April 2015 Aktiviti 30
-
PERISTIWA BERGAMBAR 22 April : Mesyuarat PLP
Peristiwa bergambar.

Accessibility Tools
PERISTIWA BERGAMBAR 22 April : Mesyuarat PLP
Peristiwa bergambar.
KOTA KINABALU 20 November----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan sesi Retreat Suruhanjaya. Sesi Retreat Bil 3/2012 yang bermula malam tadi hingga Rabu ini dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. Sementara itu pada malam tadi, SPA telah mengadakan mesyuarat mingguan Suruhanjaya Bil 38/2012 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. ----- MediaSPA
PAHANG, 29 Februari ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengadakan Kursus Compentency Based Interview Technique (CBI), anjuran ASPA di Awana Genting Golf and Country Resort. Kursus 3 hari yang bermula Isnin lepas, telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai SPA. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Mengulas mengenai kursus CBI yang berakhir hari ini, Dato’ Lamien Sawiyo berkata ”Kursus CBI ini merupakan satu usaha SPA untuk meningkatkan tahap profesionalisma Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai SPA yang terlibat dengan urusan temu duga supaya urusan temu duga yang kita jalankan ini, lebih mantap dan lebih berkesan untuk mencari calon-calon yang terbaik memasuki perkhidmatan awam”. Mengulas mengenai temu duga yang dijalankan oleh SPA sebelum ini beliau berkata, ” di masa-masa yang lepas mungkin kita tidak menggunakan kaedah-kaedah tertentu dan menggunakan pengalaman-pengalaman yang lepas, jadi ini mungkin berbeza diantara seseorang penemu duga dengan seseorang yang lain, tapi melalui kaedah yang sama ini (CBI), kita boleh mengurangkan perbezaan yang luas diantara satu penemu duga dengan penemu duga, dan dengan ini kita akan dapat satu calon yang unggul untuk menganggotai perkhidmatan awam”. Terdahulu dari itu YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, yang menjalankan fungsi Pengerusi SPA, telah menyampaikan sijil-sijil penyertaan dari Omni View Consultancy (M) Sdn. Bhd kepada peserta yang hadir. ------ MediaSPA
"Kakitangan S.P.A Kena Lebih Peka" Tan Sri Mahmood Adam
PUTRAJAYA. 23 April ------ Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan supaya semua warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam lebih peka dan mengambil tahu perkembangan, pembaharuan yang telah dilakukan oleh S.P.A. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat “ Integriti Dalam Perkhidmatan Awam” di Putrajaya, semalam. Tegasnya lagi beliau tidak mahu orang lain mempersoalkan ketelusan dan integriti S.P.A. “ Saya mahu warga S.P.A terutama yang akan terlibat dalam kenaikan pangkat atau yang akan ditemu duga wajib menghadiri kursus yang dianjurkan oleh ASPA”. Menurutnya lagi beliau tidak mahu kakitangan berasa selesa apabila berada dalam perkhidmatan awam, dan tidak mahu menambah ilmu. Sementara itu ASPA akan mengaturkan supaya semua pegawai di setiap Bahagian hadir dan sesi taklimat akan disampaikan oleh Pengerusi S.P.A sendiri. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-38 pada kali ini telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) Kertas Tindakan Tatatertib, 14 Kertas Rayuan Tatatertib dan lima (5) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 80 orang dan seramai 811 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 52 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai 2 orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 20/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib, 15 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 135 orang dan seramai 829 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 45 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
PERISTIWA BERGAMBAR 24 April : Perjumpaan Pengerusi S.P.A Dengan Pegawai Kanan
Peristiwa bergambar.
SPA 17 November ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Perjanjian Memorandum Persefahaman bersama Agensi Pekerjaan Kayelle Sdn.Bhd. Perjanjian yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menganjurkan dan mengadakan kursus persediaan bagi calon-calon yang bakal menghadapi Peperiksaan, Assessment Centre dan Temu duga yang dijalankan oleh SPA. Kerjasama di antara SPA dan Agensi Pekerjaan Kayelle ini juga adalah untuk menarik minat kaum Cina berkhidmat dalam sektor awam. Hadir di majlis ini, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 41/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, enam (6) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 490 orang dan seramai 672 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, 12 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
S.P.A, 8 Mei ------ Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang baharu, YBhg. Dato' Ismail Ahmad hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A), YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam. Ketibaan beliau bersama pegawai-pegawai kanan disambut oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan seterusnya mengadakan perbincangan di bilik Mesyuarat Pengerusi. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarah JPJ bermula pada 25 Mac 2013, menggantikan YBhg. Datuk Seri Solah Mat Hassan. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 38/2017 pada 4 Disember 2017 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof.
Lawatan Daripada Ministry Of Finance Kyrgyz Republic
PUTRAJAYA, 24 April ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah menerima kunjungan rombongan dari Kyrgyz Republic. Delegasi diketuai oleh Ministry Of Finance Kyrgyz, Madam Zuura Baiamanova serta pegawai-pegawai kanan. Ketibaan rombongan disambut oleh Tan Sri Mahmood Adam dan sesi taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan beliau. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 1/2018 pada 8 Januari 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.