Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 2/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,921 orang dan seramai 721 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 23 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas tindakan tatatertib dan 11 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
MELAKA, 21 Mei-----SPA FC terus mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Liga FAM 2012, apabila berjaya menewaskan Negeri Melaka 2 - 0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka petang semalam. Jaringan SPA FC diperolehi melalui tendangan silang oleh Mohd Azrul Nazwan Ibrahim pada minit ke-9. Jaringan kedua SPA pula diperolehi melalui tandukan Mohd Shafiq Mohd Zahari pada minit ke-45. Pasukan tuan rumah berusaha mengandakan serangan pada separuh masa kedua, namun gagal untuk memperolehi sebarang gol sehingga 90 minit perlawanan tamat. Turut hadir menyaksikan perlawanan Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari. -----MediaSPA
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Melayu Ke Dalam Perkhidmatan Awam
KUCHING, 4 Julai------ Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak hari ini telah mengadakan Mesyuarat jawatankuasa khas bagi mengkaji penyertaan kaum Melayu ke dalam Perkhidmatan Awam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak, Abdul halim Abang Nail. Mesyuarat yang berakhir sebentar tadi diadakan dibilik mesyaurat SPA Cawangan Sarawak. ------ MediaSPA
KLANG 17 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Pameran Kerjaya yang diadakan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kwang Hwa, Klang Selangor. Pameran Kerjaya ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut mengenai peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam, elaun dan faedah yang ditawarkan serta panduan untuk memohon jawatan setelah tamat belajar. Turut hadir melawat pameran tersebut adalah Pengetua SMJK Kwang Hwa, Dr.Chin Kok Goon serta guru-guru sekolah tersebut. ------ MediaSPA
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Melayu Ke Dalam Perkhidmatan Awam
PUTRAJAYA, 4 Julai------ Warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.PA) serta orang ramai diingatkan agar berhati-hati kerana terdapat satu lagi PENIPUAN oleh individu dikenalpasti menggunakan nama Datin Maimunah yang menawarkan pekerjaan untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Individu terbabit menggunakan media sosial Facebook dan mengaku berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai taktik “menawarkan” jawatan dalam perkhidmatan awam serta meminta bayaran sebanyak RM750.00 seorang. Oleh yang demikian satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri mengenai sindiket penipuan tersebut. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-43 telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) Kertas Tindakan Tatatertib, sebelas (11) Kertas Rayuan Tatatertib dan dua (2) Kertas Rayuan Naik Pangkat.
Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,330 orang dan seramai 1,552 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.
Manakala, 30 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
PUTRAJAYA, 2 April-----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menjadi Johan Pertandingan Bowling PUSPANITA JPM 2012, yang berlangsung di ARL Power Bowl Alamanda Jumaat lepas. Dengan jatuhan pin sebanyak 1,745, pasukan SPA yang terdiri daripada gandingan Aisyah Husin, Nor Haslin Yusop, Saliza Mohamad Nafiah dan Nooremalia Mohamad telah menewaskan pasukan dari SPRM yang mendapat Naib Johan. Sebanyak 22 pasukan telah menyertai pertandingan pada tahun ini. Sementara itu, Nor Haslin Yusof dari SPA telah mendapat tempat ke dua dalam kategori High Score dengan 477 jatuhan pin. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Datin Noor Zaidah Umar, Timbalan Pengerusi PUSPANITA JPM. -----MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 27/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan lapan (8) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,403 orang dan seramai 975 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 37 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
KUCHING, 4 Julai------ Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak petang ini telah mengadakan Mesyuarat jawatankuasa khas bagi mengkaji penyertaan kaum dayak ke dalam Perkhidmatan Awam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sarawak, Abdul Halim Abang Naili. Mesyuarat telah diadakan Urus Setia SPA Cawangan Sarawak. ------ MediaSPA
PUTRAJAYA, 2 April----- Aishah Husin dari Bahagian Pengurusan Maklumat menjadi Johan kategori Wanita bagi Pertandingan Bowling Terbuka PASPA 2012 yang berlangsung di ARL Power Bowl Alamanda Sabtu lepas. Beliau yang menjadi johan tiga tahun berturut-turut mulai tahun 2010, 2011 dan 2012 telah memperolehi 533 jatuhan pin. Dalam kategori lelaki pula, Muhammad Athaa’illah Bahari dari Bahagian Pengurusan menjadi Johan dengan mendapat 570 jatuhan pin. Dalam kategori VIP, YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin telah mendapat tempat pertama dengan 388 jatuhan pin. Seramai 58 peserta terdiri daripada warga SPA hadir menyertai pertandingan pada kali ini. YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin telah menyampaikan hadiah kepada pemenang. -----MediaSPA
Lawatan Kerja YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun ke Kota Kinabalu
Kota Kinabalu, 23 Julai ----- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu Anak Belaun telah mengadakan lawatan kerja ke Kota Kinabalu iaitu dengan mengadakan kunjungan di tiga (3) buah agensi kerajaan di bawah portfolio beliau iaitu MAMPU Cawangan Sabah, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Cawangan Sabah serta Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Cawangan Sabah.
Ketibaan beliau telah disambut oleh ketua jabatan dan pegawai kanan agensi berkenaan.
Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu telah menyampaikan amanat kepada semua kakitangan yang hadir. Dalam ucapan beliau, Yang Berhormat Datuk menyeru agar setiap penjawat awam sentiasa berfikiran terbuka dan kreatif dalam memberikan idea-idea bernas bagi mencapai wawasan 2020 iaitu maju dari semua aspek.
Taklimat kepada beliau mengenai peranan dan fungsi SPA khususnya SPA Cawangan Sabah, telah disampaikan oleh Tn Hj Musa Sulaiman.Sejurus selepas itu, beliau telah dibawa melawat pejabat ketiga-tiga agensi berkenaan.
Seminar Tip Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Beri Manfaat - Datuk Ramli Juhari
PUTRAJAYA, 6 Julai------ Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari berkata, maklumat yang diberi oleh pegawai-pegawai S.P.A pada seminar outreach amat penting dan memberi manfaat kepada peserta untuk menghadapi temu duga yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Beliau berkata demikian kepada peserta outreach di majlis perasmian Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam di Putrajaya semalam. Menurutnya lagi, selain itu peserta juga diberi maklumat mengenai teknik bagaimana untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan yang dianjurkan oleh S.P.A. Turut hadir Pengarah ASPA, Mohamad Nazmi Ismail. Terdahulu dari itu Datuk Ramli Juhari turut bertanya khabar kepada calon-calon yang hadir untuk sesi temu duga. Seramai 32 orang calon memilih untuk menjalani sesi itumu duga jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) pada hari Sabtu. ------ MediaSPA