalam ucapannya, YBhg. Tan Sri Arpah menyentuh mengenai pemilihan calon-calon APC iaitu harus mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan selain mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan. Pengerusi juga berasa amat berbangga dengan prestasi-prestasi yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai SPA sepanjang tahun 2016 dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah APC. Dalam majlis yang sama juga SPA turut meraikan 3 (tiga) orang Ahli Suruhanjaya SPA yang telah tamat tempoh perkhidmatan iaitu Puan Zuraidah Amiruddin, YBhg. Datuk Ir. Anjin Haji Ajik dan Tuan Haji Onn Haji Abdullah. YBhg. Tan Sri Arpah turut mengimbas kembali pencapaian SPA sepanjang tahun dan juga kenangan-kenangan bersama Ahli Suruhanjaya. YBhg. Tan Sri Arpah mengucapkan penghargaan kepada Ahli Suruhanjaya di atas segala jasa dan pengorbanan mereka sepanjang menjadi Ahli Suruhanjaya. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Seri Zoal Azha Yusof, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ahli-ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai SPA. --- MediaSPA
MELAKA 7 Oktober ------ Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Wira Ir. Haji Idris Haji Haron hari ini telah merasmikan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 16. Persidangan yang bermula hari ini turut dihadiri oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R.Segarajah dan Pengerusi-Pengerusi S.P.A Negeri. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Hj. Naim bin Abu Bakar. Terdapat tujuh (7) kertas kerja akan dibentangkan pada kali ini iaitu "Produk 1 Malaysia Transformasi S.P.A" yang dibentangkan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, "Memperkasakan Modal Insan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan" oleh Setiausaha SPP, YBhg. Dato’ Abu Bakar Othman, "Pelaksanaan Sistem Semakan Maklumat Individu" oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, "Pelaksanaan Tapisan Keselamatan bagi Penjawat Awam" oleh Pengarah Bahagian Tapisan Keselamatan, Tuan Haji Md. Yasin Husin dan "Assessing Integrity in Personel Selection: Methods, Underlying Constructs and Potential Applications in Malaysia" oleh MIMOS. Manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut membentangkan kertas kerja yang akan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zakaria Haji Jaafar yang diberi tajuk "Transformasi SPRM" manakala Jabatan Peguam Negara juga akan membentangkan kertas kerjanya iaitu "Prinsip-Prinsip Keadilan Asasi dalam Penjalanan Fungsi dan Kuasa Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam". Persidangan akan berakhir pada 10 Oktober 2013. ------ MediaSPA
Johor Baru, 18 Nov ------ Pasukan Kelab Badminton S.P.A (KBSPA) menang setelah menewaskan pasukan badminton Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), 7 – 4 dalam perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium tertutup badminton di Larkin semalam. Perlawanan turut disaksikan penaung KBSPA, Tan Sri Mahmood Adam dan Datuk Bandar MBJB, Tuan Haji Abd Rahman Mohamed Dewam. Ini adalah perlawanan persahabatan ke dua dalam tempoh seminggu terdahulu pada Ahad lepas pasukan badminton S.P.A menewaskan pasukan badminton Majlis Sukan Negara 5 - 3 yang diadakan di Johor Baharu. Perlawanan persahabatan ini adalah persiapan bagi KBSPA untuk menyertai kejohanan anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hujung bulan ini. ------ MediaSPA
Peristiwa bergambar.
PERISTIWA BERGAMBAR 9 Feb : Mesyuarat MBJ
Peristiwa bergambar.
BERITA RINGKAS 27 Nov : "Penjawat Awam diseru amalkan cara hidup sihat " Dato' Seri Arpah Abdul Razak
PUTRAJAYA, 26 Nov ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak menyeru penjawat awam supaya mengamalkan cara hidup sihat kerana berupaya meningkatkan daya tumpuan dan fokus seseorang ke atas pelaksanaan tugasan seharian. Beliau berkata demikian dalam ucapan di perhimpunan bulanan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) di Putrajaya semalam. Katanya lagi “tubuh badan yang sihat, sudah tentu akan menyumbang kepada kecerdasan emosi dan pemikiran”. Turut hadir Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir serta warga S.P.A.. ------ MediaSPA
Membantu mempertingkatkan kecekapan urusan Suruhanjaya melalui penggunaan Teknologi Maklumat.
Memberikan khidmat sokongan dalam bidang ICT kepada semua bahagian termasuk SPA Cawangan Sabah dan Sarawak.
Bahagian Digital dan Informatik bertanggungjawab untuk memberi khidmat komputer dengan cekap, tepat, selamat dan mengikut jadual. Untuk mencapai hasrat ini, kami warga Bahagian Digital dan Informatik dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan:
Aktiviti unit di Bahagian Digital dan Informatik adalah seperti berikut:-
Unit Polisi dan Pengurusan ICT
Unit Pangkalan Data & Sokongan Teknikal
Unit Operasi Pusat Data dan Rangkaian dan Keselamatan
Unit Portal dan Multimedia
Unit Aplikasi Pengambilan, Perkhidmatan dan Generik
Unit Pentadbiran Am
Mesyuarat Suruhanjaya Bil 28/2019
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 7/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 555 orang dan seramai 1,208 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 11 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan lima (5) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
MELAKA, 9 Oktober ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini bersama peserta Persidangan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah membuat lawatan kerja ke Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Sungai Baru, Melaka. Turut sama dalam lawatan kerja itu ialah Ahli-Ahli Suruhanjaya serta Pengerusi-pengerusi S.P.A Negeri. Taklimat mengenai ALAM telah disampaikan oleh Encik David Fredrick. Pengerusi S.P.A bersama rombongan juga turut dibawa melawat sekitar kawasan ALAM dan ke Pusat Simulator Akademi Laut Malaysia. Selesai sesi lawatan kerja di akademi tersebut, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam bersama delegasi telah membuat lawatan ke Karnival Kerjaya S.P.A yang diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah, Melaka. Karnival kerjaya Perkhidmatan Awam yang diadakan adalah bersempena Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 16. Pengerusi S.P.A bersama Ahli-Ahli Suruhanjaya turut melawat booth pameran dan menyampaikan cenderamata kepada setiap kementerian/jabatan yang turut serta sebagai tanda kenangan. ------ MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 5 Tahun 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 5/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,666 orang dan seramai 1,144 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima (5) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
BERITA RINGKAS 27 Nov : Razak School of Government (“RSOG”) mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi S.P.A
Peristiwa bergambar.
Objektif Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat adalah untuk memberikan khidmat sokongan bagi memastikan semua tugas yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta menepati prinsip-prinsip dan peraturan yang ditetapkan.
Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat terlibat dalam urusan seperti berikut:
Memastikan hasil penyelidikan dan perancangan yang berkualiti serta memenuhi kehendak stakeholders/pelanggan dalam tempoh berikut:
Perancangan Strategik
Merangka dan memantau perkembangan aktiviti yang telah dirancang di dalam Pelan Perancangan Strategik SPA setiap 5 tahun.
Sasaran Kerja Tahunan
Menyelaras sasaran kerja tahunan SPA dan menjadi urus setia kepada Mesyuarat Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan.
Urusan Parlimen
Mengurus dan menyelaras setiap pertanyaan lisan dan bukan lisan semasa Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Kajian
Mengkaji dan menyelaras kajian-kajian yang berkaitan tentang dasar-dasar SPA.
PUTRAJAYA 17 Okt ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman telah menerima kunjungan hormat, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Puan Roselindawati Abdul Rahman di Putrajaya, semalam. Satu sesi perbincangan telah diadakan yang turut dihadiri Setiausaha SPA En Zohari Said, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Ghazali Hizam dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras ----- MediaSPA