BERITA RINGKAS 8 Mac ----- Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Kompleks C
PUTRAJAYA, 8 Mac ----- Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada hari ini, satu acara pelepasan (flag off) peserta kayuhan berbasikal anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) telah diadakan di peringkat Kompleks C, Putrajaya pagi tadi. Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman. Turut hadir Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, pegawai-pegawai kanan SPA dan pegawai-pegawai sekitar Kompleks C. Terdahulu dari itu Dato’ Seri Zainal dan Tan Sri Arpah meluangkan masa untuk melawat booth International Bazaar Ride 2017 bertemakan “Be Bold For Change”, di perkarangan Blok C10, Kompleks C. Seramai hampir 200 peserta yang terdiri dari wanita pelbagai peringkat usia telah menyertai acara kayuhan berbasikal dan motosikal skuter. MediaSPA
MELAKA, 10 Oktober------ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun hari ini telah merasmikan Majlis Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ke 16 yang diadakan di Hotel Holiday Inn, Melaka. Terdahulu, Pengerusi S.P.A YBhg. Tan Sri Mahmood Adam bersama peserta persidangan telah menimbang dan meluluskan rumusan persidangan seterusnya mengadakan sesi dialog. Sementara itu, Negeri Kedah akan menjadi tuan rumah Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kali ke 17 yang akan diadakan di Langkawi pada tahun 2014. Dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka kerana memberi layanan yang baik kepada peserta dan pasangan disepanjang persidangan yang bermula pada Isnin lepas. ------MediaSPA
Johor Baru, 19 Nov------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah mengadakan sesi interaksi dan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang diadakan di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Baharu hari ini. Majlis turut dihadiri ketua-ketua Jabatan Persekutuan, NGO dan orang ramai di sekitar Johor Baharu. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam dan turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Satu sesi taklimat kerjaya untuk murid-murid sekolah sekitar Johor Baharu turut diadakan. ------MediaSPA
Kuala Lumpur, 10 Feb ------ Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) telah menganjurkan Kejohanan Badminton 2015 yang berlangsung di di Dewan Komuniti Sentul, Kuala Lumpur. Kejohanan yang bermula Isnin hingga Khamis ini disertai 27 pasukan dari Kementerian dan Jabatan serta agensi. Kelab Badminton S.P.A (KBSPA) turut menghantar dua (2) pasukan. Penaung KBSPA, Tan Sri Mahmood Adam malam tadi turut hadir manyaksikan perlawanan yang disertai oleh pasukan S.P.A ------MediaSPA
Memastikan kelancaran perjalanan Mesyuarat Suruhanjaya, Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib, Mesyuarat Rayuan Kenaikan Pangkat, Mesyuarat Khas dan Urusan Perkhidmatan Ahli Suruhanjaya.
Fungsi
Sebagai urus setia mesyuarat Suruhanjaya, Lembaga Rayuan Tatatertib dan Lembaga Rayuan Naik Pangkat.
Urus setia mesyuarat khas Suruhanjaya di luar Putrajaya.
Mengumpul dan mengemaskini ruling SPA.
Piagam Pelanggan
Mengurus dan memastikan urusan Mesyuarat Suruhanjaya sentiasa berjalan dengan lancar dan memastikan Pakej Mesyuarat akan dihantar 24 jam sebelum mesyuarat bermula.
Aktiviti Utama Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat
Mengurus dan memastikan kelancaran mesyuarat mingguan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Menjadi urus setia kepada Mesyuarat Khas, Mesyuarat Luar dan Persidangan.
Menguruskan pelantikan, tamat tempoh dan kebajikan Ahli Suruhanjaya.
BERITA RINGKAS 21 Okt ----- Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih
PUTRAJAYA 18 Okt ----- Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Peperiksaan dipilih menerima anugerah khas Pengerusi SPA yang diumumkan di Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih 2019 pada Jumaat lepas. Anugerah ini diberikan atas kecemerlangan dan komitment Bahagian ini dalam meningkatkan kualiti dan imej Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Terdahulu Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada pesara dan bakal pesara. Turut diraikan ialah pentadbir pusat temu duga yang telah berkhidmat bersama SPA. Penghargaan jasamu dikenang turut diberikan kepada pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan iaitu Allahyarhamah Azura Zainal dan Allahyarham Munir Mansor. Pengerusi SPA juga mengilhamkan anugerah Pegawai Berketerampilan terbahagi kepada tiga kategori iaitu Pengurusan Tertinggi, Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Manakala Mohd. Zamrin Kassim dan Nur Izwani Azman dari Bahagian Pengambilan Khas, dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati SPA. Turut hadir ke Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih, Timbalan Pengerusi SPA, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, En Zohari Said pegawai-pegawai kanan dan warga SPA ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 408 orang dan seramai 1,118 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 10 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 15 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
S.P.A, 11 Oktober------ Penaung Kelab Badminton S.P.A, YBhg Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengucapkan tahniah kepada pasukan badminton S.P.A yang muncul juara dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton MAKSWIP 2013 yang diadakan di dewan Pusat Komuniti, Sentul Perdana, Kuala Lumpur malam tadi. “ Saya mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain badminton yang memenangi kejohanan ini, saya juga amat berbangga dengan kejayaan ini, dan sudah tentu pasukan kita (S.P.A) akan menjadi kuasa baru dalam arena badminton yang dianjurkan oleh MAKSWIP selepas ini” . Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dan menyampaikan sijil serta insentif berupa wang tunai kepada semua pemain. Hadir sama Presiden Kelab badminton S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Presiden Encik Zainal Abidin Ahmad. Ini adalah merupakan kemenangan pertama badminton S.P.A sejak ditubuhkan dua (2) bulan lepas dan terus mincul juara yang menewaskan pasukan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang merupakan pasukan terkuat sejak sekian lama dan muncul juara melebihi 15 kali dalam arena badminton, anjuran MAKSWIP. ------MediaSPA
PUTRAJAYA, 13 Feb ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menerima kunjungan daripada Mr. Kishimoto, head of educational department, civil servant training centre, National Personnel Autority Of Japan, petang semalam. Mr.Kishimoto yang ingin mengetahui mengenai urusan Pengambilan, Peperiksaan, Urusan Naik Pangkat dan Tatatertib telah disampaikan oleh Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama Timbalan Pengerusi, Dato' R. Segarajah serta pegawai-pegawai kanan. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 2 Dis : Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) ke-128
PUTRAJAYA, 2 Dis------ Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat SPKP ke-128 pada 1 Disember 2015 di Putrajaya yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPKP. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri YBhg. Peguam Negara, YBhg. Peguam Cara Negara,Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas SPKP bagi urusan pelantikan,kenaikan pangkat, surcaj, tahan kerja dan isu-isu dasar serta ketetapan(ruling) berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ------SPKP/MediaSPA
Memberi khidmat sokongan dari segi Pentadbiran Am, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia dan Perhubungan awam yang cekap dan berkesan kepada semua Bahagian di Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Fungsi
Menguruskan kewangan dan perolehan Jabatan.
Menguruskan hal-ehwal perkhidmatan, pengurusan sumber manusia dan perhubungan awam Jabatan.
Menguruskan aspek pentadbiran am, pengurusan aset dan stor, keselamatan, perpustakaan, penyelenggaraan dan keperluan logistik Jabatan.
Piagam Pelanggan
Kami warga Bahagian Khidmat Pengurusan berjanji dan beriltizam akan memberikan khidmat sokongan dengan cekap, tepat dan teratur perkara berikut:
Memastikan urusan pentadbiran, sumber manusia, pengurusan aset, perolehan dan kewangan dilaksanakan mengikut dasar dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Memastikan pembayaran bil-bil dapat diselesaikan dalam tempoh 14 hari dari maklumat lengkap diterima.
Memberi maklum balas aduan pelanggan dalam tempoh 1-3 hari dari tarikh aduan diterima.
Aktiviti Utama Bahagian Khidmat Pengurusan
Pentadbiran Am
Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran am Jabatan yang melibatkan penghantaran surat, penyelenggaraan bangunan, penyelenggaraan peralatan, logistik, aset dan stor, perpustakaan serta keselamatan pejabat.
Kewangan dan Perolehan
Bertanggungjawab dalam menguruskan pengurusan kewangan Jabatan yang melibatkan penyediaan bajet, perancangan dan penyelarasan bajet Jabatan serta pembayaran bil dan tuntutan perjalanan.
Bertanggungjawab dalam menguruskan perolehan Jabatan seperti tender, sebut harga, eBidding dan rundingan terus.
Pengurusan Sumber Manusia
Bertanggungjawab dalam menguruskan pengurusan sumber manusia Jabatan yang melibatkan pengurusan personel, pengurusan prestasi, kenaikan pangkat, tatatertib, pemberian anugerah dan HRMIS.
Inovasi dan Kualiti
Bertanggungjawab dalam menguruskan semua program dan aktiviti yang melibatkan inovasi dan kualiti Jabatan seperti Konvensyen Inovasi Kerja, Hari Inovasi, Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO, program k-Day dan penyelaras Sistem Cadangan Inovasi.
Perhubungan Korporat
Bertanggungjawab dalam menguruskan urusan-urusan berkaitan dengan perhubungan awam seperti bertindak sebagai Media SPA, perhubungan dengan pihak media, mengendalikan ePertanyaan/ aduan, penyelaras lawatan dari pihak luar, Hari Bersama Pelanggan, penyelaras Blok Inovasi dan Kreativiti serta penyelaras Facebook SPA.
Seminar Perancangan Strategik 2020 (SPS 2020) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
PUTRAJAYA 30 Okt ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Seminar Perancangan Strategik 2020 (SPS 2020) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Siri 1. Seminar telah dirasmikan oleh Setiausaha SPA, Datuk Zohari Said. Hadir sama Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras. Tujuan penganjuran SPS 2020 SPA adalah untuk mengenalpasti isu-isu yang timbul dalam semua urusan SPA dan merangka program penambahbaikan / inisiatif inovasi bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan dengan mempermudahkan pelanggan, meningkatkan kecekapan, ketepatan serta ketelusan SPA ----- MediaSPA
BERITA RINGKAS 15 Mac : "mySPAv2 antara Apps yang popular" Pengerusi SPA
MELAKA, 14 Mac ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak berkata Aplikasi mySPAv2 telah mendapat penarafan 5 bintang dan antara Apps yang popular dalam kategori sosial iaitu memberi kemudahan kepada pemohon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ini merupakan transformasi baharu yang telah dibangunkan oleh SPA di bawah Projek myGov Mobile MAMPU melalui platform mudah alih. Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Pusat Temu duga SPA di Melaka yang terletak di Menara Persekutuan, Melaka semalam. Menurutnya lagi sistem mySPA8i untuk permohonan jawatan juga telah mendapat pilihan Apps tertinggi. Statistik menunjukkan sebanyak 1,561,206 pemohon telah berdaftar dengan SPA melalui Sistem MyRecruitment. Turut hadir, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg Dato’ Seri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pegawai-pegawai kanan SPA dan wakil Kementerian/Jabatan. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib, sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 2,636 orang dan seramai 2,082 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 37 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
KBSPA Mencipta Hatrick Di Kejohanan Badminton MAKSWIP
KUALA LUMPUR, 13 Feb ------ Pasukan Kelab Badminton Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (KBSPA) muncul juara dalam Kejohanan Badminton MAKSWIP 2015 yang berakhir malam tadi di dewan serbaguna, Sentul Kuala Lumpur dan seterusnya mencipta hatrick dengan kejuaraan sejak tahun 2013, 2014 dan 2015. Ini adalah merupakan kejayaan manis bagi pasukan itu yang dinaungi oleh Tan Sri Mahmood Adam. Dalam perlawanan akhir malam tadi, Kelab Badminton SPA telah menewaskan Kelab Badminton KWSP 4-0. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 2 Dis : Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) peringkat S.P.A 2015
PUTRAJAYA, 2 Dis------ Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad hari ini telah merasmikan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) peringkat S.P.A 2015 yang diadakan di Putrajaya. Sebanyak enam (6) kumpulan bertanding terdiri dari Kumpulan Pixe11, PKPK SPA, NT dot, Citra, Kenyalang dan Rafflesia. Turut hadir menyaksikan persembahan KIK, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir pegawai-pegawai kanan dan warga S.P.A. ------SPKP/MediaSPA