Accessibility Tools

Skip to main content

Julai 2013 Aktiviti 21

  • Pameran Dan Taklimat Kerjaya Di Dewan Perhimpunan Cina Selangor

    KUALA LUMPUR, 27 Julai ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan Program Hari Kerjaya yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Hua Zong Kuala Lumpur. Program kerjaya kerjasama S.P.A dengan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia ini diadakan bertujuan untuk menarik lebih ramai kaum Cina untuk menyertai perkhidmatan awam. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah taklimat kerjaya dalam perkhidmatan awam, permohonan secara online dan semakan status permohonan. Sesi taklimat kerjaya telah disampaikan oleh Cik Neo Sue Beng, Penolong Setiausaha daripada Bahagian Pengambilan Khas dan juga Encik Mohd Shamsul Kamar, Penolong Pegawai Tadbir daripada Bahagian Peperiksaan. ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

November 2017 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 18 November ----- SPAVOL Beri Sumbangan Kepada Maahad Tahfiz

PUTRAJAYA, 17 November ----- Setiausaha SPA merangkap Penasihat SPAVOL, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad menyampaikan barangan sumbangan SPAVOL berupa beras kepada mudir-mudir tiga buah Maahad Tahfiz yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Tahfiz Selangor (PEKETAS). ----- MediaSPA

 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 11

  • Majlis Interaksi Tan Sri Mahmood Adam di Sabah

KOTA KINABALU 21 November-----Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam pagi ini telah mengadakan majlis Interaksi bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Badan-Badan Bukan Kerajaan. Persatuan-Persatuan dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Sabah. Majlis yang diadakan di INTAN Sabah itu turut dihadiri oleh YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Hadir sama Setiausaha Persekutauan Sabah, YBhg. Dato' Abu Bakar Hassan. Sejurus selepas selesai majlis Interaksi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan sidang media di tempat yang sama ----- MediaSPA

  
 
 

Continue reading

Februari 2012 Aktiviti 5

  • Amanat Kepada Pasukan Bolasepak SPA FC

SPA, 18 Februari ------  Timbalan Presiden Pasukan Bola Sepak SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari berkata, semua pemain bolasepak SPA mestilah berfikir secara positif, lupakan semua masalah apabila di atas padang dan memberi tumpuan kepada permainan dengan matlamat untuk menang. Beliau berkata demikian ketika memberi amanat kepada pemain-pemain Pasukan Bola Sepak SPA FC jumaat lepas. SPA FC akan bertemu pasukan MBJB dalam perlawanan bolasepak Piala FA di Stadium Mini Petronas, Bangi jam 4.15 petang esok (Sabtu). Beliau juga mengingatkan kepada pemain-pemain supaya tidak terlibat dengan rasuah. YBhg. Datuk Ramli juga memberi penghargaan kepada pasukan SPA FC kerana dengan adanya pasukan ini secara tidak langsung mempromosikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kepada orang ramai. Beliau merujuk kepada akhbar-akhbar utama yang memaparkan jadual perlawanan antara SPA FC dengan MBJB. Sementara itu Pengurus pasukan, Encik Aidid Molana berkata, pemain-pemain mestilah memberikan komitmen dan bermain secara berpasukan. ------ MediaSPA

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 22

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 28 Bagi Tahun 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 28/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, enam(6) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) Kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 314 orang dan seramai 1,218 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 32 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 
 
 

Continue reading

November 2017 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 18 November ----- Majlis Ringkas Persaraan Timbalan Setiausaha (Pengambilan)

PUTRAJAYA, 17 November ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad hadir ke majlis ringkas perjumpaan bersama Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir yang akan bersara wajib pada Ahad 19 November 2017. Majlis ringkas yang diadakan di Anjung Ilham semalam, turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras dan pegawai-pegawai kanan SPA serta kakitangan Bahagian Pengambilan. ----- MediaSPA

 
 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 29

  • Lab Perancangan Strategik S.P.A 2016 - 2020

    MELAKA, 17 April ------ Suruhanjaya Perkidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan “Lab Perancangan Strategik S.P.A 2016-2020” yang diadakan di Melaka. Pelan perancangan Strategik selama tiga (3) hari yang bermula semalam turut dihadiri Timbalan Pengerusi S.P.A Dato’ R. Segarajah, Ahli Suruhanjaya serta pegawai-pegawai kanan. Hadir sama Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. Antara program yang telah diatur oleh Bahagian Dasar & Perancangan ialah sesi taklimat overview pembangunan pelan strategik S.P.A yang disampaikan oleh Tuan Haji Sumali Amat serta sesi perbincangan bersama Dato’ R. Segarajah. ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 10

  • Mesyuarat Bersama Pengerusi-Pengerusi & Setiausaha Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

KOTA KINABALU 20 November----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam malam ini telah mempengerusikan mesyuarat bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Dan Pentadbiran Negeri di Bawah Bidangkuasa SPA, di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu Sabah. Mesyuarat kali ke 3/2012 ini turut di hadiri Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Hadir sama, Pengerusi SPA Negeri Sabah YBhg. Datuk Ismail Awang Besar. ----- MediaSPA

  
 
 
 

Continue reading

Februari 2012 Aktiviti 6

  • Piala FA 2012 - SPA FC Kalahkan MBJB

BANGI, 19 Februari ------  Pasukan SPA FC menang 3 – 0 setelah menewaskan pasukan MBJB dalam perlawanan piala FA 2012 yang berlangsung petang semalam di Stadium Mini Petronas, Bangi. Jaringan SPA FC di peroleh pada minit ke-4 melalui tendangan percuma oleh Mohd Zulkifli Affendi, di luar kotak penalti. Jaringan kedua dilakukan oleh Fadzly Iskandar melalui tandukan yang menewaskan penjaga gol MBJB pada minit ke-15. Pasukan MBJB terus dikecewakan dengan jaringan ketiga oleh Mohd Shafiq pada minit ke 25. Pasukan MBJB juga kehilangan 3 pemain kerana dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua. Sementara itu, Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari yang menyaksikan perlawanan, mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain. Beliau yang terus memberi semangat kepada pemain-pemain dan yakin pada perlawanan seterusnya SPA FC pasti boleh memperoleh kemenangan jika prestasi dan semangat berpasukan seperti ini dapat dikekalkan. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 23

  • Majlis Penyerahan Surat Tawaran pelantikan Paramedik Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

    Kota Kinabalu, 29 Julai ----- Majlis penyerahan surat tawaran pelantikan bagi jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19 dan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 telah diadakan di Dewan Persatuan India, Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Penyerahan surat tawaran ini disampaikan oleh Tn Hj Musa bin Sulaiman, Setiausaha Bahagian SPA Cawangan Sabah yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Encik Toisin Gantor.

    Seramai 126 calon Jururawat Masyarakat Gred U19 dan 56 calon Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 yang telah tamat latihan pada bulan Jun 2013.

 
 

Continue reading

November 2017 Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 21 November ----- Setiausaha SPA Mempengerusikan Mesyuarat MBJ Dan Penyelarasan Pentadbir Pusat Temu Duga SPA

JOHOR BAHRU, 18 November ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang diadakan di Pejabat Penyelarasan Pembangunan (ICU) Negeri Johor, di Johor Bahru pada Sabtu lepas. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras. YBhg. Dato’ Zainal Abidin juga turut mempengerusikan mesyuarat penyelarasan pentadbir pusat temu duga SPA, yang diadakan di pusat temu duga SPA Johor Bahru. ----- MediaSPA

 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 9

  • Perjumpaan Bersama SPA Negeri Sabah

KOTA KINABALU 20 November----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) petang ini telah mengadakan perjumpaan bersama SPA Negeri Sabah. Delegasi dari SPA Malaysia telah diketuai oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengerusi SPA Negeri Sabah YBhg. Datuk Ismail Awang Besar. Satu taklimat dari SPA Negeri telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Iamail Awang Besar di Pejabat SPA Negeri di Kota Kinabalu. ----- MediaSPA

  
 
 
 

Continue reading

Februari 2012 Aktiviti 7

  • "eRulling, Semua PSU Kemuka Cadangan" ---- Datuk Ramli Juhari

SPA, 23 Februari ------  Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, mengarahkan semua Penolong Setiausaha (PSU) supaya melihat semula e-Rulling dan mengemukakan cadangan penambahbaikan. ”Semua PSU-PSU hendaklah melihat semula e-Rulling atau apa-apa peraturan yang difikirkan perlu diubah dan kemukakan cadangan jika difikirkan perlu dibuat penambahbaikan”. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Bahagian Peperiksaan di Dewan Temu Duga SPA di aras 6, semalam. Turut hadir, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Terdahulu dari itu dalam ucapannya, beliau meminta supaya pegawai-pegawai bawahan turut melibatkan diri dalam menyumbang idea-idea supaya matlamat organisasi tercapai. Di akhir majlis, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Bowling Tertutup SPA 2011. ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 24

  • Tan Sri Mahmood Adam Sampaikan Jersi Rasmi Kejohanan Badminton Dunia

    SPA, 31 Julai ------- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan jersi rasmi S.P.A kepada pemain Badminton Kebangsaan, Mohd. Zakri Latif yang akan menyertai Kejohanan Badminton Dunia di Guangzhou, China dari 5 hingga 11 Ogos depan. Mohd Zakri akan menyarung jersi yang tertera nama "SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM" dan menjadi pakaian rasmi beliau sepanjang kejohanan tersebut. Dalam majlis ringkas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pengerusi sebentar tadi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Mohd. Zakri dan menasihati beliau agar menjaga displin dan nama baik negara. Mohd. Zakri akan ke Guangzhou pada Jumaat ini dan akan ditemani jurulatih Razif Sidek. ------  MediaSPA.

 

Continue reading

Jun 2014 Aktiviti 7

  • BERITA RINGKAS 6 Jun ---- Penjawat Awam Mesti Patuh Kepada Undang-Undang ---- Tan Sri Mahmood Adam

    KUALA LUMPUR, 6 Jun ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata, apabila seseorang itu dilantik sebagai kakitangan kerajaan mestilah patuh kepada peraturan-peraturan dan terikat kepada undang-undang yang telah ditetapkan. Beliau berkata demikian dihadapan 97 orang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) yang baru menerima surat lantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A). Katanya lagi, Pegawai Tadbir Dan Diplomatik juga adalah menjadi tulang belakang kepada kerajaan. Turut hadir dimajlis ialah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad. Hadir Sama Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Pengarah INTAN Dato’ Dr . Mazlan Yusoff serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Majlis yang diadakan di Auditorium INTAN Bukit Kiara, berakhir sebentar tadi.  ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

November 2017 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 22 November ----- Hari Inovasi dan Integriti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Tahun 2017

PUTRAJAYA, 20 November ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan sambutan Hari Inovasi dan Integriti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Tahun 2017, yang diadakan di Putrajaya. Sambutan yang bertemakan “Integriti dan Inovasi Merealisasi Transformasi” turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Pada majlis itu juga, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dan turut disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Dato’ Abdul Samat Kasah. Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah, beliau berkata, majlis ini adalah sebagai menzahirkan bahawa warga SPA sangat komited memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan. Katanya lagi, dalam konteks SPA sebagai jabatan yang terlibat dalam melantik penjawat awam, kita harus memastikan konsep integriti ini sentiasa dipegang dan dengan adanya lafaz Ikrar ini menunjukkan komitmen kita bagi memperkukuhkan interiti dilaksanakan secara berterusan. ----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Your message here