Accessibility Tools

Skip to main content

April 2015 Aktiviti 40

  • Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke - 18, Di Putrajaya

    PUTRAJAYA, 30 April ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam menyeru agar kakitangan yang terlibat dalam Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang akan bermula pada 11 hingga 13 Mei 2015 ini dapat menjalankan tugas dan kerjasama kepada urus setia agar perjalanan persidangan dapat berjalan dengan lancar. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan bulanan pada Khamis lepas. Persidangan pada tahun ini akan di adakan di Hotel Everly Putrajaya. ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

November 2012

Continue reading

Disember 2013 Aktiviti 5

  • Program Mesra Pelanggan Di Tatau Sarawak 

TATAU, 8 Disember ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan MAMPU telah menganjurkan Program Mesra Pelanggan bersama YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 8 Disember 2013 yang diadakan di Dewan Sukan Tatau Bintulu, Sarawak. Majlis turut dihadiri Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah dan Ahli-Ahli Suruhanjaya iaitu Datu Haji Mohammad Sepuan Bin Anu dan Encik Isaka Kana. YB Menteri juga turut menyampaikan Surat Tawaran Lantikan kepada calon-calon Sarawak yang berjaya dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29 bagi urusan temu duga yang dibuat pada bulan November 2013 yang lalu.  ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Jun 2013 Aktiviti 10

  • Kunjungan Hormat Pengerusi SPA Ke Atas Menteri Di JPM  
       
    PUTRAJAYA, 19 Jun ------ Pengerusi S.P.A, yang juga merupakan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Puan Hajah Nancy Shukri. Kunjungan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut diiringi oleh Setiausaha SPKP, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian Urus Setia SPKP, Encik Anuar Othman. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut menyampaikan taklimat kepada Y.B. Puan Hajah Nancy Shukri iaitu Menteri di JPM yang bertanggungjawab dalam portfolio berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ------  MediaSPA
 
 

Continue reading

Jun 2014 Aktiviti 18

  • BERITA RINGKAS 17 Jun ---- Amanat Tan Sri Mahmood Adam Bagi Mempertahankan Kejuaraan Badminton MAKSWIP 2014

    PUTRAJAYA, 17 Jun ------ Penaung Kelab Badminton S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama pemain-pemain Kelab Badminton S.P.A dan menyampaikan amanat bagi mempertahankan kejohanan Badminton MAKSWIP 2014 yang sedang berlangsung mulai semalam hingga Khamis ini, di Kuala Lumpur. Beliau yang turut memberi suntikan semangat juga mahukan pemain yang terlibat menjaga nama baik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan bermain dengan semangat kesukanan serta menjaga disiplin. S.P.A telah muncul juara dalam perlawanan badminton MAKSWIP buat pertama kali pada tahun lepas dan misi mempertahankan kejuaraan adalah matlamat utama pada tahun ini, katanya beliau. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Januari 2016 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 4 Jan ----- Dato' Seri Arpah Abdul Razak pengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya

PUTRAJAYA 4 Jan ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 1/2016 yang diadakan di Putrajaya. Mesyuarat yang bermula jam 2.30 petang tadi dipengerusikan oleh Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Mesyuarat turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ----- MediaSPA

 
 

Continue reading

April 2015

Continue reading

Disember 2013 Aktiviti 6

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 42/2013

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 42/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan enam (6) kertas tindakan tatatertib, sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 830 orang dan seramai 559 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 6 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

Jun 2013 Aktiviti 11

  • Temubual Pengerusi S.P.A Bersama Editor Akhbar The Star  
       
    S.P.A, 20 Jun ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan pertemuan dengan Managing Editor akhbar The Star, June H.L Wong. Temu bual yang berlangsung selama sejam itu turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian Perkhidmatan, Puan Chan Hong Jin. Antara topik perbincangan adalah mendapatkan pandangan beliau dalam menarik minat kaum Cina untuk menyertai perkhidmatan awam. ------  MediaSPA
 

Continue reading

Jun 2014 Aktiviti 19

  • BERITA RINGKAS 18 Jun ---- Sesi Temu Duga S.P.A Seawal Jam 7.30 Pagi

    PUTRAJAYA, 17 Jun ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi ini menjalankan sesi temu duga seawal jam 7.30 pagi. Sesi temu duga jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ini ialah atas permintaan calon tersebut kerana beliau tidak mendapat cuti dari majikannya. Seramai 17 orang calon Gred 17 akan ditemu duga oleh Pengerusi S.P.A pada hari ini. Sebelum ini, S.P.A juga mengadakan sesi temu duga pada waktu malam serta hujung minggu atas permintaan calon. ------ MediaSPA

Continue reading

Januari 2016 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 1 Tahun 2016

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 1/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 136 orang dan seramai 1,523 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, sepuluh (10) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tatatertib, empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lima (5) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. 

 
 

Continue reading

Mei 2015 Aktiviti 1

  • Pusat Temu duga S.P.A Baharu di Melaka Beroperasi 15 Mei 2015

    MELAKA, 5 Mei ------ Pusat temu S.P.A baharu di Melaka yang terletak di Menara Persekutuan, Jalan Persekutuan, MITC Air Keroh, Melaka akan beroperasi pada 15 Mei ini. Tan Sri Mahmood Adam berkata demikian ketika melawat pusat temu duga itu yang sedang membuat persiapan akhir kerja pemasangan pagi tadi. Terdahulu Pengerusi S.P.A itu telah melawat pusat temu duga yang berada di Bangunan JAYA 99, Jalan Tun Sri Lanang, Melaka dalam seri lawatan ke pusat-pusat temu duga S.P.A di seluruh Malaysia yang bermula minggu lepas.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2018 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 23 Januari ----- Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) Bagi Jawatan PTD

PULAU PINANG ----- Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah membuat lawatan ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk melihat calon-calon bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) 2018 yang sedang menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Lawatan ini turut dihadiri Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai - pegawai SPA. Aktiviti sesi pagi yang bermula jam 7.00 pagi itu dihadiri seramai 108 orang. ----- Berita PG

 
 

Continue reading

Jun 2013 Aktiviti 12

  • Mesyuarat Jawatankuasa Mengkaji Penyertaan Masyarakat Cina Dalam Sektor Awam
       
    S.P.A, 21 Jun ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Mengkaji Penyertaan Kaum Cina dalam sektor awam. Mesyuarat yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia serta ahli jawatankuasa khas yang dilantik S.P.A dari kalangan NGO Cina. Ahli jawatankuasa khas yang dilantik turut memberi pandangan serta cadangan untuk meningkatkan penyertaan dari kalangan masyarakat cina untuk berkhidmat dalam sektor awam. ------  MediaSPA
 
 

Continue reading

Januari 2016 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 5 Jan ----- Mesyuarat kajian S.P.A berkaitan pemberian empowerment

PUTRAJAYA 5 Jan ----- Dato’ Zainal Abidin Ahmad hari ini mempengerusikan Mesyuarat kajian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam berkaitan pemberian empowerment secara pentadbiran kepada agensi kerajaan negeri Sarawak di Putrajaya. Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir, wakil pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). ----- MediaSPA

 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 12

  • Jaga Nama Baik SPA Dan Kerajaan" --- Tan Sri Mahmood Adam

KOTA KINABALU 21 November----- Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan Warga SPA supaya menjaga nama baik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. "Jaga nama baik SPA dan Kerajaan, kerana kalau kita (SPA) buat silap, orang melihat Kerajaan yang silap". Beliau berkata demikian dalam ucapan di Perhimpunan bulanan Urus Setia SPA Cawangan Sabah, di Kota Kinabalu sebentar tadi. Hadir sama Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Ahli-Ahli Suruhanjaya, pegawai-pegawai kanan dan warga Urus Setia SPA Cawangan Sabah. Beliau juga mengingatkan Warga SPA supaya berhati-hati ketika menjalankan tugas supaya tidak membuat keputusan yang melanggar peraturan atau Perlembagaan. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau untuk datang ke pejabat Urus Setia Cawangan Sabah di sini. Di akhir perhimpunan, YBhg. Pengerusi sempat bermesra dengan Warga SPA dan melawat bilik temu duga di sini. ----- MediaSPA

  
 
 
 

Continue reading

Disember 2013 Aktiviti 8

  • Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Khas S.P.A  
       
    SPA, 10 Disember ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Khas S.P.A. Mesyuarat penubuhan jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk penambahbaikan operasi dan pembangunan di S.P.A. Sebanyak 22 jawatankuasa khas yang diumumkan oleh Pengerusi S.P.A akan diadakan secara mingguan dan akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Antara jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa khas Integriti, Keselamatan dan Perlindungan,KPI, Strategik Media, ICT, Transformasi, Kolaborasi, Star Rating, Interaksi Bersama Kementerian dan Jabatan, Portal/Laman Web SPA, Kemahiran Bersama Pelanggan, Urusan Pelaksanaan Temu Duga SPA, Penyelarasan Kelab Sukan SPA, Perancangan Dasar SPA, Penggubalan Soalan Peperiksaan bagi tujuan Bank Data SPA, Pengurusan Data dan Statistik SPA, Buku Laporan Tahunan SPA, Pengurusan Aduan dan One Stop Centre, Kerohanian dan Keagamaan, Pendaftaran Online dan Pengkhususan Bidang Mengikut jawatan, Sumber Manusia dan Jawatankuasa khas Audit & Akaun. ------ MediaSPA
 
 

Continue reading

Your message here