Accessibility Tools

Skip to main content

Jun 2012 Aktiviti 19

  • "Tiada peperiksaan khas Untuk mereka yang gagal dalam peperiksaan" ----- Pengerusi SPA

SPA 30 Jun ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata, tiada peperiksaan khas kepada Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) bertaraf kontrak yang gagal dalam peperiksaan yang akan tamat kontraknya pada penghujung tahun ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan salah seorang PTD (Kontrak) dalam sesi soal jawab di majlis taklimat persediaan menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan PTD Gred M41 di dewan Temu duga Aras 6 pagi tadi. Seramai 80 orang PTD (Kontrak) hadir di majlis itu. Semua pegawai-pegawai yang hadir ini tidak lulus ujian peperiksaan dari tahun 2008, 2009 dan 2010. ”Tiada peperiksaan khas untuk anda, ia terbuka untuk semua”, ujarnya. Beliau juga tidak mahu mereka menyalahkan mana-mana pihak apabila gagal dalam peperiksaan. Menjawab satu soalan lagi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata, SPA tidak boleh berjanji akan mengadakan peperiksaan semula dalam masa terdekat atau menyambung kontrak PTD yang akan tamat. Bagaimanapun mereka ini boleh kembali ke jawatan asal. Hadir sama, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam dan Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Zainal Abidin Ahmad. Terdahulu dari itu satu sesi penerangan mengenai sukatan peperiksaan dan Assesment Centre telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Peperiksaan, Puan Faidzah Arshad. Penerangan mengenai penulisan Karangan Bahasa Melayu telah disampaikan oleh Puan Sri Halimah Abdul Majid dari SMK Putrajaya dan penulisan Karangan Bahasa Inggeris oleh Puan Usha Diane a/p Dannis dari SMK Convent Bukit Nenas. ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Februari 2013 Aktiviti 9

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 7 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 7/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan 29 Kertas Rayuan Tatatertib dan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 531 orang dan seramai 717 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 25 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 
 

Continue reading

September 2016 Aktiviti 3

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 29 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 30/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 98 orang dan seramai 2,384 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan orang (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan duaorang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiada kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Ogos 2015 Aktiviti 18

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 30 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 30/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 852 orang dan seramai 715 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, seorang (1) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tindakan Tatatertib dan empat belas (14) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 

Continue reading

Februari 2013 Aktiviti 10

  • Sesi Interaksi S.P.A Di Bagan Datoh Perak

    BAGAN DATOH, 26 Februari ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-persatuan dan Badan-Badan bukan Kerajaan di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Perak. Sesi interaksi yang ke-15 ini dihadiri oleh Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Sesi Taklimat Kerjaya juga diadakan yang telah dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah di sekitar Bagan Datoh dan Teluk Intan, Perak. S.P.A juga turut mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Karnival Kerjaya yang mendapat sambutan orang ramai ini turut dihadiri Ahli Parlimen Bagan Datoh, YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan beliau turut melawat gerai-gerai pameran dengan diiringi oleh YBhg. Dato' R. Segarajah.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

September 2016 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 26 Sept : Lawatan Kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura Ke SPA Malaysia

    PUTRAJAYA, 26 September ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah menerima kunjungan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura. Delegasi seramai 17 orang telah diketuai oleh Mr Eddie Teo, Pengerusi SPA Singapura diiringi oleh HE Mr Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, Ahli-Ahli Suruhanjaya SPA Singapura dan pegawai-pegawai kanan SPA Singapura. Taklimat mengenai SPA telah disampaikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Lawatan pada hari ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad, Setiausaha SPA, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Timbalan-Timbalan Setiausaha dan Setiausaha Bahagian SPA Malaysia.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2015 Aktiviti 19

  • BERITA RINGKAS 19 Ogos : Kunjungan Hormat Pegawai Tertinggi CUEPACS Ke S.P.A

    PUTRAJAYA, 19 Ogos ------ Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Delegasi seramai 7 pegawai tertinggi CUEPACS diketuai oleh Presidennya, Datuk Azih Muda. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah disampaikan oleh Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia.  ------  MediaSPA

 

Continue reading

Januari 2019

Continue reading

Julai 2018 Aktiviti 9

  • BERITA RINGKAS 24 Julai ----- Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

PUTRAJAYA, 22 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih yang diadakan di Putrajaya pada Ahad. Majlis adalah bersempena tamat perkhidmatan Pengerusi SPA dan Ahli-Ahli Suruhanjaya serta persaraan warga SPA pada tahun ini. Turut hadir Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Timbalan Pengerusi YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Setiausaha YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ahli-Ahli Suruhanjaya pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. ----- MediaSPA

 

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Februari 2013 Aktiviti 11

  • SPA Ditahap Prestasi Yang Baik -- Datuk Ramli Juhari

    S.P.A, 28 Februari ------  Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A), YBhg. Datuk Ramli Juhari berkata, S.P.A kini pada tahap prestasi baik kerana tidak menerima aduan sehingga memudaratkan dan terpaksa menjelaskan kepada Kabinet atau Parlimen yang boleh menyebabkan imej S.P.A tercalar. Menurutnya lagi, beliau meminta agar warga S.P.A mengekalkan kecemerlangan seperti tahun-tahun yang lepas. Beliau berkata demikian di Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Bahagian Pengurusan Maklumat yang diadakan di Dewan Temu duga semalam. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Terdahulu dari itu beliau berkata, dengan kemudahan teknologi terkini, warga S.P.A diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang salah kepada orang luar. YBhg. Datuk Ramli juga mengingatkan kepada pegawai yang terlibat memaklumkan mengenai keputusan temu duga supaya menepati tarikh keputusan seperti yang dijanjikan, supaya calon tidak tertanya-tanya atau menunggu terlalu lama. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada warga S.P.A yang mendapat kenaikan pangkat dan meraih kejayaan dalam sukan anjuran PASPA.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

April 2014 Aktiviti 18

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 14 bagi tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 14/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 306 orang dan seramai 744 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 18 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

September 2016 Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 27 Sept : Bengkel Penggubalan Soalan 2016

    IPOH, 27 September ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Bengkel Penggubalan Soalan 2016 yang diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh Perak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai-pegawai kanan SPA. Bengkel penggubalan soalan pada kali ini turut menjemput wakil-wakil dari Kementerian/Jabatan serta pegawai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Penerbitan

Continue reading

Januari 2019 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 1 Tahun 2019

Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil: 1/2019 pada 7 Januari 2019 di Putrajaya.

 
 
     

    Continue reading

    Julai 2018 Aktiviti 10

    • BERITA RINGKAS 20 Julai ----- Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 Di Akademi Kastam DiRaja Malaysia Kuching

    KUCHING, 20 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Imigresen telah mengadakan Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 untuk calon di Sarawak yang berlansung dari 19 - 20 Julai di Akademi Kastam DiRaja Malaysia Jalan Matang, Kuching. ----- Urus Setia Sarawak

     

     
     
     

    Continue reading

    Februari 2013

    Continue reading

    September 2016 Aktiviti 6

    • BERITA RINGKAS 27 Sept : Tan Sri Arpah Pengerusikan Mesyuarat Bersama Pengurus Sumber Manusia

      IPOH, 27 September ------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pengurus Sumber Manusia Kementerian/Jabatan dan Pentadbiran Negeri di Bawah Bidang kuasa SPA yang diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, Perak. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Mohtar Mohd Abdul Rahman, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai Bahagian Sumber Manusia dari pelbagai Kementerian/Jabatan.  ------  MediaSPA

     
     
     

    Continue reading

    Your message here