Accessibility Tools

Skip to main content

Ogos 2015 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 28 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 28/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 162 orang dan seramai 705 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga orang (3) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga orang (3) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tujuh belas (17) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Julai 2018 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 20 Julai ----- Lawatan Kerja SPA ke Jabatan Perikanan Malaysia Pulau Pinang

17 Julai ----- Delegasi SPA yang diketuai oleh YBhg Tan Sri Arpah bt Abdul Razak, ahli-ahli Suruhanjaya serta barisan pengurusan SPA telah mengadakan satu lawatan kerja ke Jabatan Perikanan Malaysia di Batu Maung, Pulau Pinang. Delegasi SPA turut dibawa melawat ke akuarium Tunku Abdul Rahman yang merupakan antara tarikan utama di jabatan ini serta diberikan taklimat berkenaan Jabatan Perikanan Malaysia oleh Ketua Pengarah Perikanan, YBhg Dato' Haji Munir bin Haji Nawi.

 
 
 
 

Continue reading

Mac 2013 Aktiviti 16

  • Tan Sri Mahmood Adam Rasmi Bengkel Bagi Pegawai Lantikan Secara Kontrak Di JPNIN

    KLANG, 30 Mac ------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan Bengkel Penyediaan Cadangan Kertas Kerja Bagi Pegawai Lantikan Secara Kontrak di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri. Bengkel selama tiga (3) hari yang bermula malam tadi diadakan di Hotel GoldCourse, Klang Selangor. Turut hadir, Setiausaha S.P.A YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. Satu taklimat kepada peserta-peserta turut disampaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu mengenai justifikasi keperluan pewujudan jawatan tetap, kajian skim bagi pegawai kontrak dan peluang kenaikan pangkat serta elaun dan kemudahan bagi pegawai-pegawai kontrak JPNIN. Manakala peserta-peserta bengkel hari ini akan membincangkan tiga (3) perkara iaitu Kajian Skim Perkhidmatan Pegawai Lantikan Kontrak, Penstrukturan semula organisasi JPNIN serta elaun dan kemudahan pegawai lantikan kontrak. ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Ogos 2016 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 27 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 27/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 2,128 orang dan seramai 796 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga orang (3) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga orang (4) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tujuh belas (6)kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Ogos 2015 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 5 Ogos : Majlis Jamuan Hari Raya JPM 2015

    PUTRAJAYA, 5 Ogos ------ Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini mengadakan majlis sambutan hari raya 2015 yang diadakan di dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis Hari Raya JPM yang bertemakan “Di sini Kasih Bersemi” di hadiri Perdana Menteri YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Kabinet. Turut hadir, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia. ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

September 2020 Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 7 September ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) ke- 145

PUTRAJAYA 4 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-145 di Putrajaya pada Jumaat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Setiausaha SPKP, Datuk Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, tatatertib dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan ----- Media SPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2018 Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 20 Julai ----- Lawatan Kerja di Kem Bina Negara, Balik Pulau, Pulau Pinang

18 Julai ----- Delegasi SPA yang diketuai oleh YBhg Tan Sri Arpah bt Abdul Razak, ahli-ahli Suruhanjaya serta barisan pengurusan SPA telah mengadakan satu lawatan kerja ke Kem Bina Negara, Biro Tatanegara (BTN) di Balik Pulau, Pulau Pinang. Delegasi SPA turut mendengar taklimat berkenaan peranan dan fungsi Biro Tatanegara yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarahnya, YBhg Datuk Haji Ibrahim bin Saad. Taklimat berkenaan struktur perjawatan BTN telah disampaikan Encik Suzaini bin Ahmad, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan BTN.

 
 
 

Continue reading

Mac 2013 Aktiviti 17

  • Majlis Penutupan Rasmi Bengkel JPNIN

    KLANG, 31 Mac ------ Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari hari ini telah merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Kertas Kerja Bagi Pegawai Lantikan Secara Kontrak di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad dan Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd. Shaiful Ibrahim. Hadir sama Ketua Pengarah JPNIN, YBhg. Dato' Azman Amin Hassan. Bengkel yang diadakan selama 3 hari ini telah diadakan di Hotel Goldcourse Klang. ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Ogos 2016 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 17 Ogos : Pengerusi SPA hadir ke Perasmian ICBOS

    PUTRAJAYA, 16 Ogos ------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hadir ke Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan (ICBOS) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam. Majlis telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Persidangan tiga hari bertemakan “Transformasi Negara melalui Kreativiti dan Inovasi” itu memberi tumpuan kepada kreativiti dan inovasi dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar dan inisiatif negara. Terdahulu, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah diberi penghormatan sebagai salah seorang pembentang kertas di dalam ICBOS untuk slot Community Transformation berdasarkan pengalaman beliau membangunkan komuniti di kawasan penduduk berpendapatan rendah, sesak dan tidak dipedulikan. Transformsi di bawah program National Blue Ocean Strategy (NBOS) telah berjaya membawa perubahan kawasan persekitaran yang lebih sejahtera dan mampan. Transformasi sosial turut menglibatkan penduduk dalam aktiviti sukarelawan dan gotong royong serta "self help" bagi menjaga kawasan masing-masing termasuk menjaga keamanan dan keharmonian. Kira-kira 3,000 peserta dari seluruh dunia termasuk pemimipin-pemimpin luar negara menghadiri persidangan itu, termasuklah pemimpin negara dari negara anggota Komanwel, negara-negara ASEAN dan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) .  ------  MediaSPA

  •  
 
 

Continue reading

September 2020 Aktiviti 6

  • Slot Temu Bual Radio SPRM 360 bersama pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

PUTRAJAYA 10 September 2020 ----- Wawancara bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Tan Sri Zainal Rahim Seman telah berlangsung selama sejam di radio streaming rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu MACC.fm: My Anti-Corruption Channel dengan membincangkan topik “Ketelusan Dalam Perkhidmatan Awam”.

Kunjungan Tan Sri Zainal ke konti MACC.fm di Ibu Pejabat SPRM disambut oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, TPj Razim Mohd Noor.

 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2013

Continue reading

April 2014 Aktiviti 5

  • BERITA BERGAMBAR 2 April ---- "Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ucap tahniah Kepada S.P.A" Tan Sri Mahmood Adam

    Peristiwa bergambar.

 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2016 Aktiviti 7

  • BERITA RINGKAS 19 Ogos : Tan Sri Arpah Terima Kunjungan Hormat Pengerusi SPA Maldives

    PUTRAJAYA, 18 Ogos ------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Maldives, Dr. Aly Shameem semalam. Turut serta dalam kunjungan hormat tersebut adalah Ketua Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Maldives, Mr. Musthafa Luthufee dan Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Kunjungan hormat Dr. Aly Shameem adalah bersempena dengan program Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan (ICBOS) dan Commonwealth Association for Public Administration and Management Biennial Conference (CAPAM) 2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Julai 2018 Aktiviti 7

  • BERITA RINGKAS 20 Julai ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan ke-137

PUTRAJAYA, 20 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan kerja daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Republik Nigeria, semalam. Delegasi seramai 44 orang pegawai itu diketuai oleh Mrs Oyo-Ita Ekanem Winifred. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam disampaikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Setiausaha SPA YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Puan Ruziah Haji Shafei serta pegawai-pegawai kanan SPA. ----- MediaSPA

 

 
 
 
 

Continue reading

Your message here