Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 42/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,643 orang dan seramai 2,468 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan belas (18) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tatatertib, lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tiga belas (13) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
YBhg. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Hari Terbuka SPA@Perak : Tingkat Kesedaran dan Kefahaman Golongan Sasar di Zon Utara Tarikh: 17 Ogos 2024 (Sabtu) Tempat: Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Ipoh, Perak
YBhg. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Hari Terbuka SPA@Putrajaya : Usaha Proaktif Meningkatkan Kualiti Pemohon Pekerjaan Sektor Awam Dan Swasta Di Malaysia Tarikh: 02 November 2024 (Sabtu) Tempat: Dewan Damar Sari 1,2 dan 3, Blok F8, Kompleks F, Putrajaya
YBhg. Dato' Abd Rahman Bin Husin Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Menunaikan Fungsi Pengerusi SPA Mengikut Perkara 142(3A) Perlembagaan Persekutuan) di Majlis Perasmian Pusat Temu Duga SPA, Melaka Tarikh: 19 Mac 2012 (Isnin) Tempat: Pusat Temu Duga SPA, Melaka
YAB Perdana Menteri di Majlis Makan Malam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bersama YAB Perdana Menteri Tarikh: 11 Januari 2010 (Isnin) Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Majlis Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Negeri dan Pelajaran Kali ke-XI Tarikh: 21 Ogos 2008 (Khamis) Tempat: Damai Puri Resort, Kuching, Sarawak
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Majlis Perasmian Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Negeri dan Pelajaran Kali ke-XI Tarikh: 18 Ogos 2008 (Isnin) Tempat: Damai Puri Resort, Kuching, Sarawak
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dengan Kementerian, Jabatan, Pentadbiran Negeri di bawah bidang kuasa dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tarikh: 27 Mei 2008 (Selasa) Tempat: Bayview Hotel Langkawi Malaysia
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan Jubli Emas SPA Bersama SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong Tarikh: 28 April 2008 (Isnin) Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Majlis Pelancaran dan Perasmian Sambutan Jubli Emas SPA Tarikh: 24 Januari 2008 (Khamis) Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
BERITA RINGKAS 8 Mei ----- Kunjungan Daripada Kementerian Kesihatan Malaysia Ke SPA
PUTRAJAYA, 5 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menerima kunjungan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min serta pegawai-pegawai Kanan KKM. Satu sesi perbincangan turut diadakan bersama Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak . Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan SPA. Antara topik perbincangan adalah mengenai isu-isu pengambilan calon untuk berkhidmat di Kementerian Kesihatan termasuk isu berkaitan dengan pelantikan secara kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41. MediaSPA
Tan Sri Mahmood Adam Sampaikan Surat Tawaran Pelantikan Dan Pengesahan Perkhidmatan
SPA 10 September ------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan surat tawaran pelantikan untuk mereka yang berjaya dalam temu duga bagi jawatan yang dipohon dan surat pengesahan perkhidmatan kepada penjawat awam yang telah disahkan dalam perkhidmatan. Majlis yang diadakan di Dewan Temu duga, Aras 6 itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R.Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta wakil-wakil Jabatan. Dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, beliau berharap agar calon yang dilantik ini dapat menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang baik dalam perkhidmatan awam negara. Beliau juga berharap calon-calon yang dilantik ini memenuhi ciri-ciri yang diperlukan memandangkan proses temu duga yang dijalankan oleh S.P.A adalah berkualiti, telus dan sistematik. Di akhir majlis, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam meluangkan masa beramah mesra bersama penjawat awam yang baharu dilantik dan seterusnya mengadakan Sidang Media bersama wartawan yang hadir membuat liputan. ------MediaSPA
Lim Mooi Eia Setiausaha S.P.A Yang Baharu Mulai Esok
PUTRAJAYA, 26 Feb ------ Lim Mooi Eia dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) yang baharu bermula esok (Jumaat) yang menggantikan Datuk Ramli Juhari kerana bersara wajib pada hari ini. Pengumum rasmi kepada warga S.P.A telah dibuat oleh Pengerusi, Tan Sri Mahmood Adam dalam ucapan di perhimpunan bulanan yang diadakan di Putrajaya petang tadi. Manakala jawatan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) di isi oleh Salmah Idris juga berkuat kuasa esok. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tan Sri Mahmood, beliau mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat dan ucapan selamat bersara kepada Datuk Ramli Juhari. Lim Mooi Eia adalah merupakan Setiausaha S.P.A yang ke 18. Terdahulu di majlis perhimpunan itu juga warga S.P.A turut diperkenalkan dengan pemain-pemain yang menjuarai Kejohanan Badminton MAKSWIP 2015 serta pengumumam mengenai perlawanan peringkat MAKSAK yang akan disertai oleh pemain-pemain badminton S.P.A bermula esok. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 25 Dis : S.P.A Sertai Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Kebangsaan Tahun 1437/2015M
SERDANG, 24 Dis------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) antara 11 ribu peserta yang menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Kebangsaan Tahun 1437/2015M yang diadakan di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang semalam. Yang turut hadir Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan merasmikan dan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 14/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 5,306 orang dan seramai 2,970 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 40 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tujuh (7) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 26 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Kunjungan Hormat Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Kepada Pengerusi SPA
S,P.A, 11 September ------ Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Haji Ismail Haji Mohamed Said telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Ketibaan beliau bersama pegawai-pegawai kanan disambut oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan seterusnya mengadakan perbincangan di bilik Mesyuarat Pengerusi. Perbincangan yang berlangsung selama 25 minit itu turut dihadiri Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah. ------MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 6/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 334 orang dan seramai 947 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 46 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 15/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 993 orang dan seramai 2,465 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 12 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
S,P.A, 12 September ------ Azri Alwan dari Bahagian Pengambilan muncul juara keseluruhan dalam Pertandingan Talentime S.P.A 2013 yang diadakan di dewan temu duga S.P.A Putrajaya malam tadi. Beliau yang membawakan lagu bertajuk “Kehilangan” yang di popularkan oleh penyanyi Firman telah menewaskan 11 peserta lain. Tempat kedua dimenangi oleh Rosli Choh dari Bahagian Pengurusan yang juga memenangi kategori vokal terbaik, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Suhaimi Ismail yang juga menang dalam kategori persembahan terbaik. Seramai 12 peserta yang terdiri dari warga S.P.A bersaing dalam pertandingan Talentime sempena bulan Kemerdekaan 2013. Peserta telah diadili oleh juri professional iaitu Jaffar Abdul Rahman atau (JARI) dan Leonard Yeap Lin Soon. Pemenang menerima hadiah wang tunai serta piala iringan yang telah disampaikan oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. ------ MediaSPA