Accessibility Tools

Skip to main content

Julai 2014 Aktiviti 29

  • Pengerusi S.P.A Tinjau Dewan Temu duga S.P.A

    PUTRAJAYA, 22 Julai ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam sebentar tadi telah membuat tinjauan ke dewan temu duga S.P.A Putrajaya bagi melihat calon-calon yang akan menjalani sesi temu temu duga. Sesi temu duga yang dijalankan pada harii ini ialah Pegawai Perubatan Gred UD41 seramai 65 calon, Pegawai Pemulihan Perubatan (Anggota) Gred U41 dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Oktober 2012 Aktiviti 8

  • Mesyuarat Suruhanjaya, Majlis Interaksi, Perasmian Pusat Temu Duga, Karnival Kerjaya di Kuching Sarawak

KUCHING 31 Oktober ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Kuching, Sarawak. Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan SPA. Terdahulu sebelum itu, pada Hari Isnin lepas, Pengerusi SPA telah mengadakan mesyuarat Suruhanjaya kali ke-35 dan merasmikan kursus "Transformasi Dasar Baru SPA" anjuran ASPA. Beliau juga mengadakan Majlis Interaksi bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Badan-Badan bukan Kerajaan diikuti dengan lawatan ke tapak pameran Karnival Kerjaya SPA di Kompleks Belia dan Sukan Kuching serta perjumpaan dengan Urus setia SPA Cawangan Sarawak semalam. Pada pagi ini juga selepas merasmikan Pusat Temu Duga SPA Kuching, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengadakan perjumpaan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2012 Aktiviti 10

  • Sidang Media Memperkenalkan SPA FC

PUTRAJAYA, 21 Mac ------  Setiausaha SPA merangkap Presiden SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah mengadakan Sidang Media untuk memperkenalkan pasukan SPA FC sempena perlawanan suku akhir di antara SPA FC dan Kelantan sabtu ini. Turut hadir Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha SPA FC, Aidid Molana dan Jurulatih SPA FC, Nidzam Jamil. "SPA FC sebuah pasukan bola sepak dari jabatan kerajaan, yang disertai oleh warga SPA, tiada pemain import atau profesional’’. Pasukan SPA FC telah layak menyertai Piala FA pada tahun 2011 dan pada tahun ini, SPA FC telah layak hingga ke peringkat suku akhir. ‘’Ini adalah satu rekod, iaitu pasukan pertama dari Liga FAM yang akan bertanding ke peringkat suku akhir’’ katanya." Beliau juga berkata, dari segi prestasi dalam tahun ini, SPA FC telah memenangi kesemua perlawanan dalam Liga FAM. Dengan kemenangan tersebut, SPA FC kini menjadi pendahulu dalam Liga FAM. SPA FC juga telah memenangi dua perlawanan dalam piala FA iaitu menentang MBJB dari liga Perdana dan pasukan Preah Khan Reach dari Kemboja. Dengan kemenangan itu diharapkan dapat memberi semangat dan motivasi yang tinggi kepada pemain-pemain untuk mencapai kejayaan yang seterusnya. Beliau juga mengharapkan pemain-pemain dapat mempamerkan perlawanan bersungguh-sungguh ketika bertemu dengan Kelantan pada Sabtu ini dalam saingan suku akhir Piala FA 2012. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

September 2017 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 27 Tahun 2017

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 27/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,276 orang dan seramai 502 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen Manakala, 22 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tujuh (7) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 30

  • "Kita Mesti Bekerja Dalam Satu Pasukan" Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA, 22 Julai ------ Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata, warga S.P.A mestilah manjalankan tugas secara berpasukan dan itulah yang akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi, “kita mesti bekerja sebagai satu keluarga dan itulah yang dituntut oleh Islam”. Beliau berkata demikian pada perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya petang semalam. Menurutnya lagi, kini S.P.A turut dikenali sebagai sebuah organisasi yang juga aktif dalam acara sukan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Antaranya ialah Juara badminton MAKSWIP, 2014 dan juara bola jaring JPM. Beliau juga menyeru agar kakitangan (kumpulan sokongan) turut menyertai aktiviti yang dijalankan oleh S.P.A ini termasuk kursus anjuran ASPA. Tan Sri Mahmood Adam juga turut mencadangkan agar diadakan “hari terbuka” untuk ahli-ahli keluarga kakaitangan S.P.A. Turut hadir dimajlis perhimpunan Setiausaha Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan. Tan Sri Mahmood turut menyampaikan kit kepada pegawai-pegawai baharu yang malapor diri bertugas di S.P.A.  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Oktober 2012 Aktiviti 7

  • Mesyuarat Tahunan SPA Dengan Kementerian, Jabatan, Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang

KOTA BHARU 24 Oktober----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Tahunan dengan Kementerian, Jabatan, Pentadbiran Negeri di Bawah Bidang Kuasa SPA yang diadakan di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan. Mesyuarat selama dua (2) hari yang bermula semalam telah dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. YBhg. Pengerusi SPA juga telah hadir dalam satu sesi temu bual bersama RTM Kelantan. Sementara itu, pada malam tadi Pengerusi SPA telah mengadakan Mesyuarat Bersama Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan Pentadbiran Negeri di Bawah Bidang Kuasa SPA. Pada hari terakhir hari ini pula telah diadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Ahli-Ahli Majlis NGO Kelantan, Badan-Badan Berkanun dan Badan-Badan Bukan Kerajaan bagi Zon Timur. Sejurus selepas berakhirnya program Sesi Interaksi tersebut, Sidang Media telah diadakan di tempat yang sama. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga turut membuat lawatan ke Pusat Temu Duga SPA Kota Bharu, Kelantan. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2012 Aktiviti 11

  • Bahagian Pengurusan Anjurkan Program Riang Ria Cuti Sekolah 2012

SPA, 23 Mac ------  Sempena cuti persekolahan yang lalu, Bahagian Pengurusan telah menganjurkan Program Riang Ria Cuti Sekolah untuk anak-anak Warga SPA. Di antara acara yang disertai oleh anak-anak Warga SPA ini adalah seperti Pertandingan Mewarna, Menyusun Puzzle, Meneka Benda Sama Tak Serupa, Menjawab Soalan Kata Nama Khas/Kata Hubung dan Menjawab Soalan Jawi. Seramai 46 kanak-kanak di antara umur 4 hingga 12 tahun telah menyertai program tersebut yang diadakan di Perpustakaan SPA. YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Setiausaha SPA telah hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Hadir sama Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah. ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

September 2017 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 27 September ----- Lawatan Kerja SPA Ke Pusat Latihan RELA Wilayah Utara

SUNGAI PETANI, KEDAH ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya dan lawatan kerja ke Pusat Latihan RELA Wilayah Utara di Sungai Petani, Kedah semalam. Delegasi SPA diketuai oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Hadir sama Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan SPA. Satu sesi taklimat mengenai aktiviti-aktiviti RELA dan isu-isu berkaitan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah RELA, Tuan Zulkifli Abidin. Delegasi SPA juga turut berpeluang menghadiri sesi latihan menembak di lapang sasar pusat latihan RELA bersama pegawai-pegawai RELA. Terdahulu, YBhg.Tan Sri Arpah mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Suruhanjaya Bil 29/2017 .----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Januari 2014 Aktiviti 48

  • Pemain Badminton S.P.A Terima Insentif

    PUTRAJAYA, 30 Jan ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan insentif berupa cek bernilai RM3,000.00 setiap seorang kepada pemain badminton yang telah berjaya mengharumkan nama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam perlawanan Antarabangsa dan dalam Negara iaitu Sannatasah Saniru yang telah menjadi Naib Johan Perseorangan Wanita Badminton Bahrain International Series 2013 serta Johan Bergu Campuran Bangladesh International Challenge 2013 berpasangan dengan Muhammad Adib Haiqal Nurizwan. Turut menerima insentif Mohd Ariff Abdul Latiff yang menjuarai perlawanan perseorangan lelaki Maybank Kuching International Challenge 2013. Penyampaian hadiah telah dilakukan di majlis perhimpunan bulanan S.P.A anjuran Bahagian Pengurusan bersama ASPA di dewan temu duga Putrajaya. Pengerusi S.P.A juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 26 orang petugas One Stop Centre dan penyampaian sijil kepada 6 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013, peminjam buku terbanyak serta penyampaian kit kepada kakitangan yang baharu bertugas di S.P.A. Di perhimpunan ini juga, artis jemputan khas iaitu pelakon terkenal Aaron Aziz telah menyampaikan ceramah motivasi selama 45 minit tentang kehidupan dan kejayaan beliau. Terdahulu, Aaron Aziz telah membuat kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. ------  MediaSPA

  •  

 
 
 
 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 22

  • Taklimat Khas Mengenai Media Sosial

    PUTRAJAYA, 15 April ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini mendengar taklimat khas bertajuk "Leveraging Media Intelligence In Managing Public Issues and Perception" disampaikan oleh Sanongko Yudho. Taklimat khas yang berlangsung hampir dua (2 jam) dan sesi soal jawab itu adalah berkaitan dengan pandangan dan kesedaran serta persepsi penjawat awam dan bagaimana pasukan Cybertrooper di Jabatan/Kementerian menangani isu daripada menjadi Viral dalam media sosial masa kini. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Oktober 2012 Aktiviti 6

  • Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-34, Tahun 2012

SPA 22 Oktober ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-34 bagi tahun 2012. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPA. Mesyuarat mingguan yang diadakan pada setiap Hari Isnin ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. Mesyuarat pada hari ini telah membincangkan dan mempertimbangkan 27 Kertas Rayuan Tatatertib, satu (1) Kertas Rayuan Naik Pangkat dan 19 Kertas Pelantikan Tetap melibatkan seramai 225 calon lantikan tetap. Selain itu, sebanyak 1,136 orang pegawai lantikan SPA telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Mesyuarat yang berakhir pagi tadi telah diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya Aras 10. ----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Mac 2012 Aktiviti 12

  • Bendera SPA Bakal Berada Di Puncak Gunung Everest

SPA, 23 Mac ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera Ekspedisi Jejak Everest 2012. Penyerahan bendera SPA yang akan dibawa ke puncak Gunung Everest telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo kepada Encik Doni Haji Sahari. Beliau yang bertugas di Urus Setia SPA Cawangan Sarawak, akan berlepas ke Katmandu pada hari ini, 23 Mac 2012. Menurut YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, majlis yang diadakan ini adalah merupakan penghormatan kepada beliau dan merupakan satu usaha yang murni. ”Sama-samalah kita mendoakan agar beliau dapat mencapai cita-cita untuk menjejaki puncak Everest, dan seterusnya dapat mengibarkan bendera SPA di puncak Gunung Everest” . Hadir sama, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha SPA (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia. Menurut YBhg. Dato’ Lamien lagi SPA sentiasa mengalu-alukan kepada seluruh warga SPA supaya aktif dalam pelbagai bidang sukan seperti Bola Sepak, Bola Jaring, Bowling, Badminton dan lain-lain yang boleh mengharumkan nama SPA. ”SPA sudah terkenal di JPM kerana kita yang unggul (aktiviti sukan) dan kita harap ia tidak dirampas oleh pihak lain”. Diakhir ucapan, ”Ini merupakan satu suntikan semangat kepada Encik Doni, dapat mencapai cita-cita beliau untuk menjejaki Gunung Everest, dan harapan SPA semoga beliau berjaya.” ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

September 2017 Aktiviti 7

  • BERITA RINGKAS 28 September ----- Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil 2/2017

ALOR SETAR, 27 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil 2/2017 yang diadakan di Bilik Gerakan SUK, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah, semalam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan SPA. Mesyuarat telah membincangkan pembentangan kertas kerja berkaitan isu penambahbaikan urusan pengambilan, perkhidmatan dan tatatertib penjawat awam di bawah bidang kuasa SPA.----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 32

  • Seminar Budaya Kerja Cemerlang.

    PUTRAJAYA, 23 Julai ------ Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) hari ini telah menganjurkan Seminar Budaya Kerja Cemerlang. Seminar sehari yang diadakan di Anjung Ilham telah dirasmikan oleh Pengarah ASPA, Mohamad Nazmi Ismail pagi tadi. Seramai 42 peserta hadir dan sesi taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Selangor, Mohd Hazimin Jamaludin. Turut menyampaikan taklimat yang bertajuk Kerja Sebagai Satu Ibadah telah disampaikan oleh Ameer Azeezy Tuan Abdullah dan sesi taklimat yang diampaikan oleh Radzi Othman dari YAPEIM bertajuk Sunah Rasullah di hari raya. ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here