Julai 2012 Aktiviti 5
- Mesyuarat Suruhanjaya dan Program Retreat Ahli Suruhanjaya
CAMERON HIGHLANDS 17 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya dan Retreat Ahli Suruhanjaya yang bermula semalam di Hotel Equatorial, Cameron Highland. Program Retreat Ahli Suruhanjaya telah dimulakan dengan pembentangan oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo yang bertajuk “Overview SPA Dalam Era Transformasi” diikuti oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari yang bertajuk “Peranan SPA Dalam Urusan Pengambilan”. Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia pula membentangkan tajuk "Peranan SPA Dalam Urusan Perkhidmatan” dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin membentangkan tajuk "Rulling SPA” . Pada hari ini pula, Program Retreat diteruskan lagi dengan sesi perbincangan melibatkan empat (4) kumpulan bersama Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Urus Setia SPA. Terdahulu dari itu, Mesyuarat Mingguan Suruhanjaya telah diadakan pada petang semalam yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. ------ MediaSPA


Februari 2013 Aktiviti 7
- Ahli Suruhanjaya Baharu
S.P.A, 19 Februari ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah menerima dua (2) orang Ahli Suruhanjaya yang baru iaitu YBhg. Datuk Mohd Zain Mohd Dom dan Tuan Haji Sumali Amat. Upacara mengangkat sumpah telah dilakukan dihadapan Hakim Mahkamah Rayuan, Y.A. Dato' Haji Mohd. Zawawi Salleh di Istana Kehakiman di Putrajaya petang tadi dengan diiringi Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Bin Nasuredin. Selepas upacara mengangkat sumpah, YBhg. Datuk Mohd Zain Mohd Dom dan Tuan Haji Sumali Amat telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan menandatangani surat penerimaan jawatan secara rasmi. ------ MediaSPA





April 2014 Aktiviti 13
- BERITA BERGAMBAR 9 April ---- Mesyuarat Bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha SPA Negeri Di Kuantan
Peristiwa bergambar.




Ogos 2016
- PERISTIWA BERGAMBAR 3 Ogos : Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kompleks C, 2016
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 25/2016
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 26/2016
- BERITA RINGKAS 5 Ogos : Pengerusi SPA Hadir Ke Majlis Program Diploma Pascasiswasah Pengurusan Awam
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 27/2016
- BERITA RINGKAS 17 Ogos : Pengerusi SPA hadir ke Perasmian ICBOS
- BERITA RINGKAS 19 Ogos : Tan Sri Arpah Terima Kunjungan Hormat Pengerusi SPA Maldives
- BERITA RINGKAS 22 Ogos : Tan Sri Arpah Terima Kunjungan Hormat Pengerusi SPA Kenya dan Ghana
- BERITA RINGKAS 24 Ogos : Tan Sri Arpah Pengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 28/2016
- BERITA RINGKAS 25 Ogos : Karnival Kerjaya SPA Di Kota Kinabalu Sabah
- BERITA RINGKAS 30 Ogos : PENGERUSI SPA JALANKAN SESI TEMUDUGA
- BERITA RINGKAS 31 Ogos : "Menghayati Sejarah Negara Penting" Pengerusi S.P.A
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 28/2016
Ogos 2015 Aktiviti 15
-
BERITA RINGKAS 14 Ogos : Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke Atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
PUTRAJAYA, 14 Ogos ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak membuat kunjungan hormat Ke atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun semalam. Turut mengiringi Pengerusi S.P.A Setiausaha Puan Lim Mooi Eia. Kunjungan hormat selama 55 minit itu di adakan di pejabat Menteri itu di Putrajaya. ------ MediaSPA


Senarai Sistem SPA
Senarai Sistem SPA

November 2020 Aktiviti 1
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil 24/2020
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya


Julai 2012 Aktiviti 4
- Sesi Interaksi Pengerusi SPA
PUTRAJAYA 13 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Sesi Interaksi Pengerusi SPA Bersama Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah bidang kuasa SPA. Majlis yang di adakan di Auditorium JPM petang semalam dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Sesi interaksi yang dihadiri oleh wakil-wakil Kementarian dan Jabatan ini adalah sesi yang ke dua di adakan di Putrajaya setelah ia diadakan pada 8 Jun 2012 yang lalu. ------ MediaSPA


April 2014 Aktiviti 14
- BERITA BERGAMBAR 9 April ---- Perlawanan Badminton Persahabatan S.P.A vs SUK Negeri Pahang
Peristiwa bergambar.










September 2016 Aktiviti 1
- BERITA RINGKAS 2 Sept Mesyuarat SPKP Kali Ke-130
PUTRAJAYA, 2 September ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuaratnya yang ke-130 pada 2 September 2016 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPKP dan turut dihadiri oleh Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara, Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir mesyuarat berkenaan adalah Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, kenaikan pangkat, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ------ MediaSPA




Ogos 2015 Aktiviti 16
-
BERITA RINGKAS 14 Ogos : Majlis pelancaran sambutan bulan Kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang Kompleks C 2015
PUTRAJAYA, 14 Ogos ------ abatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini telah mengadakan majlis pelancaran sambutan bulan Kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang Kompleks C 2015. Majlis yang diadakan di Dataran Kompleks C itu telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Turut hadir Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia serta warga Kompleks C. ------ MediaSPA




November 2020 Aktiviti 2
- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman
PUTRAJAYA 20 November ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-146 secara dalam talian di Putrajaya pada Jumaat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Setiausaha SPKP, Datuk Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, tatatertib dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan ----- MediaSPA



Julai 2012 Aktiviti 3
- Mesyuarat Pertengahan Penggal SKT 2012
KUALA LUMPUR 11 Julai ------ Mesyuarat Pencapaian Pertengahan Penggal Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2012 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang diadakan di Hotel Saujana Kuala Lumpur, telah berakhir petang tadi. Mesyuarat dua hari yang bermula semalam, telah di pengerusikan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. ------ MediaSPA

Februari 2013 Aktiviti 8
- Pengerusi S.P.A Serah Surat Tawaran Lantikan Ke Perkhidmatan Awam
S.P.A, 21 Februari ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan surat tawaran lantikan ke perkhidmatan awam kepada 298 calon yang telah berjaya dalam temu duga yang dijalankan oleh S.P.A baru-baru ini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi S.P.A YBhg. Dato' R. Segarajah, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Majlis Khas tersebut telah berlangsung di Dewan Temu Duga S.P.A Putrajaya. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tan Sri Mahmood Adam, "Inilah kali pertama S.P.A menyerahkan surat secara terus kepada calon yang berjaya dan ini merupakan Transformasi yang ke-36 dilakukan oleh S.P.A". Majlis khas pada hari ini melibatkan calon-calon bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41, Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Farmasi Gred U41, Pegawai Pergigian Gred U41, Penolong Pegawai Teknologi maklumat Gred F29 dan Penolong Pegawai Penguat kuasa Gred N27. Satu sidang media turut diadakan selepas majlis penyampaian berakhir. ------ MediaSPA








April 2014 Aktiviti 15
- BERITA BERGAMBAR 9 April ---- Sekitar Perlawanan Badminton Persahabatan di Kuantan Pahang
Peristiwa bergambar.







September 2016 Aktiviti 2
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 29 Tahun 2016
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 29/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,572 orang dan seramai 1,026 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga orang (23) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga orang (3) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tujuh belas (14) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.



Ogos 2015 Aktiviti 17
-
BERITA RINGKAS 14 Ogos : Pengerusi S.P.A Hadir di Majlis Jamuan Hari Raya Bahagian Pengambilan Dan Bahagian Peperiksaan
Peristiwa bergambar.




Koleksi Audio
Koleksi Audio

-
Lagu Tekad Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Dengan semangat merdeka
Tertubuhnya Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia
Satu badan yang penuh berwibawa
Bebas adil & berkesan
Asas segala urusannya
Melaksanakan fungsi perlembagaan
Mencorak perkhidmatan awam Negara
Kualiti menjadi teras perkhidmatan
Mudah cepat tepat asas tindakan
Nilai etika murni diamalkan
Mendokong perkhidmatan cemerlang
Sentiasa bertekad & berusaha
Menempuh arus kemajuan
Berbekal semangat yang waja
Bergerak mencapai wawasanLagu oleh:
Abdul Rahman bin Jaafar dan
Allahyarham Alias bin JamsuriLirik oleh:
Tuan Haji Zolkiflie bin Rasip -
Lagu ISO : Satu Aspirasi
Terlakar satu semangat
Menuju selangkah bersama…ke satu matlamat…bermulalah
Penuhi janji harapan
Tingkatkan kerja....berusaha…menuju impian…disinilah
ISO kini penentu kualiti
Satu SPA penuh aspirasi
Khidmat dipuji
Satu visi dan misi...berusahalah...
Janji yang pasti.....jadi realiti
Berteras satu wawasan
Berganding bahu...meneruskan impian satu.....bersamalah
Penuhi janji harapan....tingkatkan kerja berusaha...menuju impian...disinilah.....
ISO kini penentu kualiti
Satu SPA penuh aspirasi
Khidmat dipuji
Satu visi dan misi...berusahalah...
Janji yang pasti......
ISO kini penentu kualiti
Satu SPA penuh aspirasi
Khidmat dipuji
Satu visi dan misi...berusahalah...
Janji yang pasti.....jadi realiti
Lagu oleh:
Puan Aziana binti Abdullah
(Bahagian Pengambilan Khas, SPA)Lirik oleh:
Encik Kamarul Arriffin bin Abu Yahma
(Bahagian Pengambilan Khas, SPA)Penyanyi oleh:
Puan Aziana binti Abdullah
(Bahagian Pengambilan Khas, SPA) -
Lagu Perkhidmatan Awam
Kita memegang amanah bangsa
Kita juga telah berikrar
Taat setia korban tenaga
Bela bangsa dan negara
Etika kerja kita amalkan
Tekun jujur dan berbudaya
Gandakan hasil dan pembangunan
Berkhidmat bakti berjasa
Agama asas pegangan
Perlembagaan negara dijulang
Rukun negara jadi pedoman
Kitalah benteng Malaysia -
Lagu Malaysiaku Gemilang
Marilah kita semua
Atas nama negara bangsa
Dengan Tekad mulia
Maju berwawasan
Mencipta keagungan
Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta
Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur
Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang
Lagu oleh:
Nik Nizam Jaafar - Istana BudayaLirik oleh:
Rais Yatim & Hairul Anuar HarunPenyanyi oleh:
Roy -
Lagu Malaysia Prihatin
Kedamaian milik kita bersama
Amanah bangsa junjung selamanya
Abadikanlah jiwa dan ragamu Teguh sinar cahaya satukan jiwa
Semarakkan api cinta di hati
Pada setiap insan kita gapaikan
Agar gemilang mekar di persada
Satu langkah satu hati untukmu pertiwi
Di mana bumi dipijak
Di situ langit dijunjung
Kita gunungkan semangat sejiwa
Walau di mana saja berada
Makmurnya seiringan
Agar teguh tulus ikhlas dizahirkan
Malaysia Prihatin selamanya
Negara bangsa diutamakan
Khidmat diberi dengan penuh rela
Tanah air yang tercinta
Namamu harum di puncak dunia
Payung mahkota teras pertiwi
Di persada nan gemilang.
Ogos 2020 Aktiviti 1
- Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Ke Pusat Temu Duga SPA Negeri Kedah
KEDAH 06 Ogos ----- YBhg. Datuk Zohari bin Said, Setiauasaha SPA telah mengadakan tinjauan mesra ke Pusat Temu Duga SPA Kedah bagi meninjau perkembangan pembaikan penghawa dingin bangunan Pusat Temu Duga SPA Kedah yang dijangka akan selesai pada Disember 2020 di samping memantau pematuhan SOP temu duga dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


- Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah
KEDAH 06 Ogos ----- YBhg. Datuk Zohari bin Said, Setiausaha SPA turut mengadakan lawatan rasmi ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman di samping mengeratkan hubungan antara SPA Malaysia dan SPA Negeri Kedah.

