Program OKU's JOBS FAIR @ PLPP DI Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan Bangi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menyertai Program OKU's JOBS FAIR @ PLPP DI Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan Bangi pada 29 November 2018. Antara perkhidmatan SPA adalah kaunter pendaftaran SPA 8i, kaunter semakan serta konsultansi jawatan-jawatan di SPA.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 38/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas tindakan tatatertib, dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 583 orang dan seramai 1,701 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 23 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 37/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 382 orang dan seramai 903 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tindakan Tatatertib, lima (5) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3)/PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)/SIJIL RENDAH PELAJARAN (SRP)
Kelayakan PT3/PMR/SRP Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PT3/PMR/SRP, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PT3/PMR/SRP berikut:
Mata Pelajaran
Syarat Minimum Gred di PT3
Syarat Minimum Gred di PMR
Syarat Minimum Gred di SRP
Bahasa Melayu
Kepujian (Gred C)
Kepujian (Gred C)
Kepujian (Gred 6)
Matematik
Lulus (Gred E)
Lulus (Gred D)
Lulus (Gred 7 atau 8)
Tiga (3) mata pelajaran lain
Lulus (Gred E)
Lulus (Gred D)
Lulus (Gred 7 atau 8)
(Rujukan: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1998 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)
Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1 dan 2 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis atau tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik:
Jawatan dan Gred
Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera
Pengawal Keselamatan Gred KP11
Sekurang-kurangnya Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya
(Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)
Berikut merupakan senarai jawatan di peringkat PT3/PMR/SRP yang ditawarkan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9):
i. Pengawas Hutan Gred G11
Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
RM1,200.00
Gaji Maksimum
RM2,977.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred G11: RM1,246.15) atau
PT3/PMR dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred G11: RM1,292.30)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.
5.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Pemohon hendaklah mendaftarkan kelayakan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Pengajian Tinggi”.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
ii. Pembantu Hidupan Liar Gred G11
Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu) Kementerian/Jabatan: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,200.00
Gaji Maksimum
: RM2,977.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred G11: RM1,200.00)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
iii. Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,218.00
Gaji Maksimum
: RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya oleh Kerajaan; dan
lesen memandu Kelas E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
berkebolehan memandu dan mengendalikan semua jenis jentera pemunggah dalam pelbagai saiz dan kekuatan. (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15) (Syarat Tambahan: Bagi tugas pengendalian kren, calon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab dalam memindah, mengangkut, mengalih dan menyusun apa juga jenis beban seperti kargo pukal, kargo pukal cerai, kontena, mesin dan lain-lain dari kapal ke dermaga atau sebaliknya, ke gudang, workshop dan lain-lain yang melibatkan pemanduan dan pengendalian jentera pemunggah seperti forklift, tractor, prime mover, transfer crane, transteiner crane, stradle crane, kangaroo crane, gantry crane, laufting crane dan levelling crane.
5.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Pemohon dengan kelayakan Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
iv. Operator Loji Gred H11
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,218.00
Gaji Maksimum
: RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
sekurang-kurangnya Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Enjin Pembakaran Dalam) Gred 2 atau Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Dandang Stim/Enjin Stim) Gred 2 mengikut mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; dan
berkebolehan mengendalikan Loji Pembakaran Dalam 40-100 Kuasa Kuda atau Loji Stim/Dandang yang luas permukaan pembakarannya di bawah 100 kaki persegi mana yang berkenaan. (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab ke atas pengendalian loji/jentera statik jabatan sama ada dandang stim atau enjin pembakaran dalam, penyenggaraan berjadual/berkala ke atas dandang, prosedur keselamatan dandang serta pengurusan sistem sokongan yang bersangkutan dengan dandang seperti mana diperuntukkan dalam peraturan yang berkuat kuasa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.
5.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Pemohon hendaklah mendaftarkan kelayakan di perkara 2(c)(ii) dan 2(c)(iii) di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
v. Pembantu Awam Gred H11
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,218.00
Gaji Maksimum
: RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,218.00) (Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia) (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
5.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Pemohon dengan kelayakan Sijil Pertolongan Cemas dan/atau kelayakan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
vi. Pemandu Kenderaan Gred H11
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,218.00
Gaji Maksimum
: RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
Lesen D: RM1,264.15
Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
Lesen F/H: RM1,356.45
Lesen G/I: RM1,402.60
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
vii. Pengawal Keselamatan Gred KP11
Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
viii. Penghantar Notis Gred N11
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,216.00
Gaji Maksimum
: RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penghantaran notis dan dokumen berkaitan kepada semua pihak yang berurusan dengan organisasi.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
ix. Bentara Parlimen Gred N11
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Parlimen Malaysia
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,216.00
Gaji Maksimum
: RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga(PT3)/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada Ahli Parlimen semasa dewan bersidang, mengedar surat, risalah dan nota-nota serta memantau keselamatan dan disiplin Ahli Parlimen dan pelawat-pelawat di dalam dewan serta membantu mengatur buku-buku/risalah-risalah dan Aturan Urusan Mesyuarat (Order Paper) sebelum persidangan dewan bermula. Turut membantu mengendalikan persidangan-persidangan antarabangsa serta mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dewan dan menjalankan tugas-tugas menyambut para tetamu yang datang ke Parlimen Malaysia terdiri daripada para tetamu kerajaan, para pembesar negara asing, delegasi luar dan dalam negara, badan-badan bukan kerajaan (NGO), para pelajar dan orang awam.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
x. Pembantu Operasi Gred N11
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,216.00
Gaji Maksimum
: RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00) atau
PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,262.15)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
xi. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Kementerian Kesihatan Malaysia
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,204.00
Gaji Maksimum
: RM3,001.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred U11: RM1,204.00)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekodkan data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
PUTRAJAYA 24 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan majlis jamuan hari raya 2019 pada Isnin. Majlis yang diadakan di dewan temu duga itu turut dihadiri Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman, Timbalan Pengerusi Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. ------- MediaSPA
Pertandingan Bola Jaring MAKSWIP 2013 , S.P.A Naib Juara
Kuala Lumpur, 10 Nov----- Pasukan Bola Jaring S.P.A telah menjadi naib johan dalam pertandingan Bola Jaring MAKSWIP 2013 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pusat Sukan Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada Ahad lepas. Dalam perlawanan akhir, pasukan S.P.A ditentang oleh pasukan dari DBKL dengan jaringan 14 – 15. Sebanyak 12 pasukan yang bertanding pada edisi kali ini. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 2/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 246 orang dan seramai 205 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
BERITA RINGKAS 28 Okt : "Laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab" Setiausaha S.P.A
PUTRAJAYA, 27 Okt------ Dato’ Zainal Abidin Ahmad mengingatkan kepada semua peringkat pegawai di S.P.A supaya melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan memberikan komitment agar program atau aktiviti yang ditetapkan dapat berjalan dengan lancar. Beliau berkata demikian di majlis perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya, petang semalam. Menurutnya lagi, S.P.A sebagai agensi peneraju dalam urusan pelantikan calon ke dalam perkhidmatan awam, mempunyai tanggungjawab besar untuk disempurnakan. Dato’ Zainal Abidin juga memaklumkan bahawa S.P.A telah berjaya memperoleh pensijilan MS ISO 9001: 2008 untuk tahun ke 9 berturut-turut dan mengucapkan tahniah kepada warga S.P.A. Perhimpunan bulanan itu turut dihadiri Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. ------ MediaSPA
LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN BERTARAF SIJIL
Pengenalan
Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam Perkhidmatan Awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.
Sesi pengambilan Latihan Separa Perubatan diadakan sebanyak dua (2) kali setahun iaitu bagi kemasukan bulan Januari dan bulan Julai. Terdapat dua (2) jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan: 3 Tahun); dan
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan: 2 Tahun)
SYARAT KELAYAKAN UMUM
Warganegara Malaysia;
Pemohon hendaklah memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
Pemohon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon. (Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
SYARAT KELAYAKAN KHUSUS MENGIKUT KATEGORI PEMOHON
Pemohon merupakan calon lepasan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.
Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
berumur tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa;
telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
Pemohon merupakan PSB dalam mana-mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:
berumur tidak melebihi 38 tahun pada sesi pengajian semasa;
telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun). (Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA Berikut merupakan senarai 10 jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang ditawarkan:
SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL Berikut merupakan senarai dua (2) jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil yang ditawarkan:
(Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
FAQ
1. Berapa kali sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan?
Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu bagi sesi kemasukan Januari dan Julai tertakluk kepada sebarang perubahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Saya telah mendapat tawaran Latihan Separa Perubatan. Di manakah tempat saya menjalani Latihan Separa Perubatan?
Pelatih separa perubatan akan menjalani Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat sembilan belas (19) ILKKM di seluruh Semenanjung Malaysia, tiga (3) di negeri Sabah dan tiga (3) di negeri Sarawak.
3. Berapa lamakah tempoh Latihan Separa Perubatan?
a. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil - 2 tahun b. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma - 3 tahun dan setahun bagi Jururawat PSL.
4. Saya merupakan pegawai sedang berkhidmat. Bolehkah saya memohon Latihan Separa Perubatan?
Boleh memohon tertakluk memenuhi Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas bagi Latihan Separa Perubatan.
5. Saya merupakan graduan dalam bidang kejururawatan di kolej swasta. Adakah saya perlu memohon Latihan Separa Perubatan untuk membolehkan saya dilantik sebagai Jururawat dalam sektor awam?
Tidak perlu.
6. Saya memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda. Adakah saya layak memohon Latihan Separa Perubatan?
Tidak layak kerana dasar ‘One Step Lower’ menetapkan kelayakan akademik tertinggi bagi pemohon Latihan Separa Perubatan adalah sehingga Diploma/setaraf (pautan ke Pendaftaran Pekerjaan SPA9)
7. Apakah syarat untuk memohon Latihan Separa Perubatan?
Sila rujuk kepada Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas bagi Latihan Separa Perubatan mengenai syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Lawatan Dari Lembaga Administrasi Negara Republik Indonesia
S.P.A, 12 Nov----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menerima lawatan delegasi dari Lembaga Administrasi Negara Republik Indonesia. Ketibaan delegasi seramai 31 orang yang terdiri dari pelbagai Kementerian di Republik Indonesia itu disambut oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R.Segarajah, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Delegasi yang diketuai oleh Dr. Ir. Setiabudhy Algamar telah diberi taklimat mengenai fungsi S.P.A, dasar dan sistem pengambilan serta transformasi yang telah dan sedang dilaksanakan di S.P.A. ----- MediaSPA