Februari 2014 Aktiviti 21
- BERITA BERGAMBAR 25 Feb ---- Perjumpaan Tan Sri Mahmood Adam Bersama PTD Dan PTM
Peristiwa bergambar.


Accessibility Tools
Peristiwa bergambar.
PERISTIWA BERGAMBAR 5 Mac : Perjumpaan Pengerusi S.P.A Bersama Pegawai Gred 48-52
Peristiwa bergambar.
SPA 11 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) semalam telah menerima lawatan daripada Kementerian Perkhidmatan Awam Lesotho. Delegasi seramai tujuh (7) orang itu diketuai oleh Menteri Perkhidmatan Awam Lesotho, Ephraim Ramootsi Lehata. Ketibaan delegasi Lesotho disambut oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Taklimat ringkas mengenai SPA disampaikan oleh Encik Zainal Abidin Ahmad di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya, Aras 10. ----- MediaSPA
SPA 21 Jun ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah ditemu bual oleh DTubes.TV, sebuah rangkaian TV Internet 24 jam. Rakaman yang berlangsung selama 20 minit itu telah diadakan di Aras 10. Perantara untuk sesi temu bual rangkaian tersebut adalah Pengarah Operasi DTubes TV, Puan Jamilah Taib. Sesi temu bual yang membawa tajuk ”1 Malaysia Sektor Awam dan Cabaran SPA” mengupas tentang isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sektor awam termasuk SPA pada masa kini dan transformasi yang dilaksanakan sejajar dengan konsep ”1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”. Dtubes.TV boleh dilayari melalui laman web www.dtubes.tv. ------ MediaSPA
Peristiwa bergambar.
SRI AMAN, 3 Okt ------ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun telah merasmikan Program Mesra Pelanggan anjuran bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan MAMPU di Sri Aman Kuching, semalam. Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A Dato’ R. Segarajah, Timbalan Ketua Pengarah MAMPU, Dr Aizi Razman Ismail. Hadir sama Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Haji Md Yahya Basimin. Antara program yang diadakan adalah taklimat kerjaya dan permohonan jawatan di S.P.A secara online. ------ MediaSPA
Peristiwa bergambar.
PERISTIWA BERGAMBAR 5 Mac : Mesyuarat Pra Suruhanjaya
Peristiwa bergambar.
NEGERI SEMBILAN 19 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Seminar Perancangan Strategik SPA 2011-2015 di Nilai Spring Resort Hotel, Negeri Sembilan. Seminar ini diadakan bertujuan untuk menentukan hala tuju dan perancangan jangka panjang SPA 2011-2015, membuat penambahbaikan terhadap sistem kerja sedia ada dan merancang strategi-strategi baru yang lebih dinamik. Seminar selama tiga (3) hari bermula 16 Januari 2011 lalu dan berakhir semalam telah dihadiri oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. ----- MediaSPA
Kuala Lumpur 20 Jun ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara di Bernama Radio24 yang berlangsung di Wisma BERNAMA Kuala Lumpur petang semalam. Rancangan yang diberi nama ”Dalam Radar” telah ke udara selama sejam bermula 6.30 petang hingga 7.30 malam telah dikendalikan oleh DJ Rina dan DJ Zul. Skop perbincangan yang juga dibuka untuk panggilan kepada pendengar lebih menjurus kepada isu "lebih 1.12 juta permohonan sebagai penjawat awam diterima dan hanya 2.1 peratus terdiri daripada permohonan berketurunan Cina". Siaran melalui gelombang FM93.9 MHz boleh didengar di sekitar Lembah Kelang dan Selatan Tanah Air juga boleh dicapai melalui www.radio24.com.my ------ MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
PERISTIWA BERGAMBAR 5 Mac : Mesyuarat Pra SPKP
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 30 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Program Rekreasi Kayak PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung pada hari Sabtu lepas bertempat di Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland, Putrajaya. Program anjuran Biro Sukan PUSPANITA JPM ini telah dikendalikan oleh PUSPANITA Cawangan Kecil SPA dan disertai oleh Jabatan/Agensi di bawah JPM. Hadir sama menyaksikan pertandingan, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA, YBhg. Datin Normah Ibrahim telah menyampaikan hadiah kemenangan kepada pasukan yang bertanding. ----- MediaSPA
SPA 20 Jun ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan sidang media dan perjumpaan khas bersama media massa/elektronik berbahasa Cina. Perjumpaan yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam, Ahli Suruhanjaya Encik Boon Jon Lin, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan, Puan Chan Hong Jin dan Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Puan Lim Irene. Perjumpaan khas YBhg. Tan Sri Pengerusi dengan media berbahasa Cina tersebut adalah bertujuan untuk memberikan maklumat dan memohon bantuan pihak media supaya dapat menghebahkan tentang kemudahan,faedah,gaji dan jawatan-jawatan yang ditawarkan dalam perkhidmatan awam seterusnya menarik minat kaum Cina untuk berkhidmat dalam sektor awam. ------ MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
PERISTIWA BERGAMBAR 6 Mac : Perbincangan Program Rasmi Di Sibu Dan Miri
Peristiwa bergambar.
KUALA LUMPUR 31 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Hari Khas SPA Bersama Pelanggan bertempat di Pusat Temu duga SPA Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Hari Khas SPA Bersama Pelanggan yang dibuka seawal jam 10 pagi ini telah mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada graduan-graduan IPTA/IPTS. Satu sesi taklimat kerjaya juga telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha daripada Bahagian Pengambilan, Encik Mohd Yazid bin Mohd Zuliaddin. Ini adalah merupakan Hari Khas SPA Bersama Pelanggan yang pertama diadakan pada tahun 2012.----- MediaSPA