Accessibility Tools

Skip to main content

Senarai Mantan Pengerusi SPA

Pengerusi SPA

YBhg. Tan Sri Dato' Seri Utama Zainal Rahim bin Seman
Pengerusi Ke Tiga Belas
2018 - 2023

  • Pengerusi SPA

    YBhg. Tan Sri Arpah binti Abdul Razak
    Pengerusi Ke Dua Belas
    2015-2018

  • Pengerusi SPA

    YBhg. Tan Sri Mahmood bin Adam
    Pengerusi Ke Sebelas
    2012-2015

  • Pengerusi SPA

    YBhg. Tan Sri Jamaluddin bin Haji Ahmad Damanhuri
    Pengerusi Ke Sepuluh
    2006-2011

  • Pengerusi SPA

    YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab bin Haji Adam
    Pengerusi Ke Sembilan
    2001-2006

  • Pengerusi SPA

    YBhg. Tan Sri Dato' Mahmud bin Taib
    Pengerusi Ke Lapan
    1996-2000

  • Pengerusi SPA

    YBhg. Dato' Haji Mohd Noor bin Mohd Hassan
    Pengerusi Ke Tujuh
    1990-1995

  • Pengerusi SPA

    YBhg. Tan Sri Dato' (DR) Ishak bin Pateh Akhir
    Pengerusi Ke Enam
    1986-1990

  • Pengerusi SPA

    YBhg. Dato' Haji Megat Mahmud bin Haji Megat Ismail
    Pengerusi Ke Lima
    1980-1985

  • Pengerusi SPA

    YBhg. Tan Sri Sheikh Abdullah bin Sheikh Abu Bakar
    Pengerusi Ke Empat
    1971-1979

  • Pengerusi SPA

    YBhg. Tuan Haji Tan Sri Datuk (DR) Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid 
    Pengerusi Ke Tiga
    1964-1971

  • Pengerusi SPA

    YBhg. Datuk Hamzah bin Abdullah
    Pengerusi Ke Dua
    1958-1964

  • Pengerusi SPA

    Y.T.M Tunku Ya'acob Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
    Pengerusi Pertama
    1957-1958

Continue reading

Mei 2017 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 19 Mei ----- Majlis Penutupan Program HIVT dan Pelancaran SPA Volunteer (SPAVOL)

BALIK PULAU, PULAU PINANG, 17 Mei ----- YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan Majlis Penutupan Program High Impact Volunteer Training (HIVT) SPA Volunteer (SPAVOL) yang telah diadakan pada 15-17 Mei 2017 bertempat di Kem Bina Negara, Pantai Pasir Panjang, Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada majlis yang sama juga, YBhg. Tan Sri Arpah selaku Penaung SPAVOL turut merasmikan Penubuhan SPA Volunteer (SPAVOL). Turut hadir YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Bin Saad, Ketua Pengarah Biro Tatanegara dan YBhg. Dato' Zainal Abidin Bin Ahmad, Setiausaha SPA merangkap Penasihat SPAVOL. Terdahulu sebelum itu, acara pelepasan peserta Program HIVT SPAVOL telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad pada 15 Mei 2017 yang lalu bertempat di perkarangan lobi SPA, Putrajaya. SPA Volunteer (SPAVOL) adalah merupakan gabungan di antara sukarelawan warga SPA dan orang awam yang mendaftar dengan SPA untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kesukarelawan dalam membantu masyarakat yang memerlukan sama ada di dalam atau di luar negara. MediaSPA

 
 
 

Continue reading

September 2013 Aktiviti 8

  • S.P.A Beri Penjelasan Kepada CUEPACS

    S,P.A, 19 September ------ Pengerusi S.P.A. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan keperluan ujian Body Mass Index (BMI) melibatkan pegawai Kenaikan Pangkat Secara Lantikan dalam urusan ujian fizikal Pegawai Penguatkuasa Gred N41 di KPDNKK dan JPJ. Hadir sama Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad, wakil pegawai dari JPA, KPDNKK dan JPJ . Mesyuarat yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya itu turut dihadiri Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), YBhg. Datuk Omar Osman. Dalam laporan akhbar semalam, CUEPACS meminta agar Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) melonggarkan syarat ujian BMI bagi pegawai KPSL untuk jawatan beruniform. Sehubungan itu, YBhg. Datuk Omar telah diberikan penerangan lanjut oleh YBhg. Tan Sri Mahmood mengenai kepentingan ujian BMI tersebut terutama untuk jawatan beruniform. YBhg. Tan Sri juga turut menjelaskan kepada CUEPACS bahawa pegawai KPSL sebenarnya telah pun diberikan kelonggaran syarat BMI dan turut diberi pelbagai keistimewaan berbanding calon lantikan terus. Satu sidang media turut diadakan di tempat yang sama selepas mesyuarat berakhir. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Februari 2015

Continue reading

Senarai Mantan Setiausaha SPA

Setiausaha SPA

YBhg. Datuk Zohari bin Said
Setiausaha ke-20
2019 - 2022

Setiausaha SPA

YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Ahmad
Setiausaha ke-19
2015-2019

Setiausaha SPA

Puan Lim Mooi Eia
Setiausaha ke-18
2015

Setiausaha SPA

YBhg. Datuk Ramli bin Juhari
Setiausaha ke-17
2012-2015

Setiausaha SPA

YBhg. Dato' Lamien bin Sawiyo
Setiausaha ke-16
2008-2012

Setiausaha SPA

YBhg. Puan Sri Zaitun bt Mhad Ali
Setiausaha ke-15
2006-2008

Setiausaha SPA

YBhg. Dato' Yasin bin Mohd Salleh
Setiausaha ke-14
2006

Setiausaha SPA

YBhg. Dato' Haji Luey bin Puteh
Setiausaha ke-13
2003-2006

Setiausaha SPA

YBhg. Dato' Hj. Ibrahim bin Haji Mohd Shariff
Setiausaha ke-12
1997-200

Setiausaha SPA

YBhg. Datuk Hj. Abd. Wahab bin Haji Adam 
Setiausaha ke-11
1995-1997

Setiausaha SPA

En. Kamaruddin Abd. Rahman bin Hj. Ahmad 
Setiausaha ke-10
1992-1995

Setiausaha SPA

YBhg. Dato' Shahbudin bin Imam Mohamad
Setiausaha ke-9
1990-1992

Setiausaha SPA

YBhg. Dato' Sulaiman bin Osman
Setiausaha ke-8
1988-1990

Setiausaha SPA

YBhg. Dato' Nik Badli Shah bin Dato' Nik Abdullah
Setiausaha ke-7
1985-1988

Setiausaha SPA

Tuan Haji Ahmad Tajuddin bin Muhd Darus 
Setiausaha ke-6
1982-1985

Setiausaha SPA

Tuan Haji Hashim bin Salleh
Setiausaha ke-5
1977-1982

Setiausaha SPA

YBhg. Dato' Hj Megat Mahmud bin Hj. Megat Ismail
Setiausaha ke-4
1972-1977

Setiausaha SPA

Encik Zainal Abidin bin Osman
Setiausaha ke-3
1969-1972

Setiausaha SPA

Encik Mohamed Ismail bin Abdul Latiff
Setiausaha ke-2
1959-1969

Setiausaha SPA

Encik Hashim bin Mat Dris
Setiausaha Pertama
1957-1959

Continue reading

Mei 2017 Aktiviti 7

  • BERITA RINGKAS 19 Mei ----- Kunjungan Hormat Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak

SARAWAK, 19 Mei ----- YAB Datuk Amar Abg Hj. Abd. Rahman Zohari Tun Abg Hj. Openg, Ketua Menteri Sarawak hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut serta, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Dr. Haili Dolhan, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU. Ini adalah merupakan kunjungan hormat pertama ke atas YAB Ketua Menteri Sarawak selepas dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang baru. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim diantara YAB Ketua Menteri bersama YB Menteri, SPA Malaysia, SPP dan MAMPU disamping berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan bagi mempertingkatkan lagi prestasi di organisasi masing-masing. MediaSPA

 
 

Continue reading

September 2013 Aktiviti 9

  • "Buat penambahbaikan berterusan" ---- Tan Sri Mahmood Adam

    S,P.A, 20 September ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan warga S.P.A supaya menjalankan tugas harian dengan teliti agar tidak melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan nama baik S.P.A. “Kita tidak mahu mendengar aduan yang tidak elok daripada orang luar terutamanya yang berkaitan dengan urusan-urusan pengambilan”. Beliau berkata demikian dihadapan warga Bahagian Pengambilan selepas menyampaikan sijil kepada kakitangan bahagian itu yang bertugas secara giliran di bilik operasi One Stop Centre S.P.A. Menurutnya lagi, beliau mahu supaya kakitangan yang membuat urusan temu duga termasuklah penyerahan surat kepada calon mestilah diteliti terlebih dahulu sebelum dihantar kepada penerimanya. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga memaklumkan bahawa S.P.A akan menerima seorang pegawai kanan yang dipinjamkan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk ditempatkan di sini. Diakhir ucapan, beliau meminta agar warga S.P.A membuat penambahbaikan berterusan dan digalakkan untuk berjumpa dengan penyelia masing-masing atau pegawai atasan mahupun terus kepada beliau sendiri dengan memberi cadangan untuk kebaikan organisasi kerana beliau yakin pegawai-pegawai di S.P.A bersedia untuk mendengar apa juga masalah terutama yang berkaitan dengan tugas seharian. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Keratan Akhbar

2024

1. Keratan Akhbar berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Bil Tajuk Keratan Akhbar Tarikh Akhbar Muka Surat
1. Keratan Akhbar - DEEP, Kaedah Baharu Nilai Prestasi Penjawat Awam 13.02.2024 Berita Harian     2
2. Keratan Akhbar - Kajian Impak Pelbagai Aspek Sebelum Mansuh Pencen Penjawat Awam 14.02.2024 Berita Harian     2

2019

1. Keratan Akhbar berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Bil Tajuk Keratan Akhbar Tarikh Akhbar Muka Surat
1. Keratan Akhbar Malaysia Nanban 24.02.2024 Malaysia Nanban     3

Continue reading

Mei 2017 Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 23 Mei ----- Tan Sri Arpah Rasmi Bulan ICT SPA 2017 dan Pelancaran Pelan Strategik ICT SPA 2016-2020

PUTRAJAYA, 22 Mei ----- Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan Bulan ICT SPA 2017 dan melancarkan Pelan Strategik ICT SPA 2016-2020 di Ibu pejabat SPA, Putrajaya semalam. Majlis turut dihadiri Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha SPA, Puan Salmah Idris, Tuan Haji Abdullah Tahir dan warga SPA. Antara lain dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah, beliau mengucapkan syabas kepada semua warga SPA kerana bersikap terbuka, sentiasa menerima dan tidak paranoid kepada perubahan terknologi kerana hampir 99 peratus pengoperasian SPA bergantung sepenuhnya kepada teknologi ICT. Bersempena dengan bulan ICT SPA 2017, Bahagian Pengurusan Maklumat turut mengadakan pelbagai program antaranya Infomasi kesedaran ICT, pertandingan kuiz dan tayangan video. Terdahulu pada sebelah pagi, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha telah merasmikan Forum ICT bertajuk “MyRecruitment SPA: Cabaran dan Way Forward” yang diadakan di Anjung Ilham. MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Oktober 2014

Continue reading

Februari 2014 Aktiviti 17

  • Mesyuarat Suruhanjaya bil. 7 Bagi Tahun 2014  
       
    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 7/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 702 orang dan seramai 764 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 76 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
 

Continue reading

Mac 2015 Aktiviti 3

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 8 BAGI TAHUN 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 580 orang dan seramai 589 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, seorang (1) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. 

 
 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 18

  • Lawatan Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota Umbai, Melaka Ke SPA

SPA 29 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menerima lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota Umbai, Melaka petang semalam. Seramai 88 orang pelajar tingkatan enam dan 10 orang guru telah hadir. Lawatan yang diketuai oleh Guru Penasihat, Puan Rozilah Rahmat telah diberi taklimat kerjaya oleh Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Puan Noormahera Mohd Puzi bertempat di Dewan Temu Duga Aras 6. Taklimat yang diberikan menyentuh tentang hala tuju selepas menamatkan pelajaran, syarat-syarat memasuki perkhidmatan awam, teknik-teknik temu duga, faedah-faedah penjawat awam dan gaji yang ditawarkan mengikut jawatan dan kelayakan------ MediaSPA

 

Continue reading

September 2013 Aktiviti 11

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 34 Bagi Tahun 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 34/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, 19 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 856 orang dan seramai 1,320 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 25 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 

 
 

Continue reading

Your message here