Accessibility Tools

Skip to main content

Julai 2014

Continue reading

Oktober 2017 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 31 Oktober ----- Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara 2017 Peringkat SPA

PUTRAJAYA, 30 Oktober ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak merakamkan penghargaan kepada tiga (3) orang warga SPA yang mewakili negara dalam temasya Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017. Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat SPA Tahun 2017 di Putrajaya, semalam. Menurutnya lagi, ini bukan sahaja membuktikan kemampuan bersaing di arena tempatan, tetapi yang lebih penting bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas rantau Asia Tenggara. YBhg. Tan Sri Arpah seterusnya menyeru agar usaha mempamer aksi membanggakan diteruskan khususnya demi negara tercinta dan jabatan.Turut hadir, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA.----- MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2012 Aktiviti 1

  • Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 15

IPOH 01 Oktober ----- Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke–15 telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hamidah Osman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Ketibaan beliau yang mewakili Menteri Besar Perak, YAB. Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir telah disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB. Dato' Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Persidangan selama (4) empat hari yang bermula semalam di Impiana Hotel Ipoh, Perak turut di hadiri oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya, Timbalan Pengerusi SPA YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. ----- MediaSPA

 
 

Continue reading

Februari 2012 Aktiviti 1

  • "2012, SPA Lebih Maju, Cemerlang Dan Terbilang" ---- YBhg. Dato' Lamien Sawiyo

SPA, 1 Februari -----  Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo mengucapkan tahniah kepada Warga SPA atas kejayaan dan kerjasama semua pihak dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti diri dan juga organisasi. Beliau berkata demikian dalam ucapan perhimpunan bulanan SPA, anjuran Bahagian Pengambilan semalam. Dalam ucapan itu juga, beliau telah mengimbau kejayaan-kejayaan SPA sepanjang tahun 2011. Sementara itu, dalam tahun 2012 ini beliau ingin melaksanakan beberapa perkara yang telah dikenal pasti antaranya, beliau mahukan peranan PSU (Penolong Setiausaha) agar dapat menjadi Project Manager bagi tugas yang diamanahkan, ”Saya nak supaya PSU mengetahui tugasan dari A sampai Z dan tidak semata-mata bergantung kepada pihak-pihak lain umpamanya CC (ketua kerani) atau pun PT (Pembantu Tadbir) dan sebagainya.” Beliau juga telah menyentuh mengenai ruling SPA supaya dibuat kajian mengikut kesesuaian pada masa sekarang. Beliau turut menyatakan hasrat beliau agar Portal SPA mencapai taraf "Top 10" pada tahun ini. Terdahulu dari itu, beliau juga mahukan supaya SPA bertanding dalam Anugerah Inovasi kepada projek-projek yang telah SPA bangunkan. Di akhir ucapan, YBhg. Dato’ Lamien mengajak Warga SPA bersama-sama beliau untuk melaksanakan projek-projek 2012 supaya SPA terus maju, cemerlang dan terbilang. ----- MediaSPA

 
 

Continue reading

Jun 2014 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 2 Jun ---- Tan Sri Mahmood Adam Rasmi Minggu Sintesis Kadet PTD 2013

    KUALA LUMPUR, 2 Jun  ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmoood Adam hari ini telah merasmikan Minggu Sintesis Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) 2013 di INTAN Bukit Kiara. Majlis turut dihadiri Pengarah Dato’ Dr. Mazlan Yusoff serta pegawai-pegawai kanan INTAN. Peserta Kadet yang menjalani kursus selama setahun bermula Jun tahun 2013 akan mula melaporkan diri secara rasmi sebagai Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) pada minggu hadapan setelah tamat kursus setahun di INTAN. ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 26

  • Persiapan Kejohanan HASCUP

    KULIM. 18 April ------ Pasukan Kelab Badminton S.P.A (KBSPA) telah mengadakan perlawanan persahabatan antara Kelab Enjoy Smash dari Pengkalan Hulu, Perak dan Majlis Perbandaran Kulim, Kedah. Perlawanan bertemu kedua-dua pasukan yang diadakan pada 18 April 2015 ( Sabtu) telah dimenangi oleh KBSPA. Menurut ketua pasukan KBSPA, Noor Azli Abdul Hamid ini adalah persiapan pasukan untuk kejohanan badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (HASCUP) yang bermula 24 – 26 April di UKM Bangi, Selangor.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 14

  • Lawatan Kerja Ke Negara Sweden

SWEDEN 28 Nov----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengetuai lawatan kerja delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ke Negara Sweden. Delegasi SPA yang tiba ke negara tersebut kelmarin turut disertai oleh Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan tiga orang pegawai SPA. Lawatan kerja selama 5 hari itu adalah bertujuan untuk mengetahui dan mempelajari kaedah pengambilan kakitangan awam di negara itu. Satu taklimat mengenainya telah disampaikan oleh Mr. Robert Cloarec wakil dari Ministry of Employment, Sweden. Pada hari ini pula delegasi SPA akan membuat lawatan ke Swedish Public Employment Service dan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga akan mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Sweden ----- MediaSPA

  
 
 
 

Continue reading

Februari 2012 Aktiviti 2

  • Peperiksaan Khas Memasuki Skim Perkhidmatan Penguasa Kastam

BANGI, 4 Februari ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Peperiksaan Khas Memasuki Skim Perkhidmatan Penguasa Kastam, Sabtu lepas. Seramai 28,741 calon telah layak menduduki ujian yang pertama kalinya diadakan khas untuk calon-calon yang memohon untuk jawatan Penguasa Kastam. Bertempat di pusat peperiksaan UNITEN Bangi, seramai 670 calon hadir menduduki peperiksaan. Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hadir untuk melihat sendiri perjalanan peperiksaan. Hadir sama Pengarah Bahagian Perancangan Korporat KDRM, YBhg. Dato’ Chik Omar Chik Lim. Menurut Dato’ Lamien, sebanyak 69 peratus kehadiran calon-calon yang menduduki peperiksaan dan ini merupakan rekod kehadiran calon yang paling ramai. Menurutnya lagi, keputusan peperiksaan dijangka dapat diketahui pada 12 Mac 2012. Calon-calon yang lulus peperiksaan akan menduduki Assesment Centre pada bulan April dan urusan temu duga pula akan dijalankan pada bulan Jun depan. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 19

  • Mesyuarat Kerjasama SPA, SPRM dan Institut Integriti Malaysia

    SPA 24 Julai ------  Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Mesyuarat Kerjasama Pasukan Integriti antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM). Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menubuhkan Pasukan/Unit Integriti di SPA dengan kerjasama SPRM dan IIM. Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia, YBrs. Dr. A. Bakar Sarpon. Hadir sama Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Mesyuarat yang berakhir sebentar tadi telah diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Jun 2014 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 19 Bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 19/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,104 orang dan seramai 2,510 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 46 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Sembilan belas (19) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

November 2017 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 3 November ----- Lawatan Kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Ke SPA Malaysia

PUTRAJAYA, 2 November ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan kerja daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, semalam. Delegasi diketuai oleh Pengerusinya, YBhg. Dato’ Hajah Sepiah Isa, turut diiringi Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Setiausaha SPA Negeri Kedah, Encik Mohd Zaidy Omar. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengerusi SPA Malaysia, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Satu sesi taklimat mengenai fungsi-fungsi SPA Malaysia dan sistem-sistem online yang digunakan oleh SPA Malaysia telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah. SPA Malaysia juga turut berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai urusan-urusan Pengambilan, Peperiksaan, Perkhidmatan, Kenaikan Pangkat dan Tatatertib. Hadir sama, Setiausaha SPA Malaysia, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras dan pegawai-pegawai kanan SPA.----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 13

  • Mesyuarat Suruhanjaya Ke-39/2012

Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-39 pada kali ini telah membincangkan dan mempertimbangkan enam (6) Kertas Tindakan Tatatertib, 22 Kertas Rayuan Tatatertib dan tujuh (7) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,097 orang dan seramai 1,195 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 32 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.

  
 
 
 

Continue reading

Februari 2012 Aktiviti 3

  • SPA Sertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul

PUTRAJAYA, 5 Februari ------  Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan telah diadakan semalam di Masjid Putra, Putrajaya. Seramai 12 ribu orang hadir yang terdiri daripada pegawai-pegawai di pelbagai Kementerian/Jabatan, Badan berkanun, Swasta dan NGO berarak bermula dari Istana Kehakiman ke Dataran Putra. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) juga telah menyertai acara perarakan yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri bin Dollah. DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong telah berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 20

  • Razif Sidek dilantik Sebagai Ahli Jawatankuasa Khas NGO Melayu

    SPA 25 Julai ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah melantik secara rasmi Encik Razif Sidek dan Puan Khalidah Khalid sebagai Ahli Jawatankuasa Khas NGO Melayu. Perlantikan dan penyampaian sijil telah disampaikan oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam bertempat di bilik Mesyuarat Pengerusi. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Kelab Sukan Badminton di S.P.A. YBhg.Tan Sri Mahmood Adam sebelum ini ada menyatakan bahawa penjawat awam kini digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar terutama dalam bidang sukan. ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Jun 2014 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 3 Jun ---- Majlis Penyerahan Dokumen Pelan Strategik ICT SPA Tahun 2014 - 2015

    PUTRAJAYA, 3 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan majlis penyerahan Dokumen Pelan Strategik ICT Tahun 2014-2015. Majlis dihadiri Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan. Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah MAMPU, Dr. Aizi Razman Ismail. Pelan Strategik ICT S.P.A ini telah dibangun dan digubal oleh Pasukan Pelan Strategik ICT dengan kerjasama pasukan perunding ICT sektor awam MAMPU.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

November 2017 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 15 November ----- Program Jelajah Kasih SPAVOL Edisi Orang Asli

TANJUNG MALIM, 14 November ----- Pengerusi SPA merangkap Penaung SPAVOL, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan Program Jelajah Kasih SPAVOL : Edisi Orang Asli yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, Ulu Slim, semalam. Program ini melibatkan seramai 300 sukarelawan SPAVOL dan orang awam serta mahasiswa yang mendaftar dengan SPA seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM), Jabatan Penerangan Negeri Perak, RELA, penduduk kampung daripada JKKK Ulu Slim dan masyarakat Orang Asli Pos Bersih. Para sukarelawan telah mengadakan aktiviti gotong royong perdana membersihkan semak samun di sepanjang jalan Pos Bersih, mengecat klinik kesihatan, seminar motivasi kepada anak-anak Orang Asli, membuat lukisan mural di SK Pos Bersih, menghias dan mencantikkan taman SK Pos Bersih, kenduri rakyat untuk 800 orang penduduk kampung dan Orang Asli serta pengagihan sumbangan barangan keperluan harian kepada 70 keluarga Orang Asli. Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Arpah bte Abdul Razak, Pengerusi SPA merangkap Penaung SPAVOL. Turut hadir Encik Ikhbal Hanam bin Mukras, Timbalan Setiausaha SPA. Maklumat lanjut berkaitan aktiviti SPAVOL boleh dilayari melalui www.facebook.com/spavol.

 
 
 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 27

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 15 BAGI TAHUN 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 15/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 882 orang dan seramai 1,481 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Januari 2018 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 3 Januari ----- Program Jelajah Kasih SPAVOL : Edisi Sabah

RANAU, 16 Disember ----- Program Jelajah Kasih SPAVOL edisi Sabah yang bermula pada 14 hingga 17 Disember 2017 telah dirasmikan oleh Penaung SPAVOL yang juga Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak di Kampung Paka Dua Ranau Sabah. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras dan Ketua Pengarah Biro Tatanegara YBhg. Datuk Ibrahim Saad. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perkhidmatan kaunter SPA8i, gotong-royong membersihkan kawasan dan Kenduri Rakyat yang disertai oleh sukarelawan SPAVOL Politeknik Kota Kinabalu dan SPA. Mekanisme pelaksanaan program ini adalah melibatkan NBOS daripada pelbagai agensi antaranya Biro Tatanegara (BTN), Pejabat Daerah Ranau, Majlis Daerah Ranau, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, Politeknik Kota Kinabalu dan JKKK Kampung Paka Dua Ranau Sabah . ----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Februari 2012 Aktiviti 4

  • Seminar Perancangan Strategik 2011 - 2015

SHAH ALAM, 15 Februari ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengadakan Seminar Perancangan Strategik 2011 – 2015 (Sesi 2). Seminar yang bermula Isnin lepas dan berakhir hari ini telah dihadiri oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan SPA. Sementara itu pada pagi ini, YBhg. Dato' Setiausaha SPA telah mempengerusikan Mesyuarat-mesyuarat Pengurusan SPA. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Your message here