Accessibility Tools

Skip to main content

November 2016 Aktiviti 7

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 38 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 38/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 2,707 orang dan seramai 2,202 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 13 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua(2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 13 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

    Catatan :
    Pecahan pelantikan adalah seperti berikut:

    Jenis Lantikan/ Bahagian Pelantikan Tetap Pelantikan Secara Kontrak Pelantikan Semula Secara Kontrak Pelantikan Secara Kontrak Selepas Bersara Pelantikan Semula Secara Kontrak Selepas Bersara Jumlah Keseluruhan
    PG 70 4 2,381 1 0 2,456
    PK 198 0 53 0 0 251
    Jumlah 268 4 2,434 1 0 2,707

     

 
 

Continue reading

September 2015 Aktiviti 15

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 32 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 32/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 259 orang dan seramai 1,441 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan orang (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas Tindakan Tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lapan belas (18) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Mac 2019 Aktiviti 9

  • Taklimat Pelaksanaan Budibicara oleh LembagaRayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam oleh YBrs Tuan Shamsul bin Bolhassan, Ketua Unit Bahagian Sivil, Jabatan Peguam Negara

Kelantan ----- 18 Mac 2019 ( Isnin ) Taklimat Pelaksanaan Budibicara oleh LembagaRayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam oleh YBrs Tuan Shamsul bin Bolhassan, Ketua Unit Bahagian Sivil, Jabatan Peguam Negara

 
 
 

Continue reading

Oktober 2018 Aktiviti 6

  • Pameran SPA di Batu Pahat, Johor

12 Oktober --- Pasukan Outreach SPA telah berada di Dataran Penggaram, Batu Pahat, Johor menjayakan program Gambus@Johor anjuran JKKN Johor. Program selama dua hari ini telah menarik minat pengunjung di sekitar Batu Pahat dan SPA telah membantu pengunjung dengan membuat permohonan pekerjaan secara online, khidmat konsultansi dan semakan status permohonan.

 
 

Continue reading

November 2016 Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 29 November : Hari Keluarga SPA 2016

    PUTRAJAYA, 28 November ------ Persatuan Anggota-Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PASPA) telah menganjurkan Hari Keluarga SPA 2016 yang diadakan di Taman Rempah Bukit Expo, UPM Serdang Sabtu lepas. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Hari Keluarga yang bermula pada jam 8 pagi itu turut dihadiri Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta warga SPA. Acara dimulakan dengan senamrobik diikuti sukaneka yang disertai oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya, warga SPA serta ahli keluarga. ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

September 2015 Aktiviti 16

  • BERITA RINGKAS 17 Sept : Kunjungan hormat Delegasi SPA Negeri Pahang dan Negeri Terengganu ke atas Dato' Seri Arpah Abdul Razak

    PUTRAJAYA, 17 Sept ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi SPA Negeri Pahang, YH. Dato’ Haji Mohamad Ridzwan Haji Mohd Tahar dan Pengerusi SPA Negeri Terengganu, Dato’ Haji Mohd @ Daik Ngah. Delegasi Pengerusi SPA Negeri-negeri bersama-sama Ahli-Ahli Suruhanjaya itu turut diberi taklimat oleh Setiausaha S.P.A Malaysia Puan Lim Mooi Eia. Terdahulu ketibaan YH. Dato’ Haji Mohamad Ridzwan dan Dato’ Haji Mohd @ Daik disambut oleh Dato’ Seri Arpah di pejabatnya di Putrajaya.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Warga SPA

Continue reading

Mac 2019 Aktiviti 10

  • Kunjungan Hormat YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar, KSN ke SPA

Putrajaya ----- 25 Mac 2019 ( Isnin ) Kunjungan Hormat YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar, KSN ke SPA.

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2018 Aktiviti 7

  • Pameran SPA di Batu Pahat, Johor

12 Oktober --- Pasukan Outreach SPA telah berada di Dataran Penggaram, Batu Pahat, Johor menjayakan program Gambus@Johor anjuran JKKN Johor. Program selama dua hari ini telah menarik minat pengunjung di sekitar Batu Pahat dan SPA telah membantu pengunjung dengan membuat permohonan pekerjaan secara online, khidmat konsultansi dan semakan status permohonan.

 
 

Continue reading

Mac 2014 Aktiviti 3

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8 bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 626 orang dan seramai 815 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 20 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 
 

Continue reading

November 2016 Aktiviti 9

  • BERITA RINGKAS 30 November : Tan Sri Arpah Melancarkan Aplikasi mySPA8i

    PUTRAJAYA, 29 November ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah melancarkan aplikasi mudah alih iaitu mySPA8i sebagai alternatif kepada Sistem SPA8i versi web. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Haji Abdullah Tahir. Aplikasi mudah alih mySPA8i ini boleh dimuat turun dan digunakan bagi peranti yang beroperasikan Android, iOS dan Windows. Aplikasi mudah alih yang telah dibangunkan dengan kerjasama MAMPU ini terdapat beberapa modul antaranya seperti Pendaftaran MyID, Lupa Kata Laluan, Maklumat Pemohon, Maklumat Akademik, Maklumat Kokurikulum, Maklumat Tambahan, Pegawai Sedang Berkhidmat, Jawatan Dimohon dan Pengakuan Pemohon. ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

September 2015 Aktiviti 17

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 4,504 orang dan seramai 1,323 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima orang (5) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas Tindakan Tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua puluh satu (21) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 
 

Continue reading

Mac 2019 Aktiviti 11

  • Program Bario Public Service Outreach di Pusat Internet Bario, Miri

Bario, Miri ----- 25 Mac 2019 ( Isnin ) SPA Malaysia Cawangan Sarawak telah hadir ke Program Bario Public Service Outreach di Pusat Internet Bario, Miri anjuran Pejabat YB Dato Gerawat Gala (Timbalan Speaker DUN Sarawak merangkap ADUN Mulu). Objektif Program ini adalah untuk memberi perkhidmatan ke kawasan luar Bandar dan mengeratkan hubungan Agensi dengan komuniti setempat serta merasai sendiri bagaimana corak kehidupan di luar bandar. Perjalanan melalui darat dari Bandaraya Miri ke Bario mengambil masa lebih kurang 13 Jam. Manakala melalui udara adalah 45 minit. Pelbagai aturcara telah dilaksanakan antaranya adalah Taklimat kerjaya dan tips temuduga yang disampaikan oleh Encik Matthew Anak Dominic Barin (SUB SK).Selain itu, SPA Malaysia Cawangan Sarawak juga membuka booth pameran bagi memudahkan Pegawai SPA berinteraksi serta memberi khidmat nasihat mengenai kerjaya dalam perkhidmatan Awam Persekutuan kepada pengunjung yang hadir iaitu lebih kurang seramai 50 orang.Pihak SPA Malaysia Cawangan Sarawak juga mengadakan aktiviti berinteraksi dengan penduduk Kampung di sekitar Bario untuk menyampaikan maklumat dan tatacara memohon Perjawatan dalam SPA Malaysia.Turut hadir ke program berkenaan adalah YB Dato Gerawat Gala dan Mr.Robertson Bala ( Penghulu Bario ).Pegawai SPA yang terlibat dalam program ini adalah Encik Siw Woo Kiiong ( Unit PG ), Cik Fiona George Surang, Encik Doni Sahari dan Encik Azzrie Yusuffi ( Unit PN ) serta PSH dari Pusat Temuduga Miri.

 
 
 

Continue reading

Oktober 2018 Aktiviti 8

  • Lawatan Kerja YBhg. Pengerusi SPA ke SPA Negeri Pahang

16 Oktober 2018 --- Delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang diketuai oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman telah melakukan lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang di Kuantan. Lawatan kerja ini turut disertai oleh Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato' Sri Zoal Azha bin Yusof, ahli-ahli Suruhanjaya iaitu YBhg. Dato' Selwyn Vijayarajan Das dan YBhg. Datuk Yeow Chin Kiong beserta urusetia SPA Malaysia. Timbalan Pengerusi SPA Negeri Pahang, YH. Dato' Hj. Abdul Rahim bin Mohamad turut menyampaikan taklimat ringkas berkenaan SPA Negeri Pahang.

 
 
 

Continue reading

Your message here