Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 4,504 orang dan seramai 1,323 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima orang (5) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas Tindakan Tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua puluh satu (21) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.