Mac 2014 Aktiviti 7
- BERITA BERGAMBAR 5 Mac ---- Mesyuarat Pengambilan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27 di CGSO, JPM
Peristiwa bergambar.



Accessibility Tools
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 39/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,344 orang dan seramai 1,098 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 21 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua(2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 15 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
BERITA RINGKAS 30 Sept : Mohd Razif Ab Latif dari S.P.A terima Anugerah Khas Pencapaian Sukan
PUTRAJAYA, 29 Sept ------ Mohd Razif Ab Latif dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menerima Anugerah Khas Pencapaian Sukan sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2015. Anugerah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Joseph Entulu Anak Belaun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC), Putrajaya semalam. Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Turut hadir Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak dan Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad. ------ MediaSPA
PUTRAJAYA 5 April ----- Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Nasional (NFCC) Dato' Seri Mustafar Ali telah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman pada Jumaat. Turut hadir dalam perjumpaan itu Setiausaha SPA En Zohari Said, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Suhaimi Jusoh, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras dan pegawai-pegawai kanan SPA.----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 31/2018 pada 15 Oktober 2018 di Kuantan, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman.
KUALA LUMPUR 1 Nov ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menjalankan peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41. Peperiksaan yang dihadiri seramai 44,908 termasuk calon yang berada di luar Negara telah berjaya menjawab soalan dengan tidak menghadapi masalah teknikal yang berpusat di JARING. Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam yang turut hadir mensifatkan peperiksaan PTD ini ialah sebagai “ibu segala peperiksaan”. “Saya amat bersyukur kepada Allah, kerana peperiksaan ini berjalan dengan lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah teknikal”, katanya. Yang turut hadir Timbalan Pengerusi Dato’ R.Segarajah, Setiausaha Datuk Ramli Juhari. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Haji Zakaria Hj Jaafar, yang turut menyaksikan perjalanan peperiksaan ini. SPRM akan menggunakan system peperiksaan online yang digunakan oleh S.P.A untuk lantikan pegawainya dalam masa terdekat. ------ MediaSPA
Peristiwa bergambar.
KANGAR, 04 Disember ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah muncul juara dalam Pertandingan Bola Jaring sempena Kejohanan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) 2016 yang diadakan di Dewan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis pagi tadi. Pasukan SPA menewaskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan jaringan 14 – 7. Terdahulu dalam ucapan yang disampaikan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin semasa pelepasan pasukan pada Khamis lepas berkeyakinan bahawa pasukan Bola Jaring SPA akan memperoleh kejayaan memandangkan pada tahun lepas (2015) pasukan ini muncul naib juara. Selain itu, SPA juga turut menghantar pasukan bola sepak namun tuah tidak berpihak kepada SPA pada tahun ini. ------ MediaSPA
Bagi maksud pendaftaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya kepada tujuh (7) kategori utama ketidakupayaan seperti berikut:
Kategori | Penjelasan |
Kurang Upaya Pendengaran |
Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu: Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa)Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB) Teruk (Severe) - (60 - < 90 dB) Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB) |
Kurang Upaya Penglihatan |
Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan sepeti cermin mata atau kanta sentuh. OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagi kepada: Buta (Blind) Penglihatan Terhad (Low Vision/Partially Sighted) |
Kurang Upaya Fizikal | Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal. |
Masalah Pembelajaran | Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otal yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay). |
Kurang Upaya Pertuturan | Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar. |
Kurang Upaya Mental |
Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik. |
Kurang Upaya Pelbagai | Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima (5) kategori lain yang sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai. |
PUTRAJAYA 22 April ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman telah melancarkan Program Senaman Ringan atau X-Break peringkat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, semalam. Program yang diadakan sempena perhimpunan bulanan SPA ini turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA En. Zohari Said, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Terdahulu dalam ucapan, Tan Sri Zainal Rahim memperkenalkan Ahli-Ahli Suruhanjaya baharu dan seterusnya menyampaikan kit kepada kakitangan baharu yang melaporkan diri di SPA ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar : Unit Inovasi dan Latihan, Bahagian Pengurusan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan Kursus Team Building Siri I di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis pada 21-23 September 2018.
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
BANGI, 02 Disember ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuaratnya yang ke-131 pada 2 Disember 2016 di Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPKP dan turut dihadiri oleh Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara, Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan Peguan Cara Negara II. Turut hadir mesyuarat berkenaan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad, Ketua Pendaftar dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, kenaikan pangkat, tatatertib, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 1 Okt : Dato' Zainal Abidin Ahmad pengerusikan mesyuarat Pra Suruhanjaya
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar : Unit Inovasi dan Latihan, Bahagian Pengurusan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan Kursus Team Building Siri II di Kem Latihan Brindley, Port Dickson pada 19-21 Oktobert 2018.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 38/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 531 orang dan seramai 877 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, enam (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan sepuluh (10) kertas Lembaga RayuanTatatertib.