Jun 2014 Aktiviti 14
- BERITA BERGAMBAR 11 Jun ---- Sesi Temu Duga Pegawai Tugas-Tugas Khas
Peristiwa bergambar.

Accessibility Tools
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Pengisian Jawatan
PUTRAJAYA, 28 April ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan mesyuarat pengisian jawatan di Kementerian/Jabatan. Mesyuarat yang diadakan di Putrajaya di pengerusikan oleh Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. Hadir sama wakil pegawai dari Kementerian/Jabatan. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-37 pada kali ini telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) Kertas Tindakan Tatatertib, 22 Kertas Rayuan Tatatertib dan lima (5) Kertas Rayuan Naik Pangkat.
Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 537 orang dan seramai 1,249 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.
Manakala, 27 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai 5 orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
SPA, 3 Disember ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan pertemuan wakil Development Dimensions International Inc. (DDC). Perbincangan yang berlangsung selama sejam itu turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin bin Ahmad dan Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri bin Dollah. Antara topik perbincangan adalah mendapatkan kaedah penambahbaikan urusan Temu Duga / Peperiksaan di Suruhanjaya.
KOTA KINABALU, 12 Jun ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan “Seminar Outreach- Pengenalan S.P.A dan Perkhidmatan Awam Kepada Guru-Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Negeri Sabah”. Seminar anjuran Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) yang diadakan di Kampus Intan Sabah turut dihadiri Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Setiausaha Bahagian Urus Setia S.P.A Cawangan Sabah, Tuan Haji Musa Sulaiman. Seramai 120 peserta hadir dan sesi taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd Shaiful Ibrahim. Terdahulu dari itu YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengadakan sesi soal jawab sejurus selepas majlis perasmian. Sementara itu pada sebelah petang, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hadir di majlis Perhimpunan Bulanan yang diadakan Ibu Pejabat Urus Setia S.P.A Cawangan Sabah dan turut sama menyertai aktiviti senam seni. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 39/2017 pada 11 Disember 2017 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.
Taklimat Khas Urusan Dan Kaedah Menjawab Soalan Di Parlimen
PUTRAJAYA, 28 April ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan taklimat khas urusan dan kaedah menjawab soalan Parlimen. Taklimat selama hampir dua (2) jam itu dihadiri oleh pegawai-pegawai yang ditugaskan untuk hadir semasa sesi pembentangan dan perbahasan di Parlimen mengikut giliran. Antara perkara yang diterangkan oleh Tan Sri Mahmood Adam ialah bagaimana proses soal jawab pertanyaan Parlimen dijalankan. ------ MediaSPA
PUTRAJAYA 7 November ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sedia menawarkan kepakaran dalam membangunkan sistem pengambilan yang dilakukan sekarang kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negara Brunei. Pengerusinya YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam berkata demikian kepada Delegasi SPA Brunei yang membuat lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Putrajaya. "SPA Malaysia juga bersedia menghantar pakar untuk membangunkan sistem pengambilan di SPA Brunei, sekiranya diperlukan". Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negara Brunei, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Maidin Pengiran Haji Hashim dalam sesi soal jawab berkata, beliau juga melihat bahawa Sistem MyRecruitment yang di buat oleh SPA Malaysia adalah satu sistem yang baik bagi melahirkan penjawat awam di Malaysia yang berkualiti. Beliau juga melihat bahawa SPA Malaysia kini lebih terbuka dan mesra rakyat selaras dengan Transformasi kepimpinan Negara yang mendahulukan Rakyat. Delegasi SPA Brunei turut di bawa ke Dewan Temu Duga SPA di Aras 6, Putrajaya. ----- MediaSPA
SPA, 4 Disember ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pelaksanaan Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI). Mesyuarat yang membincangkan pelaksanaan sistem semakan maklumat dengan beberapa agensi-agensi kerajaan ini turut dihadiri oleh Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia. Hadir sama wakil dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri serta agensi kerajaan. Pelancaran sistem ini dijangka akan dirasmikan oleh YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 16 Disember ini. ----- MediaSPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-121 pada 13 JUN 2013 di Kota Kinabalu, Sabah.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam, Pengerusi SPKP dan dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara Malaysia,YAA Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia,YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim Mahkamah Rayuan serta dua orang YA Hakim Mahkamah Tinggi. Mesyuarat yang turut dihadiri YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha SPKP, Jemaah Pegawai SPKP iaitu YBhg. Peguam Cara Negara, YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP itu telah menimbang dan membuat keputusan bagi 19 kertas melibatkan urusan Pelantikan,Kenaikan Pangkat, Pemangkuan dan Tindakan Tatatertib. Selain itu, sebanyak 45 kertas pertimbangan Suruhanjaya secara edaran dan urusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen serta penetapan gaji permulaan oleh Jemaah Pegawai SPKP telah diratifikasikan Suruhanjaya.
PUTRAJAYA, 17 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Maklaysia (SPA)hari ini telah mengadakan perbincangan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Perbincangan jaringan kerjasama antara S.P.A bersama RELA yang diadakan di Putrajaya dihadiri Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam dan Ketua Pengarah RELA, Dato’ Mustafa Haji Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan. Hadir Sama Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad. Perbincangan hampir sejam itu berakhir sebentar tadi. ------ MediaSPA
PULAU PINANG, 22 Disember ----- ----- Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang diwakili Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, Setiausaha Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib serta Penasihat Undang-Undang SPA telah mengadakan sesi perbincangan bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung isu-isu pengurusan tatatertib dan perkhidmatan. Urus Setia SPA juga turut mengadakan kunjungan hormat bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB. Dato’ Seri Farizan Darus. Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (pengurusan) serta pegawai-pegawai kanan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Pulau Pinang. ----- MediaSPA
PERISTIWA BERGAMBAR 30 April : Pengerusi S.P.A Terima Kunjungan Keluarga Daripada Tuaran, Sabah
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil 36 Pada 5 November 2012 Telah Membincangkan Dan Mempertimbangkan
9 Kertas Pelantikan melibatkan 304 calon 7 dilantik dan 338 calon simpanan pelbagai jawatan dan gred.
6 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib
1 Kertas Rayuan Kenaikan Pangkat
1 Kertas Pelantikan Secara Kontrak 13 orang calon ke jawatan Tukang Masak Gred N17 di Kementarian Pertahanan
4 Pelantikan Semula Secara Kontrak
5 Kertas Pelantikan Secara Pertukaran Sementara
1 Kertas Pelanjutan Pelantikan Secara Peminjaman
2 Kertas Penamatan Perkhidmatan
1 Kertas Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen
1 Kertas Pelanjutan Tempoh Percubaan
Urus Setia Mesyuarat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
SPA, 6 Disember ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata supaya penghantaran kertas soalan peperiksaan yang dilaksanakan oleh Bahagian Peperiksaan mestilah mengikut garis panduan Arahan Keselamatan yang telah ditetapkan. Beliau berkata demikian semasa lawatan ke bahagian itu pagi ini. Menurutnya lagi, cara penghantaran soalan-soalan peperiksaan yang tidak mengikut garis panduan boleh menyebabkannya mudah terdedah kepada kebocoran soalan, hilang atau jatuh ke tangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab semasa proses penghantaran soalan itu ke setiap negeri. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut melawat Bahagian Pengurusan Maklumat, Bahagian Pengambilan Khas dan bilik operasi “One Stop Centre” S.P.A. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 478 orang dan seramai 883 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 7 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.