"KIK untuk penambahbaikan berterusan" ---- Tan Sri Mahmood Adam
S.P.A, 7 Nov ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan warga S.P.A supaya penyertaan dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bukan hanya disebabkan pekeliling atau pun hanya satu arahan sahaja, sebaliknya beliau mahu ia dijadikan sebagai satu medium penambahbaikan yang berterusan terutama untuk organisasi. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena merasmikan Konvensyen KIK peringkat S.P.A 2013 yang diadakan di Dewan Temu duga S.P.A hari ini. Menurutnya lagi, S.P.A kini telah pun berubah mengikut kehendak “stakeholder” sebagaimana yang diminta oleh pemimpin dan seperti yang dimahukan oleh pelanggan. Turut hadir, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Konvensyen KIK peringkat S.P.A tahun ini disertai sebanyak 9 kumpulan termasuk dari Urus setia S.P.A Cawangan Sabah dan Sarawak. ------ MediaSPA
PERISTIWA BERGAMBAR 21 Okt : S.P.A terima pelawat dari Philippines
PUTRAJAYA, 20 Okt------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) terima kunjungan delegation of Career executive board of Philippines petang semalam. Delegasi seramai (5) orang pegawai itu diketuai oleh Atty. Maria Anthonette Velasco-Allones, Ceso I. Ketibaan telah disambut oleh Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan sesi taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh beliau. ------ MediaSPA
Sesi Perbincangan bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Sesi perbincangan di antara SPA Malaysia dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 19 November 2018 di Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah dan Daerah Timur Laut, Tingkat 51 KOMTAR, Pulau Pinang. Ahli-ahli Suruhanjaya bersama Urus Setia SPA Malaysia turut hadir bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Majlis Inovasi S.P.A 2013, Kumpulan MERPATI Juara Tiga Tahun Berturut-Turut
S.P.A, 9 Nov ------ Kumpulan MERPATI 3.0 dari Bahagian Perkhidmatan muncul Juara dalam Pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) yang diumumkan di Majlis Hari Inovasi S.P.A 2013 yang diadakan di Dewan Temu Duga S.P.A semalam. Ini adalah merupakan kemenangan tiga tahun berturut-turut kumpulan itu sejak 2011. Dengan memperoleh markah 73.69 peratus dan telah dicabar oleh Kumpulan CITRA dari Bahagian Peperiksaan yang telah mendapat tempat kedua dengan memperoleh markah 70.21 peratus. Tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan PKPK SPA dari Bahagian Pengambilan Khas yang memperoleh markah 63.34 peratus. Dimajlis ini juga turut diumumkan pejabat terbaik telah dimenangi oleh Bahagian Pengambilan Khas diikuti oleh Bahagian Pengurusan Maklumat di tempat kedua dan Bahagian Naik Pangkat Dan Tatatertib pula di tempat ketiga. YBhg. Tan Sri Mahmood juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Cerpen dan Pertandingan Jejak Kenegaraan. Terdahulu dari itu, Pengerusi Bank Rakyat, YBhg. Tan Sri Sabbaruddin Chik telah menyampaikan ceramah khas sempena Hari Inovasi S.P.A 2013. Majlis diakhiri dengan pengumuman Tokoh Transformasi S.P.A 2013 iaitu YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan cenderamata khas telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ramli Juhari. Turut hadir di majlis itu Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 758 orang dan seramai 1,011 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga (3) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tindakan Tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan enam (6) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman di Rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1
23 November 2018 --- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim telah bersiaran secara langsung di TV1(RTM) dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia. Dalam segmen bersama Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Pengerusi telah menerangkan mengenai peranan dan fungsi SPA. Beliau telah diiringi oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam bin Mukras, Pegawai Khas Encik Wan Zulhazmi bin Wan Yusof dan Pegawai Perhubungan Awam SPA, Puan Sharifah Anita Wafa bt Syed Munir Wafa.
PUTRAJAYA, 10 Nov ------ Pasukan badminton S.P.A muncul naib juara setelah tewas 1 – 3 kepada pasukan Felda dalam perlawanan akhir Badminton Jabatan Perdana Menteri 2013, yang berlangsung di dewan Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya petang tadi. Pertandingan badminton JPM yang bermula sejak semalam (Sabtu) telah disertai oleh 31 pasukan yang terdiri dari ajensi di bawah JPM. Menurut ketua pasukan, Noor Azli Abdul Hamid, beliau mengulas “ini adalah pencapaian terbaik pasukan badminton kita dalam pertandingan anjuran JPM, walaupun pasukan ini baru dua bulan ditubuhkan, tapi telah pun menjadi naib juara, ujar beliau. “Kita akan mantapkan lagi pasukan, terutama pasangan bergu wanita untuk perlawanan yang akan datang ”. Pasukan naib juara ini turut menerima pingat dan wang tunai seribu ringgit. ------ MediaSPA
PUTRAJAYA, 9 Jan------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan MAMPU mengadakan perhimpunan khas bersama yang dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun yang diadakan di Dewan Utama, Kementerian Kewangan Presint 2 Putrajaya, semalam. Perhimpunan pertama yang mengabungkan diantara pegawai S.P.A, SPP dan MAMPU turut dihadiri Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPP Datuk Dr. Haili Dolhan, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Ketua Pengarah MAMPU Datuk Omar Kaseh. Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar integriti Perkhidmatan Awam dan seterusnya amanat yang disampaikan oleh Datuk Joseph Entulu. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 23 Okt : Delegasi dari Kazakhstan ke S.P.A
PUTRAJAYA, 23 Okt------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini terima kunjungan daripada Regional Hub of civil service in Astana, Kazakhstan. Delegasi diketuai oleh Chairman of Steering Committee Regional Hub of Civil service in Astana, H.E Alikhan Baimenov. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah disampaikan oleh Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad. ------ MediaSPA
*Nota: Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang sedang menerima kadar KGT yang lebih tinggi daripada kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan kekal menggunakan kadar KGT tersebut secara Khas Untuk Penyandang (KUP).
Berikut merupakan maklumat jawatan skim perkhidmatan bersepadu di bawah kategori Bakat dan Seni :