November 2018 Aktiviti 3
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33 Tahun 2018
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 33/2018 pada 5 November 2018.



Accessibility Tools
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 33/2018 pada 5 November 2018.
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA, 11 Mac ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-123 pada 11 Mac 2014 di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Mesyuarat talah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPKP dan dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim Mahkamah Rayuan serta YA Hakim Mahkamah Tinggi. Mesyuarat turut dihadiri YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha SPKP, Jemaah Pegawai SPKP iaitu YBhg. Peguam Cara Negara, YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Pihak SPKP telah menimbang dan membuat keputusan melibatkan 150 Pegawai Undang-Undang pelbagai gred bagi urusan Pelantikan Pegawai Undang-Undang, Kenaikan Pangkat, Pemangkuan, Pelepasan Peminjaman dan Tindakan Tatatertib. Selain itu, sebanyak 36 kertas pertimbangan Suruhanjaya secara edaran (e-Circulation SPKP) dan urusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen serta penetapan gaji permulaan oleh Jemaah Pegawai SPKP telah diratifikasikan oleh Suruhanjaya. ------ SPKP/MediaSPA
PUTRAJAYA, 2 Jan ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berharap semoga tahun 2015 akan memberikan kejayaan yang lebih cemerlang kepada SPA, berinovatif, berintegriti dan berdaya saing serta akan terus unggul di perkhidmatan awam. Beliau berkata demikian dalam perutusan Tahun Baharu 2015 kepada warga S.P.A. Menurutnya lagi S.P.A sebagai Pihak Berkuasa Melantik yang merupakan gerbang perkhidmatan awam, berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik dibawah fungsinya yang menuntut perkhidmatan awam kini lebih mesra rakyat dan disenangi oleh semua pihak. “Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) bertekad untuk bersama-sama menggalas TRANSFORMASI bagi memenuhi kehendak rakyat dan pelanggan khususnya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan selaras dengan Gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya. Terdahulu dari itu beliau berkata, Walaupun di bawah tirai 2014 memberikan satu pengalaman dan dugaan buat rakyat Malaysia, beliau berharap agar semua rakyat akan terus tabah, yakin dan terus membina masa depan bersama, bersatu padu, moderat dan makmur untuk semua rakyat Malaysia. Semoga tirai baru ini dimulakan dengan penuh semangat dan penuh dedikasi dengan jayanya,” jelasnya. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 15 Okt : Mesyuarat antara S.P.A dan JPA
PUTRAJAYA, 15 Okt ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya. Mesyuarat di pengerusikan oleh Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Dato’ Jalil Marzuki. Hadir sama Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pegawai-pegawai kanan S.P.A dan JPA. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi tadi adalah berkaitan dengan urusan perjawatan. ------ MediaSPA
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 16/2019.
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 34/2018 pada 12 November 2018.
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA, 4 Jan ------ Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya semalam turut disertai Kontinjen daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A). Perarakan 149 kontinjen yang membabitkan 12 ribu peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta institut pengajian tinggi dan NGO memulakan perarakan dari hadapan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri sejauh 1.8 kilometer menuju ke Masjid Putra. Kontinjen S.P.A diketuai oleh Setiausaha Datuk Ramli Juhari. Sambutan yang bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. ------ MediaSPA
PERISTIWA BERGAMBAR 20 Okt : Dato' Seri Arpah hadir ke Seminar Bersama ke-7 dan Sukan Perkhidmatan Awam Malaysia & Singapura
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 27 Mei ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman hadir ke majlis perhimpunan bulanan SPA di Putrajaya pada Isnin. Hadir sama Timbalan Pengerusi, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Pada majlis itu Tan Sri Zainal Rahim turut menyampaikan kit kepada kakitangan SPA yang baharu melapor diri dan menyerahkan barangan keperluan asas kepada kakitangan terpilih yang disumbangkan oleh SPAVOL ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 12 November ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman telah merasmikan hari inovasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tahun 2018, pada Isnin. Majlis turut dihadiri Timbalan Pengerusi, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Setiausaha Dato’ Zainal Abidin Ahmad pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Dalam ucapan perasmian, Tan Sri Zainal Rahim mengucapkan tahniah kepada SPA kerana menjadi Johan Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri (AIJPM 2018) kategori ICT, melalui sistem eTapis. Pengerusi SPA turut menyampaikan hadiah-hadiah pertandingan Horizon KIK, pertandingan montaj, sudut inovasi, reka cipta dan tresure hunt.– MediaSPA
SPA, 11 Januari ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) semalam telah menerima lawatan daripada Kementerian Perkhidmatan Awam Lesotho. Delegasi seramai tujuh (7) orang itu diketuai oleh Menteri Perkhidmatan Awam Lesotho, Ephraim Ramootsi Lehata. Ketibaan delegasi Lesotho disambut oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Taklimat ringkas mengenai SPA disampaikan oleh Encik Zainal Abidin Ahmad di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya, Aras 10. ------ MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 1/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 2,640 orang dan seramai 1,230 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, sepuluh (10) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tiga belas (13) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PERISTIWA BERGAMBAR 20 Okt : Mesyuarat S.P.A dengan SITF
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 29 Mei ----- PUSPANITA Cawangan Kecil SPA hari ini telah menganjurkan majlis tadarus dan khatam Al Quran 1440 H. Majlis turut dihadiri Setiausaha SPA Encik Zohari Said, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Suhaimi Jusoh, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras serta warga SPA. Hadir sama Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA Puan Umi Kalshom Abdul Ghafar. Majlis bacaan Al Quran serta doa dipimpin oleh Ustaz Mohd Zarifi Mohd Daud daripada JAKIM ----- MediaSPA
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 35/2018 pada 19 November 2018. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Tanah dan Daerah Timur Laut, Tingkat 51, KOMTAR, Pulau Pinang.