Accessibility Tools

Skip to main content

Disember 2012 Aktiviti 02

  • Sesi Interaksi Dan Karnival Kerjaya Di Pekan Pahang    

PEKAN 5 Disember -----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Bagi Negeri Pahang. Sesi Interaksi yang diadakan di Majlis Daerah Pekan, Pahang ini dihadiri oleh Timbalan Pengerusi YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Pegawai-pegawai kanan SPA. Satu sidang media juga turut diadakan sejurus selepas majlis Interaksi. SPA juga telah mengadakan Karnival Kerjaya yang turut disertai oleh 12 Kementerian dan Jabatan di tempat yang sama.----- MediaSPA

 

 
 
 
 

Continue reading

April 2012 Aktiviti 13

  • SPA FC Bangkit Menewaskan Pulau Pinang

BANGI, 30 April ------  Pasukan SPA FC bangkit dengan menewaskan pasukan Pulau Pinang FC 1-0 dalam saingan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Petronas, Bangi petang semalam. Jaringan SPA diperoleh melalui Muhammad Rery Martinez Mohd Ali pada minit ke 54. Pemain-pemain Pulau Pinang yang diketuai oleh bekas pemain kebangsaan, Hasmawi Hassan sentiasa mengasak ke kubu SPA FC namun gagal menembusi benteng untuk mencipta jaringan. Jurulatih SPA FC, Mohd Nidzam Jamil nyata gembira dengan permainan yang merupakan perlawanan terakhir dalam pusingan pertama LIga FAM 2012 dengan mendapat 19 mata. Pada pusingan kedua yang akan bermula minggu hadapan SPA FC akan bertemu pasukan ini sekali lagi di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2017 Aktiviti 5

  • Majlis Amanat Pengerusi SPA Bersama Peserta Kursus Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) - Kadet PTD Tahun 2017

PUTRAJAYA, 28 Julai ----- YBhg. Tan Sri Arpah binti Abdul Razak, Pengerusi SPA telah menghadiri Majlis Amanat Pengerusi SPA bersama peserta Kursus Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) atau Kadet PTD Tahun 2017 bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Mohd Gazali bin Abas, Pengarah INTAN, YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Timbalan Pengarah Kanan INTAN, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Tahir, Timbalan Setiausaha Pengambilan SPA dan Puan Haslina binti Ahmad, Setiausaha Bahagian Pengambilan SPA. Jumlah peserta Kursus Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) 2017 pada kali ini adalah seramai 391 orang dan peserta akan mengikuti kursus bermula pada 23 Julai 2017 sehingga 23 Mei 2018.

 
 
 

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 19

  • Tan Sri Mahmood Adam Mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pentadbir Pusat Temu Duga S.P.A

    PUTRAJAYA, 14 Julai ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam petang ini mempengerusikan mesyuarat bersama pentadbir-pentadbir pusat temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi Dato’ R.Segarajah. Seramai 23 orang pentadbir pusat temu duga hadir. Antara perkara yang dibincangkan adalah menganai urusan Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai yang hadir menjalankan sesi temu duga di pusat-pusat temu duga S.P.A. di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.  ------ MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2014 Aktiviti 36

  • Seminar SPA Outreach di Auditorium Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah

    Kota Kinabalu, 18 Januari ------ Seminar SPA Outreach di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kota Kinabalu Sabah.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 14

  • "Banyak perkara dapat diselesaikan dengan cara perbincangan" Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA, 8 April ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan melantik ke jawatan tetap pegawai-pegawai yang bertaraf kontrak. Ini termasuklah pegawai kontrak di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jabatan Perpaduan. “Dengan beberapa kaedah penyelesaian dan siri perjumpaan yang melibatkan S.P.A, JPA dan Kementerian Kewangan, perkara ini dapat diselesaikan dan sebahagian pegawai-pegawai kontrak dapat dilantik ke jawatan tetap”. Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata demikian semasa perjumpaan dengan pegawai-pegawai KEMAS di Putrajaya petang semalam. Hadir sama Ketua Pengarah KEMAS, Dato’ Hassan Mohd Amin. Menurut Tan Sri Mahmood lagi siri perbincangan dan perjumpaan yang bermula sejak Julai 2012, akan diteruskan dan beliau yakin masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Disember 2012 Aktiviti 01

  • Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-40 bagi Tahun 2012    

Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-40 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) Kertas Tindakan Tatatertib, 13 Kertas Rayuan Tatatertib dan lima (5) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 163 orang dan seramai 913 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 41 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.

 

 
 
 

Continue reading

April 2012

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 20

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 25 Bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 25/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 821 orang dan seramai 897 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima (5) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Disember 2019 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 9 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) ke - 143

PUTRAJAYA 6 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-143 di Putrajaya pada Jumaat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YA Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, Datuk Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, tatatertib dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2012 Aktiviti 1

  • SPA FC Tewaskan PULAU PINANG SDM

PULAU PINANG, 4 Mac -----  Pasukan Bola Sepak SPA FC telah berjaya menewaskan pasukan Pulau Pinang SDM 1 – 0 dalam perlawanan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Negeri Batu kawan, Pulau Pinang petang semalam (Ahad). Jaringan SPA FC di peroleh pada minit ke-23 oleh Mohd Shafiq Mohd Zahari. Pasukan SPA FC yang menewaskan MBJB dalam perlawanan Piala FA, minggu lepas akan bertemu dengan pasukan dari Kemboja (Preach Khan Reach FC) pada Sabtu ini jam 8.45 malam di Stadium Bola Sepak Bukit Jalil, Kuala Lumpur. ----- MediaSPA

Continue reading

Ogos 2017 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21 Tahun 2017

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 563 orang dan seramai 419 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 18 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 12 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 21

  • Majlis Berbuka Puasa S.P.A

    PUTRAJAYA, 15 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) mengadakan majlis berbuka puasa yang diadakan di dewan temu duga S.P.A Putrajaya petang semalam. Majlis anjuran PASPA dan PUSPANITA itu turut dihadiri Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam bersama isteri Puan Sri Nabihah Haji Hassan. Hadir Sama Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Pegawai tugas-tugas khas, Setiausaha Datuk Ramli Juhari warga S.P.A dan keluarga. Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdullah Tahir. Tan Sri Mahmood Adam juga menyampaikan duit raya kepada anak-anak warga S.P.A yang hadir. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Disember 2019 Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 11 Dis ----- Program Ria Cuti Sekolah Anak-Anak Warga SPA

PUTRAJAYA 10 Dis ----- Perpustakaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil SPA telah menganjurkan Program Galakan Membaca Tahun 2019 dan sempena Kempen Membaca Kebangsaan (2018 -2020) dan Dekad Membaca Kebangsaan (2021-2030). Program yang diadakan di Presint 4, Putrajaya itu dihadiri Setiausaha SPA, Datuk Zohari Said, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Haji Ghazali Hizam. Turut hadir, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA, Datin Umi Kalshom Abdul Ghaffar. Program dimulakan dengan pertandingan mewarna dan membaca buku-buku pilihan. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2012 Aktiviti 2

  • Cipta Sejarah, SPA FC bertemu Kelantan dalam Piala FA 2012

BUKIT JALIL, 10 Mac -----  Pasukan Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA FC), melakar sejarah apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir dalam perlawanan Piala FA 2012. Dalam perlawanan malam tadi di aksi pusingan kedua, SPA FC menewaskan pasukan dari Kamboja, Preah Khan Reach FC 1– 0, di Stadium Nasional Bukit Jalil. Jaringan diperoleh pada minit ke-54 oleh Mohd Zulkifli Affendi. Mengulas kemenangan, Presiden Pasukan SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo berkata, "Ini satu rekod baru bagi sebuah kelab dari Liga FAM untuk berada di tempat 8 pasukan terbaik di negara kita”. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pemain, pengurus, ketua pasukan, jurulatih yang bertungkus lumus untuk merangka strategi dalam perlawanan ini. Sementara itu, dalam perlawanan menentang Kelantan pada 24 Mac ini, jurulatih pasukan, Nidzam Jamil berkata "Kelantan adalah pasukan yang besar dan beliau tidak mahu pemain bermain dalam keadaan tertekan ”. Pengurus pasukan SPA FC, Aidid Molana pula berkata, pemain amatur (SPA FC) juga tiada halangan untuk memenangi permainan di peringkat yang lebih tinggi dan menewaskan pasukan yang lebih baik. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here