Accessibility Tools

Skip to main content

Ogos 2013 Aktiviti 14

  • Majlis Perutusan Khas Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan

    S.P.A, 30 Ogos ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Majlis Perutusan Khas Sempena Bulan Kemerdekaan 2013. Majlis yang diadakan di Dewan Temu Duga Aras 6, S.P.A, Putrajaya telah dihadiri oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir , Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan warga S.P.A. Majlis dimulakan dengan lagu-lagu patriotik oleh kumpulan Koir S.P.A dan deklamasi sajak kemerdekaan yang disampaikan oleh Puan Maznida Mahadi. Dalam perutusan khas yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk sama-sama memastikan kemerdekaan ini akan berkekalan bagi tanda kedaulatan dan ia merupakan perkara yang amat penting bagi sesebuah Negara. Beliau juga berkata, S.P.A telah menjangkau 56 tahun penubuhannya dan dalam usia 56 tahun ini, S.P.A sewajarnya terus relevan dalam arus semasa. Majlis diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera.  ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Mac 2015 Aktiviti 24

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 11 BAGI TAHUN 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 11/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 208 orang dan seramai 1,027 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Mei 2017

Continue reading

Ogos 2013

Continue reading

Oktober 2014 Aktiviti 22

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 37 BAGI TAHUN 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 37/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 336 orang dan seramai 1,191 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 24 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib dan lima (5) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Januari 2014 Aktiviti 6

  • Tan Sri Mahmood Adam Melancarkan iM4U Rakan Muda SPA

    PUTRAJAYA, 4 Januari ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah melancarkan IM4U Rakan Muda S.P.A. IM4U Rakan Muda S.P.A ini adalah ilham daripada beliau yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara S.P.A dengan anak-anak muda supaya golongan ini tidak menganggap S.P.A hanyalah untuk orang-orang tertentu sahaja. Katanya lagi, mereka yang berumur 40 tahun ke bawah bolehlah mendaftar secara online di Portal S.P.A. Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Seminar S.P.A Outreach “Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam” bertempat di Dewan Temu duga, Putrajaya hari ini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Seminar SPA Outreach ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu atau Ahad di seluruh Negara sepanjang tahun 2014 ini dan mereka yang berminat boleh melayari Portal S.P.A di www.spa.gov.my. Terdahulu dari itu, Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan taklimat mengenai tips dan panduan memasuki perkhidmatan awam. Beliau juga turut menyampaikan sijil kepada para peserta. ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 14

  • Tan Sri Mahmood Adam - Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

SPA, 31 Mei ----- YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berkuat kuasa hari ini. Perlantikan beliau sebagai Pengerusi SPA setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengangkat sumpah pada pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, YA Dato’ Bentara Luar Dato’ Haji Hashim Bin Dato’ Haji Yusof bertempat di Istana Kehakiman, Putrajaya. Mengiringi YBhg. Tan Sri Pengerusi, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) dan Encik Shafarin Nasuredin, Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam merupakan Pengerusi SPA ke–11, menggantikan YBhg. Tan Sri Jamaluddin Haji Ahmad Damanhuri yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi pada November lepas. MediaSPA

 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Dan Lawatan Di Jabatan Imigresen Johor Bahru

    JOHOR BAHRU, 1 Julai ------- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan mesyuarat di Jabatan Imigresen Johor Bahru, Johor. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut dihadiri Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Satu sesi taklimat dari Jabatan Imigresen turut disampaikan dan dihadiri oleh Pengarah Imigresen Negeri Johor, Encik Mohd Nasri Ishak. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan ahli mesyuarat turut dibawa melawat ke sekitar kompleks Custom & Immigration Quarantine Complex (CIQ), Johor Bahru.  -------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2014 Aktiviti 7

  • Seminar SPA Outreach: "Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam" di Kota Kinabalu

    KOTA KINABALU, 4 Januari ------ Seminar S.P.A Outreach anjuran Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (ASPA) mengenai “Tips dan Panduan Memasuki Pekhidmatan Awam Malaysia” telah diadakan di Bilik Seminar Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Seminar ini dihadiri seramai 65 peserta telah dirasmikan oleh Ybhg Datuk Ramli bin Juhari, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Turut hadir, Tuan Hj Musa bin Sulaiman dan pegawai-pegawai kanan Urusetia Sabah. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk membantu calon-calon yang memohon pekerjaan dengan SPA supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu serta mengetahui teknik-teknik menghadiri temu duga.

  • Pada hari berikutnya, seramai 28 orang hadir menerima surat tawaran pelantikan bagi jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27, Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 serta surat pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen kepada kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di bawah lantikan SPA. Penyerahan ini telah disampaikan oleh Ybhg. Datuk Ramli bin Juhari di bilik Ruang Menunggu Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Urusetia Sabah ----- MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Mac 2015 Aktiviti 26

  • PERISTIWA BERGAMBAR 25 Mac : Mesyuarat Pengerusi S.P.A Bersama Pegawai Bahagian Pengurusan

    PUTRAJAYA, 26 Mac ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 malam tadi. Seramai 2,656 calon hadir dan menduduki peperiksaan, ini termasuk calon-calon yang berada di lima (5) buah Negara iaitu Singapura, Brunei, Australia, New Zealand, dan Amerika Syarikat. Menurut Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam, perjalanan peperiksaan berjalan dengan lancar dan keputusan peperiksaan akan diumumkan pada 30 Mac 2015 (Isnin) jam 12.00 tengah hari. Calon-calon boleh melihat keputusan di portal rasmi S.P.A www.spa.gov.my. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 13

  • Ahli Suruhanjaya SPA Baharu

SPA, 29 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hari ini telah menerima tiga (3) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu YBhg. Datuk Zainol Othman, Encik Boon Jon Lin dan Encik Isaka anak Kana. Majlis angkat sumpah pelantikan telah disempurnakan dihadapan Hakim Besar Malaya, YAA Tan Sri Dato' Zulkefli Ahmad Makinudin di Istana Kehakiman pagi ini. Turut mengiringi ke majlis tersebut Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin. MediaSPA

 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha S.P.A Negeri

    JOHOR BAHRU, 1 Julai ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam petang ini telah mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha S.P.A Negeri. Mesyuarat yang diadakan di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru turut dihadiri Setiausaha S.P.A,YBhg. Datuk Ramli Juhari. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut memberi penerangan kepada ahli-ahli mesyuarat mengenai “Produk 1 Malaysia Trasformasi S.P.A” yang telah dilancarkan baru-baru ini. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah hadir dan merasmikan Program Retreat Suruhanjaya Bil 2/2013 di hotel yang sama. Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Pegawai Tugas-tugas Khas serta pegawai-pegawai kanan S.P.A.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2014 Aktiviti 8

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 1 bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 42/2013 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 409 orang dan seramai 1,119 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 28 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu suruhanjaya jugatelah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib dan 14 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib

 
 

Continue reading

Your message here