Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 17/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 263 orang dan seramai 1,491 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima (5) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan percubaan dan tiga (3) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PUTRAJAYA 24 September------ Pasukan Bowling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) muncul Johan Pertandingan Bowling Jabatan Perdana Menteri 2012 yang berlangsung di ARL Powerbowl, Alamanda Putrajaya Sabtu lepas. SPA telah menjadi Johan bagi Kategori Lelaki dan Wanita daripada 24 pasukan yang mewakili Kementerian dan Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri. SPA juga dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan dengan memperoleh 3,704 jatuhan pin. Hadiah telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Kewangan dan Pembangunan JPM, Encik Zolkopli Dahalan. ----- MediaSPA
Tan Sri Mahmood Adam Lancarkan Buku "Produk 1 Malaysia Transformasi S.P.A"
S.P.A, 25 Jun ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah melancarkan buku "Produk 1 Malaysia Trasformasi S.P.A" sempena genap satu tahun perkhidmatan beliau di S.P.A. Buku ini memaparkan produk dan statistik pencapaian S.P.A hasil daripada transformasi-transformasi yang telah dilaksanakan. Ianya akan dicetak dan diedarkan kepada warga S.P.A, orang ramai dan turut akan dipaparkan di dalam Portal S.P.A. Terdahulu dalam ucapan beliau, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata, transformasi yang dilaksanakan ini adalah merupakan kerjasama daripada warga S.P.A dan ia telah berjaya dilaksanakan serta dihayati bersama. Beliau juga mahu warga S.P.A menambah/berkongsi ilmu pengetahuan melalui seminar-seminar atau taklimat anjuran S.P.A. Beliau berkata demikian di Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Bahagian Peperiksaan yang bertemakan "Setahun Transformasi Bersama Pengerusi S.P.A". Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia pegawai-pegawai kanan dan Warga S.P.A. ------ MediaSPA
Menteri Di JPM Rasmi Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-18
PUTRAJAYA, 11 Mei ------ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB DatukJoseph Entulu Anak Belaun hari ini telah merasmikan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang diadakan di Putrajaya. Persidangan SPA dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) yang Ke- 18 ini turut dihadiri Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPP, Datuk Dr. Haili Dolhan, Pengerusi-Pengerusi SPA negeri, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta wakil-wakil Kementerian/Jabatan. Terdahulu Tan Sri Mahmood Adam telah membentangkan kertas kerja bertajuk Peperiksaan Online S.P.A: Cabaran dan Kejayaan. Pada sebelah petang sesi khas bersama Tan Sri Shamsudin Osman iaitu Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). ------ MediaSPA
PUTRAJAYA 20 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Majlis Setulus Ingatan Sejambak Kasih malam tadi. Majlis yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya tersebut diadakan sempena pertukaran mantan Setiausaha SPA, YBhg. Dato' Lamien Sawiyo. Beliau telah bertukar ke Parlimen berkuatkuasa pada 11 September 2012 yang lalu. Hadir sama, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam dan Ahli-Ahli Suruhanjaya. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad serta warga SPA. Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian daripada Jabatan Kesenian dan Kebudayaan serta persembahan nyanyian daripada warga SPA. ----- MediaSPA
KUALA LUMPUR,14 Disember------ Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi telah mengadakan program bicarawara “LANDSKAP” di TV1 bertajuk “SPA:Kerjaya Pilihan Atau Terpaksa”. Program yang disiarkan secara langsung selama satu jam bermula pada jam 9.00 malam itu telah menjemput dua orang panel iaitu YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi S.P.A. Antara perkara yang dibincangkan ialah permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam dan statistik pecahan kaum yang memohon jawatan di S.P.A. Rancangan yang dikendalikan oleh pengacara Sayed Munawar SM dan Shuhaimi Mohamed itu turut dibuka talian untuk panggilan penonton. ------ MediaSPA
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum India Dalam Sektor Awam
S.P.A, 26 Jun ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum India Dalam Sektor Awam. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya S.P.A turut dihadiri Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad serta NGO India. Dalam mesyuarat yang berakhir sebentar tadi, mereka turut memberi pandangan dan cadangan untuk menarik lebih ramai kaum India menyertai sektor awam dan memastikan kaum India meghadiri temu duga sekiranya dipanggil untuk sesi tersebut. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga menyampaikan sijil kepada Ahli Jawatankuasa khas yang telah dilantik oleh S.P.A. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 115 orang dan seramai 943 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tujuh (7) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tatatertib, dua (2) kertas Lembaga RayuanKenaikan Pangkat dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Datuk Ramli Juhari Mulakan Tugas Sebagai Setiausaha SPA ke - 17
SPA 11 September----- YBhg. Datuk Ramli Juhari hari ini telah memulakan tugas sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Pelantikan beliau sebagai Setiausaha SPA telah dipersetujui oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato' Seri Dr Ali Hamsa. Beliau yang merupakan Setiausaha ke-17 menerima Nota Serah Tugas Jawatan dari YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, disaksikan oleh Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam petang semalam. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 43/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, 12 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 2,257 orang dan seramai 866 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 8 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan 2 pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
Mesyuarat Pelantikan Dan Penempatan Kaum India Dan Cina Di Kaunter Agensi
S.P.A, 26 Jun ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pelantikan dan Penempatan Kaum India dan Cina di kaunter-kaunter agensi Perkhidmatan Awam. Mesyuarat yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya dihadiri oleh wakil-wakil Kementerian dan Jabatan, wakil NGO India dan Cina serta pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia. Antara perkara yang dibincangkan ialah supaya penempatan kaum Cina dan India terutama yang bertugas di kaunter-kaunter Agensi Kerajaan dikekalkan kerana perkara ini telah diputuskan oleh Kerajaan untuk memudahkan urusan pelanggan yang terdiri dari pelbagai kaum. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 19 Jan ----- Dato' Seri Arpah pengerusikan mesyuarat bersama wanita MCA
PUTRAJAYA 19 Jan ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat bersama delegasi wanita MCA di Putrajaya. Turut hadir Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie dan ahli jawatankuas MCA. Mesyuarat yang berkaitan dengan penyertaan kaum Cina dalam sektor awam itu turut dihadiri Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir. ----- MediaSPA
Majlis Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-18
PUTRAJAYA, 13 Mei ------ Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-18 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal hari ini. Turut hadir Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPP Datuk Dr. Haili Dolhan, Pengerusi-Pengerusi SPA Negeri Ahli-Ahli Suruhanjaya serta wakil-wakil jabatan. Terdahulu sesi menimbang dan meluluskan rumusan Persidangan Ke-18 telah dipengerusikan oleh Tan Sri Mahmood Adam. ------MediaSPA
SPA 10 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Dan Akuan Terima Nota Serah Tugas Jawatan Setiausaha SPA yang ke-16, YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo kepada Setiausaha SPA yang baharu. YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo akan bertukar ke Parlimen Malaysia sebagai Ketua Pentadbir Parlimen berkuatkuasa pada 11 September 2012. Beliau yang mula bertugas di SPA pada 2.2.2008, digantikan oleh Setiausaha SPA yang baharu iaitu YBhg. Datuk Ramli Bin Juhari juga berkuatkuasa pada 11 September 2012. Majlis penyerahan tugas jawatan tersebut telah berlangsung dihadapan Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam. ----- MediaSPA