Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 410 orang. Manakala, 12 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 10 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Catatan : Pecahan pelantikan adalah seperti berikut:
BERITA RINGKAS 9 Sept : Mesyuarat Suruhanjaya Di Kota Kinabalu Sabah
KOTA KINABALU, 9 Sept------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke 32/2015 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat mingguan ini telah di pengerusikan oleh Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia, Timbalan-Timbalan Setiausaha serta pegawai-pegawai kanan ------ MediaSPA
Program Outreach SPA Di SMK Sematan, Sematan, Sarawak
06 Mac 2019(Rabu) ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Outreach di Dewan SMK Sematan , Sematan. SMK Sematan terletak lebih kurang 116 KM melalui jalan darat dari pejabat SPA. Pergerakan boleh melalui jalan Matang ke Sempadi dengan menaiki feri Rambungan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi maklumat kepada pelajar sekolah berkaitan peluang kerjaya di dalam sektor awam apabila mereka menamatkan persekolahan nanti. Taklimat "Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia" telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian iaitu Encik Matthew Anak Dominic Barin, turut terlibat dalam program kali ini adalah Encik Siw Woo Kiiong(PSU PG) dan Puan Amelna Anuar(PSU KT). Selain itu SPA Malaysia Cawangan Sarawak juga membuka booth pameran bagi memudahkan pelajar mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh SPA. Seramai 168 pelajar yang terlibat dalam program kali ini.
BERITA RINGKAS 18 November : KSN Rasmi Persidangan Tahunan PUSPANITA Ke-4 2016
PUTRAJAYA, 17 November------ Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa telah merasmikan Persidangan Tahunan PUSPANITA ke-4 2016 yang diadakan di Dewan Seri Endon, PUSPANITAPURI Putrajaya, semalam. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad yang telah menerima Sijil Penghargaan Penyertaan Pameran daripada YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Persidangan selama dua (2) hari tersebut bertemakan “Peranan PUSPANITA dalam memperkasa kepimpinan dan mendepani cabaran Global”. SPA telah membuka booth pameran kerjaya yang turut disertai oleh pelbagai agensi, kementerian dan jabatan. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 10 Sept : "Jangan runtuhkan moral diri sendiri melalui sosial media" Pengerusi S.P.A
KUCHING, 9 Sept------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak mengingatkan warga S.P.A supaya jangan terlalu mudah meruntuhkan moral diri sendiri dengan secara sengaja atau tidak sengaja melalui sosial media. Beliau berkata demikian di majlis perhimpunan bulanan anjuran urus setia S.P.A Cawangan Sabah, di Kota Kinabalu petang semalam. Tambahnya lagi kita sebagai penjawat awam juga mestilah setia kepada kerajaan semasa yang memerintah. “Jangan menokok tambah isu-isu yang boleh menjejaskan perkhidmatan awam atau kerajaan yang sengaja direka oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab” tegasnya. Di akhir majlis, Dato’ Seri Arpah telah melancarkan Ekosistem Kundusif Sektor Awam (EKSA) peringkat S.P.A. ------ MediaSPA
PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29 (PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik)
PEGAWAI ANTIDADAH GRED S41 (AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN MALAYSIA) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik)
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 (JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SERTA DI PELBAGAI KEMENTERIAN/ JABATAN) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik)
PEMBANTU PERANGKAAN GRED E19 (JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik)
PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29 (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS) (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik)
SPA 6 Mac ----- Setiausaha baharu SPA YBrs. Encik Zohari bin Said telah mengadakan lawatan Ramah Mesra bersama Warga SPA pada petang semalam. Lawatan turut diiringi YBrs. Tuan Haji Ikhbal Hanam bin Mukras, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan).
BERITA RINGKAS 18 November : Majlis Jasamu Dikenang
PUTRAJAYA, 17 November------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia , YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hadir ke Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan lima (5) orang pegawai SPA yang bersara wajib sepanjang tahun ini. Majlis yang diadakan di Anjung Ilham turut dihadiri Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris serta pegawai-pegawai SPA. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi SPA kepada pesara diantaranya adalah supaya memanfaatkan persaraan ini dengan sebaiknya dan berehat secara sihat serta meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang . Beliau juga turut mengingatkan betapa pentingnya mengawal pemakanan dan menjaga kesihatan. Di akhir majlis, YBhg. Tan Sri Arpah menyampaikan sijil dan cenderamata kenangan daripada SPA. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 10 Sept : Dato' Seri Arpah Abdul Razak Pengerusikan Mesyuarat Khas Suruhanjaya
KOTA KINABALU, 10 Sept------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Khas Suruhanjaya yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi tadi dipengerusikan oleh Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------ MediaSPA
Program Pameran Kerjaya Anjuran SPA Malaysia Cawangan Sarawak
14 Mac 2019 (Khamis) ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Pameran Kerjaya sempena penyampaian Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di empat(4) buah Sekolah yang terpilih iaitu SMK Seri Setia Tabuan Jaya Kuching, SMK Tun Abdul Razak Siburan Kuching, SMK Sadong Jaya Samarahan dan di SMK Sematan, Lundu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi maklumat kepada pelajar sekolah berkaitan peluang kerjaya di dalam sektor awam apabila mereka menamatkan persekolahan nanti. Encik Matthew Anak Dominic Barin (SUB SK) turut hadir bersama ke beberapa buah sekolah yang terlibat dan memberi penerangan dan tips serta panduan untuk memasuki Perkhidmatan Awam kepada pelajar-pelajar yang melawat ke Booth pameran SPA Malaysia Cawangan Sarawak. Beberapa orang kakitangan dari SPA Malaysia Cawangan Sarawak juga turut terlibat dalam penganjuran program ini. Anggaran seramai 500 lebih pelajar yang terlibat dalam program kali ini.
BERITA RINGKAS 05 Oktober ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) ke- 138
PUTRAJAYA, 05 Oktober ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-138 di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman. Turut hadir Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Ketua Hakim Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YA Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat, tatatertib dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- MediaSPA