Accessibility Tools

Skip to main content

Ogos 2013 Aktiviti 5

  • "PASPA Harus Bersaing Dengan Kelab-Kelab Lain" ----- Datuk Ramli Juhari

    S.P.A, 21 Ogos  ------  Penaung Persatuan Anggota-Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PASPA), YBhg. Datuk Ramli Juhari berkata, PASPA harus bersaing dengan kelab lain seperti Kelab Bola Sepak S.PA dan Kelab Badminton S.P.A. "Ini merupakan satu persaingan yang sihat dengan adanya beberapa kelab lain di S.P.A". Beliau turut mengulas bahawa PASPA telah pun terkenal terutama di Jabatan Perdana Menteri dengan penyertaan dalam pertandingan-pertandingan terutamanya bidang sukan yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri dengan memenangi banyak acara-acara sukan serta anugerah kecemerlangan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PASPA yang diadakan hari ini. Katanya lagi, YDP baharu yang dilantik haruslah calon yang aktif disamping menjalankan tugas-tugas hakiki. Sementara itu, Encik Mohd Fairuz Azmi telah terpilih dalam pertandingan untuk jawatan Yang Dipertua PASPA bagi sesi 2013/2014. Mesyuarat yang dihadiri lebih 200 warga S.P.A telah diadakan di dewan Temu Duga Aras 6.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2014 Aktiviti 12

  • Tan Sri Mahmood Adam Pengerusikan Mesyuarat Bersama Kementerian/Jabatan di Pulau Pinang

    PULAU PINANG, 14 Okt ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam petang ini mempengerusikan Mesyuarat bersama Kementerian/Jabatan dan Pentadbiran Negeri di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A). Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha Datuk Ramli Juhari serta wakil-wakil Kementerian Jabatan. Antara lain dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh Tan Sri Mahmood adalah S.P.A akan menjalankan peperiksaan online jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41 yang akan diadakan pada 1 November 2014.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2015 Aktiviti 15

  • Seminar Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Di Sibu Sarawak

    SIBU, 14 Mac ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah mengadakan seminar tips dan panduan memasuki perkhidmatan awam. Majlis dirasmikan oleh Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Setiausaha Lim Mooi Eia. Seramai 200 peserta seminar hadir termasuklah pegawai-pegawai RELA Bahagian SIBU.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 6

  • SPA Sertai Karnival Kerjaya Di Melaka

SPA 11 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengambil bahagian dalam Pameran Kerjaya sempena Pesta Sungai Melaka 2012 yang berlangsung di Dataran Sungai Melaka, Bandar Hilir Melaka pada 9 dan 10 Jun 2012 (Sabtu dan Ahad). Lebih daripada 20 agensi Kerajaan dan Swasta terlibat dalam menjayakan Karnival Kerjaya anjuran Kerajaan Negeri Melaka. SPA yang turut terlibat dalam pameran kerjaya tersebut telah membuka kaunter bagi memberi penerangan dan khidmat nasihat berkaitan urusan pengambilan dalam perkhidmatan awam kepada pelanggan yang hadir. Calon juga boleh membuat semakan status permohonan mereka. Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo turut hadir ke tapak pameran diiringi oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Bin Dollah. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Ogos 2013 Aktiviti 6

  • Majlis Sambutan Hari Raya JPM

    PUTRAJAYA, 22 Ogos  ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan gerai tercantik di Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Kelab Bukit Perdana, Jabatan Perdana Menteri. Majlis yang diadakan di PICC semalam dihadiri Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri-menteri Kabinet. Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta ketua-ketua Jabatan. Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari turut hadir di majlis tahunan itu dan turut melapangkan masa untuk melihat gerai S.P.A. Acara penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Perdana Menteri.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2014 Aktiviti 13

  • Pelaksanaan Peperiksaan Online S.P.A ---- TKPPA Ucap Tahniah

    PULAU PINANG, 16 Okt ------ Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (TKPPA), Dato' Seri Zainal Rahim Seman mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) kerana telah melaksanakan peperiksaan Online dan memberi kemudahan kepada lebih ramai pemohon-pemohon jawatan untuk menduduki peperiksaan berbanding cara lama sebelum ini. Beliau berkata demikian selepas diberi taklimat mengenai peperiksaan online di S.P.A Putrajaya sebentar tadi. Turut hadir Pengerusi Tan Sri Mahmood Adam dan pegawai-pegawai di Bahagian Peperiksaan. Pada sesi taklimat Tan Sri Mahmood Adam berkata dengan cara online ini juga, S.P.A tidak lagi menghadapi masalah untuk mencari dewan peperiksaan, menghantar pengawas ke seluruh Negara, membayar pemeriksa kertas jawapan yang pastinya memerlukan perbelanjaan yang besar. Terdahulu Dato’ Seri Zainal juga turut dibawa melawat ke bilik One Stop Center.  ------  MediaSPA

 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 5

  • Majlis Interaksi Pengerusi SPA Bersama Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa SPA

PUTRAJAYA 11 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan satu Majlis Interaksi Pengerusi SPA bersama Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri dibawah bidang kuasa SPA di Pusat Konvensyen Antarabangsa PICC, Putrajaya, Jumaat lepas. Wakil dari Kementerian dan Jabatan yang hadir telah mengemukakan pelbagai soalan dan masalah yang dijawab oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Terdahulu dari itu, Pengerusi SPA dalam ucapan aluannya, mengucapkan terima kasih kepada wakil dari Kementerian dan Jabatan kerana telah menyambut baik Majlis Interaksi yang diadakan oleh SPA. YBhg. Tan Sri Mahmood juga bersetuju untuk mengadakan dialog seperti ini lebih kerap lagi supaya pelbagai masalah yang timbul di antara SPA, Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri di bawah bidang kuasa SPA dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan cepat. Sejurus selepas majlis selesai, Pengerusi SPA telah mengadakan sidang media sempena majlis tersebut di tempat yang sama. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Ogos 2013 Aktiviti 7

  • Majlis Sambutan Hari Raya JPM

    PUTRAJAYA, 23 Ogos  ------  Ketua Setiausaha Negara YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa telah bersama warga Kompleks C, Putrajaya hari ini di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 . Majlis yang diadakan di dataran Kompleks C pagi ini turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Hadir sama, Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta ketua-ketua Jabatan. Majlis dimulakan dengan acara memotong kek dan seterusnya Ketua Setiausaha Negara menyampaikan duit raya kepada anak-anak tadika. Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan artis-artis dari S.P.A dan J.P.A.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2014 Aktiviti 14

  • Lawatan Dari SPA Negara Namibia

    PUTRAJAYA, 16 Okt ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini menerima kunjungan dari SPA Negara Namibia. Delegasi dari Negara itu diketuai oleh Pengerusinya Mr. Eddie Shimwetheleni Amkongo bersama Setiausaha dan Ahli-Ahli Suruhanjaya. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengerusi Tan Sri Mahmood Adam dan sesi taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh beliau. Rombongan turut dibawa melawat ke dewan temu duga.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 4

  • Lawatan Dari Kementerian Perkhidmatan Awam Arab Saudi

SPA 8 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menerima pelawat dari Kementerian Perkhidmatan Awam, Arab Saudi semalam. Delegasi yang di ketuai oleh Dr. Mansour bin Abdul Aziz Al-Ma’shooq, telah disambut oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Taklimat ringkas mengenai SPA telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Zainal Abidin Ahmad bertempat di bilik Mesyuarat Setiausaha. Delegasi kemudian dibawa melawat ke Dewan Temu Duga Aras 6. ------ MediaSPA

Continue reading

Ogos 2013 Aktiviti 8

  • S.P.A Akan Turun Beri Penjelasan Kepada Pegawai Baru ---- Tan Sri Mahmood Adam

    PORT DICKSON, 23 Ogos  ------  Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) akan memberi penjelasan kepada pegawai-pegawai baru yang dilantik oleh S.P.A terutama mengenai peranan, tugas dan fungsi S.P.A. "S.P.A akan turun padang untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai baru dalam kursus induksi, menjelaskan kepada tuan-tuan dan puan-puan bagaimana dipilih dalam sesuatu jawatan dan menjelaskan bidang kuasa S.P.A" beliau berkata demikian ketika hadir ke Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) Port Dickson, Negeri Sembilan sempena Kursus Induksi Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27 semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Imigresen, Puan Aloyah Mamat. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga mengumumkan ini adalah merupakan Transformasi SPA yang ke-56 dengan turun memberi penjelasan kepada pegawai-pegawai baru yang dilantik oleh S.P.A. Beliau juga mencadangkan agar peserta-peserta ini dapat disahkan perkhidmatan dalam tempoh (6) enam bulan. Pada masa sekarang pengesahan jawatan untuk penjawat awam adalah dari 1 hingga 3 tahun mengikut syarat-syarat yang ditentukan, termasuklah lulus dalam peperiksaan.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Mei 2017 Aktiviti 9

  • BERITA RINGKAS 25 Mei ----- Lawatan Kerja Ahli-Ahli Suruhanjaya Ke Penjara Penor, Kuantan Pahang

KUANTAN, 24 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara Penor, Kuantan Pahang, semalam. Delegasi SPA telah diketuai oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Komisioner Penjara, Arifin Mohd Noor. Selesai sesi taklimat, YBhg. Tan Sri Arpah dan Ahli-Ahli Suruhanjaya dibawa melawat ke Bengkel Tenun Penjara Penor. Terdahulu YBhg. Sri Arpah telah mempengerusikan mesyuarat mingguan Suruhanjaya yang turut dihadiri oleh Setiausaha SPA YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan SPA. MediaSPA

 
 

Continue reading

Your message here