Accessibility Tools

Skip to main content

April 2012 Aktiviti 6

  • SPA FC Leburkan Rekod Tanpa Kalah Pulau Pinang

BANGI, 8 April -----  SSPA FC telah berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pasukan Pulau Pinang PBAPP dengan jaringan 2-1 dalam saingan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Petronas, Bangi petang tadi. Jaringan SPA FC pada minit ke-54 oleh Mohd Zulkifli Affendi Mohd Zakri telah membakar semangat pemain-pemain yang diterajui oleh jurulatih, Nidzam Jamil. Jaringan kedua diperoleh melalui Khairol Azri Abdul Rahman pada minit ke-92. Pasukan pelawat sentiasa mengasak ke kubu SPA FC namun benteng pasukan tuan rumah dapat mengekang usaha pasukan pihak lawan. Presiden SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden, YBhg. Datuk Ramli Juhari turut hadir menyaksikan perlawanan. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Jun 2017 Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 21 Jun ----- Program Infaq Ramadan SPAVOL 2017 Di Kuala Selangor

KUALA SELANGOR, 20 Jun ----- Pengerusi SPA merangkap Penaung SPAVOL, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan Program Infaq Ramadan SPAVOL 2017 yang diadakan di Kampung Assam Jawa, Bukit Rotan, Kuala Selangor, semalam. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kesukararelawan dalam membantu masyarakat yang memerlukan terutama menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi. Urus setia SPAVOL telah mengumpul sumbangan daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan korporat berupa barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan lain-lain lagi untuk diberikan kepada golongan asnaf. Seramai 200 orang terdiri daripada ibu-ibu tunggal sekitar Kuala Selangor telah menerima barangan keperluan tersebut yang telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Setiausaha SPA merangkap Penasihat SPAVOL, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ketua Pengarah Biro Tatanegara, YBhg. Datuk Haji Ibrahim Saad, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor dan Pengerusi PUSPANITA Kuala Selangor Rafidah Jaafar. Maklumat lanjut berkaitan SPAVOL boleh dilayari melalui www.facebook.com/spavol. MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 8

  • Peperiksaan Online Bagi jawatan Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) Gred N17

    Kuala Lumpur, 4 April ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menjalankan peperiksaan online bagi Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 pada malam semalam. Peperiksaan yang bermula tepat 8.00 malam itu telah dihadiri seramai 26,192 calon dari seluruh Malaysia termasuk sembilan (9) buah Negra iaitu Mesir, Australia, Singapura, Jepun Emiriah Arab Bersatu, Thailand, Viatnam, India dan Indonesia. Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang bertugas iaitu daripada kakitangan S.P.A, JARING dan Novatis kerana perjalanan peperiksaan online ini berjalan dengan lancar. Keputusan peperiksaan akan dapat diketahui pada Isnin 6 April 2015 jam 12 tengah hari melalui portal www.spa.gov.my  ------ MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Disember 2012 Aktiviti 07

  • SPA Terima Piala Dan Sijil Penarafan Portal 5 Bintang 2012

PUTRAJAYA 12 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah menerima Piala dan Sijil Penarafan Portal 5 Bintang. SPA yang menerima penarafan dan penilaian Portal “Top 3” adalah anjuran Multimedia Development Corporation (MDEC) dengan kerjasama MAMPU yang diadakan di Putrajaya Marriot Hotel petang ini. Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari telah menerima Piala yang disampaikan oleh oleh Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Dato’ Mohamad Zabidi Zainal. Hadir sama Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat, Encik Kamarudzzaman Bin Hassan. Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh MDEC, Portal SPA Malaysia telah menduduki tempat ke-3 daripada 554 Agensi seluruh Malaysia yang di nilai pada tahun 2012. ----- MediaSPA  

 

 
 
 
 

Continue reading

April 2012 Aktiviti 7

  • Kursus Pengurusan Fail Dan Rekod

SPA, 10 April -----  Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail Dan Rekod. Kursus dua hari yang bermula Isnin dan berakhir hari ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan dan Anjung Ilham. Antara sesi kursus yang diadakan termasuklah mengenai kepentingan dan keperluan pengurusan rekod awam secara efisyen. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Abu Bakar Zakaria dan Puan Norazilah Daud dari Arkib Negara. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Jun 2017 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 22 Jun ----- Kumpulan Pelaksana Gred 11 Terima Sumbangan

PUTRAJAYA, 21 Jun ----- Setiausaha SPA merangkap Penasihat SPAVOL, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad telah menyampaikan sumbangan daripada SPAVOL sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada warga SPA iaitu kumpulan pelaksana Gred 11 dan ke bawah. Sumbangan adalah berupa barangan keperluan asas seperti beras, garam, gula, minyak masak, sos cili dan sebagainya bertujuan membantu meringankan beban mereka membuat persiapan menyambut hari raya. Seramai 36 orang warga SPA terdiri daripada jawatan Pembantu Operasi, Pemandu Kenderaan dan Pegawai Keselamatan SPA telah menerima barangan keperluan tersebut yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Maklumat lanjut berkaitan SPAVOL boleh dilayari melalui www.facebook.com/spavol. MediaSPA

 
 

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 13

  • Tan Sri Mahmood Adam Pengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    PUTRAJAYA 10 Julai ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi ini mempengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya. Turut hadir Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan. Mesyuarat yang bermula sebentar tadi diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 9

  • Seminar Outreach Pengenalan S.P.A Kepada Anggota RELA Wilayah Selatan

    MELAKA, 4 April ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam telah merasmikan seminar outreach pengenalan S.P.A dan perkhidmatan awam bersama anggota-anggota RELA di Sungai Udang, Melaka semalam. Seminar yang dihadiri lebih 200 anggota itu turut dihadiri Ketua Pengarah RELA Tuan Haji Lukeman Saaid. Dalam ucapan perasmian Tan Sri Mahmood Adam berkata tidak menjadi kesalahan sekiranya anggota RELA yang hadir ke sesi temu duga oleh S.P.A memakai pakaian lengkap RELA dan ini menunjukkan kesetiaan dan disiplin anggota tersebut. Cadangan itu turut mendapat sokongan daripada anggota yang hadir. Tan Sri Mahmood seterusnya menjalani latihan menembak di lapang lasar pusat latihan RELA.  ------ MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Disember 2019 Aktiviti 3

  • SPA Juara Perlawanan Bola Jaring Kejohanan Integrasi MAKSWIP 2019

KANGAR, PERLIS ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) berjaya mempertahankan kejuaraandalam Pertandingan Bola Jaring sempena Kejohanan Sukan Integrasi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) 2019 yang telah diadakan di SMK Syed Hassan Perlis pada 1 Disember 2019. Pasukan SPA menewaskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)di peringkat akhir dengan jaringan 13-9. Berikut adalah keputusan rasmi sepanjang perlawanan dijalankan. Tahniah diucapkan!

Peringkat Kumpulan :
1. SPA vs KESWIP | 14-1
2. SPA vs PPJ | 13-5

Peringkat Suku Akhir Pertama :
1. SPA vs Dewan Bahasa Pustaka | 14-2

Peringkat Suku Akhir Kedua :
1. SPA vs JPA | 11-9

Peringkat Separuh Akhir :
1. SPA vs Felda | 11-5

Peringkat Akhir :
1. SPA vs DBKL | 13-9

 
 
 

Continue reading

April 2012 Aktiviti 8

  • KL SPA FC Hanya Mengutip 1 Mata Bertemu Tentera Darat

KUALA LUMPUR, 16 April -----  SPA FC hanya mengutip 1 mata dalam perlawanan menentang pasukan Tentera Darat setelah mendapat keputusan seri 0 – 0 dalam perlawanan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Padang Bola Sepak Kem Batu Kentomen, Jalan Ipoh Kuala Lumpur petang semalam. Kedua-dua pasukan agak sukar untuk menjaringkan gol kerana keadaan padang yang licin serta dipenuhi air setelah hujan dalam waktu permainan. Walaupun membawa pulang 1 mata, namun kedudukan KL SPA FC masih lagi di tempat teratas dalam Liga FAM setelah mengumpul 16 mata dalam 6 perlawanan. ----- MediaSPA

 

Continue reading

Jun 2017

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 14

  • Tan Sri Mahmood Adam Pengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    PUTRAJAYA 10 Julai ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam sebentar tadi mengadakan perjumpaan bersama pegawai-pegawai gred 41 – 48 yang bertugas di S.P.A. Antara lain perbincangan yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya itu adalah berkenaan keberkesanan kursus tips dan panduan memasuki perkhidmatan awam yang sedang dilaksanakan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, statastik permohonan jawatan, NGO, CBI, SITF. Perjumpaan hampir dua (2) jam yang berakhir sebentar tadi dihadiri seramai 39 orang pegawai. ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2014 Aktiviti 31

  • Mesyuarat Suruhanjaya di Pejabat SPRM Pulau Pinang

    PULAU PINANG, 20 Jan ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3/2014 di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi S.P.A. Turut hadir, YBhg. Dato’ R.Segarajah,Timbalan Pengerusi S.P.A, Ahli-Ahli Suruhanjaya, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha S.P.A, Pegawai Tugas-tugas Khas dan pegawai kanan S.P.A. Sejurus selesai Mesyuarat Suruhanjaya, satu sesi taklimat mengenai SPRM telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Samarajoo Manikam, Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 10

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 13 BAGI TAHUN 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 613 orang dan seramai 594 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga (3) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan enam (6) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Disember 2012 Aktiviti 06

  • Majlis Sambutan Hari Inovasi SPA 2012

SPA 11 Dis ----- Kumpulan MERPATI 3.0 dari Bahagian Perkhidmatan muncul juara dalam Pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovasi Dan Kreatif (KIK) 2012 yang diumumkan hari ini sempena Majlis Hari Inovasi SPA 2012. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan PIXE11 dari Bahagian Pengurusan Maklumat dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan CITRA dari Bahagian Peperiksaan. Majlis Sambutan Hari Inovasi yang bertemakan "Inovasi Dan Kreativiti Teras Transformasi" telah diadakan di Dewan Temu Duga SPA Aras 6 dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Turut menerima hadiah kemenangan yang disampaikan oleh Pengerusi SPA ialah Pertandingan Minda Challenge 2012, Pertandingan Menulis Cerpen dan Pertandingan Kuiz Jejak Kenegaraan. Anugerah Pejabat Terbaik tahun 2012 dimenangi oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, tempat kedua Bahagian Pengurusan dan tempat ketiga Urus Setia SPA Cawangan Sarawak. Terdahulu dari itu Caramah Khas Hari Inovasi telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam.-----MediaSPA

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

April 2012 Aktiviti 9

  • Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Juruaudit Gred W41

PUTRAJAYA, 17 April -----  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan peperiksaan memasuki Perkhidmatan Juruaudit Gred W41. Seramai 7,682 calon layak menduduki peperiksaan yang diadakan di seluruh Malaysia pada Sabtu lepas. Peperiksaan untuk memasuki Perkhidmatan Juruaudit Gred W41 ini adalah yang pertama kali diadakan oleh SPA dan keputusan dijangka akan diketahui pada 20 Mei 2012. Calon-calon yang lulus peperiksaan akan menduduki Assesment Centre terlebih dahulu sebelum dipanggil temu duga. ----- MediaSPA

Continue reading

Julai 2017 Aktiviti 1

  • Majlis Sambutan Aidilfitri SPA tahun 2017

PUTRAJAYA, 17 Julai ----- SMajlis Sambutan Aidilfitri SPA tahun 2017 telah diadakan bertempat di Dewan Temu Duga SPA, Aras 6. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Ahmad, Setiausaha SPA, Ahli-ahli Suruhanjaya, pegawai kanan SPA dan warga SPA. Warga SPA telah disajikan dengan pelbagai juadah raya seperti lemang, rendang, ketupat, soto, sate dan kuih-muih. Selain itu, majlis juga dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu Hari Raya daripada warga SPA diiringi oleh kumpulan Buskers SPA.

 
 
 

Continue reading

Your message here