Accessibility Tools

Skip to main content

Januari 2012 Aktiviti 2

  • Seminar Perancangan Strategik SPA 2011-2015

NEGERI SEMBILAN, 19 Januari ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Seminar Perancangan Strategik SPA 2011-2015 di Nilai Spring Resort Hotel, Negeri Sembilan. Seminar ini diadakan bertujuan untuk menentukan hala tuju dan perancangan jangka panjang SPA 2011-2015, membuat penambahbaikan terhadap sistem kerja sedia ada dan merancang strategi-strategi baru yang lebih dinamik. Seminar selama tiga (3) hari bermula 16 Januari 2011 lalu dan berakhir semalam telah dihadiri oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. ---- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Jun 2013 Aktiviti 3

  • Ahli Suruhanjaya Baharu   

    PUTRAJAYA, 4 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menerima seorang Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu YBhg. Dato' Amiruddin Alias. Upacara mengangkat sumpah semalam telah dilakukan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Y.A. Tuan Haji Kamardin Hashim di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Turut mengiringi, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Selepas upacara mengangkat sumpah, YBhg. Dato' Amiruddin Alias telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan menandatangani surat penerimaan jawatan secara rasmi. ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Jun 2014 Aktiviti 11

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 20 BAGI TAHUN 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 20/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 2,531 orang dan seramai 1,123 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 12 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Disember 2017 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 6 Disember ----- Lawatan Daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Indonesia

PUTRAJAYA, 5 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Indonesia, semalam. Ketibaan delegasi seramai 6 (enam) pegawai yang diketuai oleh Wakil Ketua Komisi Aparatur Sipil Negara (KASN) Dr. Irham Dilmy disambut oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah disampaikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak . Turut hadir Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Encik Ikhbal Hanam Mukras dan pegawai-pegawai kanan SPA . ----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 34

  • Setiausaha Bahagian PM Bersara Wajib

    PUTRAJAYA, 26 April ------ Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Tuan Haji Kamarudzzaman Hassan bersara wajib mulai 26 April 2015. Satu majlis ringkas sempena persaraannya telah diadakan pada Jumaat lepas. Majlis turut dihadiri Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi, Dato’ R. Segarajah. Hadir sama pegawai-pegawai kanan serta warga Bahagian Pengurusaan Maklumat. Dalam ucapan ringkas Tuan Haji Kamarudzzaman mengucapkan terima kasih kepada warga S.P.A kerana memberi kerjasama kepada beliau dalam menjalankan tugas-tugas selama berada di S.P.A. ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 5

  • Sambutan Ma'al Hijrah 1434

PUTRAJAYA 15 November ----- Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak hari ini telah merasmikan Sambutan Maal Hijrah 1434 Peringkat Kebangsaan. Sambutan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu turut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan dan Kementerian. Sementara itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang turut terlibat dalam sambutan peringkat Kebangsaan pada kali ini telah dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Pegawai-pegawai kanan dan sebahagian daripada warga SPA. Tema sambutan pada tahun ini adalah 'WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH'. ----- MediaSPA

  
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2012 Aktiviti 3

  • SPA Naib Johan Pertandingan Kayak PUSPANITA JPM 2012

PUTRAJAYA, 30 Januari ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Program Rekreasi Kayak PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung pada hari Sabtu lepas bertempat di Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland, Putrajaya. Program anjuran Biro Sukan PUSPANITA JPM ini telah dikendalikan oleh PUSPANITA Cawangan Kecil SPA dan disertai oleh Jabatan/Agensi di bawah JPM. Hadir sama menyaksikan pertandingan, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA, YBhg. Datin Normah Ibrahim telah menyampaikan hadiah kemenangan kepada pasukan yang bertanding. ---- MediaSPA

 
 

Continue reading

Jun 2013 Aktiviti 4

  • Rancangan "What Say You"    

    Kuala Lumpur, 10 Jun ------ Dua orang pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah muncul di dalam satu rancangan berbahasa Mandarin bertajuk " What Say You" terbitan Radio Televisyen Malaysia. Rancangan selama satu jam yang siarkan secara langsung oleh TV 2 dan dikendalikan oleh perantara dari RTM telah menemu bual Pegawai Tugas-Tugas Khas S.P.A, Ir. Lee Soon Jin dan Setiausaha Bahagian Perkhidmatan, Puan Chan Hong Jin. Rancangan Khas ini telah membincangkan isu mengenai Penyertaan Kaum Cina dalam Perkhidmatan Awam. ------  MediaSPA

Continue reading

Disember 2017 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 11 Disember ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke-135

PUTRAJAYA, 8 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuaratnya yang ke-135 di Istana Kehakiman, Jumaat lepas. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP, Peguam Negara, Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah Sarawak, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir Peguam Cara Negara II, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, penentuan gaji permulaan, kenaikan pangkat, pemangkuan, tatatertib, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 35

  • "Adakan Aktiviti Di Pusat Temu duga" Tan Sri Mahmood Adam S.P.A.

    JOHOR BAHRU, 26 April ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam mengarahkan pegawai-pegawai yang bertugas di pusat-pusat temu duga S.P.A mengadakan aktiviti seperti taklimat kepada pelajar-pelajar sekolah atau wakil-wakil NGO di pusat tersebut bertujuan untuk memberi maklumat mengenai S.P.A. Beliau berkata demikian ketika melawat pusat temu duga di bangunan Al Ansar Johor Bahru pagi tadi. “Sekiranya tiada sesi temu-duga, kita boleh jemput mereka hadir dan beri taklimat mengenai S.P.A dan ASPA akan aturkan” katanya. ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Januari 2018 Aktiviti 3

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 2 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 2/2018 pada 15 Januari 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 
 

Continue reading

Jun 2013 Aktiviti 5

  • Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan   

    KOTA KINABALU, 11 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan kerana meraikan Ahli Suruhanjaya yang telah tamat tempoh perkhidmatan iaitu YBhg. Datuk Awang Nohin Nohin Awang Rauf. Majlis yang diadakan di Hotel Magellan Sutera Resort Kota Kinabalu, Sabah turut dihadiri Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan Puan Sri Nabihah Hj. Hassan serta Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. YBhg Tan Sri Mahmood Adam turut menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Datuk Awang Nohin sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan yang diberikan. ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Disember 2017 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 13 Disember ----- Misi Bantuan Banjir SPAVOL : Edisi Negeri Kelantan

PUTRAJAYA, 8 Disember ----- Misi Bantuan Banjir anjuran SPA Volunteer (SPAVOL) berupa barangan seperti selimut, telekung, kain pelikat, sejadah dan tuala mandi telah diagihkan kepada keluarga terjejas di Tasik Bakong, Lanchang, Kubang Bongor, Kampung Rahmat, Taman Megah dan Kubang Gual. Menurut Presiden SPAVOL Raja Adnan Raja Ibrahim, jumlah barangan yang dibawa itu boleh memberi manfaat kira-kira 500 mangsa di kawasan Rantau Panjang. Pelepasan konvoi kenderaan telah disempurnakan oleh Penasihat SPAVOL, YBhg Dato’ Zainal Abidin Ahmad, jumaat lepas. ----- MediaSPA

 
 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 36

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 16 BAGI TAHUN 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 584 orang dan seramai 1,878 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, enam (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 4

  • Sesi Temu Bual PTD Bersama Tan Sri Mahmood Adam

SPA 12 November ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah ditemu bual oleh beberapa orang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sempena Program Modul Komunikasi Kepimpinan, Diploma Pentadbiran Awam Bil. 2/2012. Temu bual yang berlangsung di bilik Mesyuarat Pengerusi disertai oleh Nik Ahmad Syazwan Nik Azman dari Jabatan Imigresen Perlis, Siti Atiqah Fatin Zainal dan Haslinda Mohd Salleh dari Kementerian Dalam Negeri, Mohd Idzwan Abdullah dari MITI serta Nor Hafizuddin Noor Suria dari Jabatan Perkhidmatan Awam. ----- MediaSPA

  
 

Continue reading

Januari 2012 Aktiviti 4

  • Hari Khas SPA Bersama Pelanggan

KUALA LUMPUR, 31 Januari ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Hari Khas SPA Bersama Pelanggan bertempat di Pusat Temu duga SPA Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Hari Khas SPA Bersama Pelanggan yang dibuka seawal jam 10 pagi ini telah mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada graduan-graduan IPTA/IPTS. Satu sesi taklimat kerjaya juga telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha daripada Bahagian Pengambilan, Encik Mohd Yazid bin Mohd Zuliaddin. Ini adalah merupakan Hari Khas SPA Bersama Pelanggan yang pertama diadakan pada tahun 2012. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Jun 2013 Aktiviti 6

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 21 BAGI TAHUN 2013  

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, 11 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 585 orang dan seramai 611 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 39 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

Your message here