Accessibility Tools

Skip to main content

November 2013 Aktiviti 15

  • Sesi Interaksi Pengerusi S.P.A Dan Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Perlis
       
    PERLIS, 20 Nov ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan-badan Bukan Kerajaan. Sesi Interaksi yang diadakan di Dewan 2020 Kangar, Perlis itu turut dihadiri Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Pada Sesi interaksi yang ke-18 ini juga turut diadakan Karnival Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. YBhg. Tan Sri Mahmood juga turut mengunjungi setiap booth pameran dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan. Terdahulu dari itu, selepas sesi soal jawab bersama jemputan yang hadir, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut menyampaikan surat lantikan kepada 4 (empat) orang untuk jawatan Pengajar Jururawat Gred U41, Pegawai Penguatkuasa Gred N41 dan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17. Sesi sidang media turut diadakan selepas majlis selesai. ------  MediaSPA
 
 
 
 
 
 

Continue reading

November 2014 Aktiviti 23

  • Mesyuarat SPA Dan SPRM

    PUTRAJAYA 14 Nov  ------  Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam sebentar tadi mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Turut hadir Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari manakala SPRM diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme), Dato’ Haji Zakaria Haji Jaafar. Antara lain perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan pengambilan untuk kekosongan jawatan di SPRM. ------   MediaSPA

 
 

Continue reading

Januari 2015 Aktiviti 16

  • "Tugas dan peranan kakitangan awam beri penjelasan" Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA, 2 Jan ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata tugas dan peranan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan adalah memberi penerangan tetapi bukan bersifat defensive atau mempertahankan sebaliknya memberi penjelasan yang sebenarnya sama ada melalui media social, ini termasuk Facebook dan sebagainya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perhimpunan bulanan anjuran Bahagian Pengurusan Maklumat di Putrajaya petang semalam. Menurutnya lagi pada masa sekarang banyak fitnah dalam sosial media yang dilemparkan terutama kepada Kerajaan atau pun agensi /jabatan kerajaan. Tan Sri Mahmood juga berkata banyak cabaran-cabaran yang dihadapi Negara namun dengan semangat perpaduan dan kepimpinan yang ada sekarang ia telah berjaya diatasi. Dalam perhimpunan itu juga sesi pengenalan pemain dan jersi Kelab Bolasepak SPA FC musim 2015 yang akan mengharungi saingan Liga Perdana. ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

November 2015 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 13 Nov : Dato' Zainal Abidin Ahmad rasmi bengkel Pengurusan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan S.P.A

    PORT DICKSON, 13 Nov ------ Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad telah merasmikan Bengkel Pengurusan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan S.P.A, di Port Dickson malam tadi. Bengkel tiga (3) hari bermula semalam turut dihadiri Ahli Suruhanjaya, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Bengkel anjuran Bahagian Pengurusan dan ASPA itu turut menjemput pegawai perunding keselamatan maklumat sektor awam daripada MAMPU. Antara perkara yang akan dibincangkan dalam bengkel itu ialah mengenai pelan tindakan balas kecemasan (ERP) dan pelan komunikasi krisis (CCP).  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

  • 1. Apakah maksud Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    Pengesahan Dalam Perkhidmatan bermaksud proses memperakukan pegawai memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. Setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan satu (1) tahun hingga tiga (3) tahun.

     

  • 2. Apakah tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    Mengesahkan pegawai dalam perkhidmatan apabila telah berkhidmat dalam tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun dan memenuhi syarat-syarat perkhidmatan dengan perakuan Ketua Jabatan bahawa pegawai telah menjalankan tugas dengan jujur, tekun dan berkebolehan serta berpuas hati dengan sifat peribadi dan kelakuannya.

     

  • 3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    Senarai semak bagi Pengesahan Dalam Perkhidmatan boleh diperolehi melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

  • 4. Bagaimanakah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menentukan tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan seseorang pegawai?

    Berdasarkan Surat Pekeliling SPA Bilangan 3 Tahun 2011, penetapan tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi seseorang pegawai seperti berikut (mengikut mana yang terdahulu):

    i. sehari selepas genap satu (1) tahun perkhidmatan;
    ii. sehari selepas menghadiri Program Transformasi Minda (PTM), setelah genap setahun perkhidmatan;
    iii. sehari selepas lulus peperiksaan yang disyaratkan setelah genap setahun perkhidmatan;
    iv. sehari selepas tarikh kuat kuasa opsyen; dan
    v. sehari selepas mendapat perakuan Ketua Jabatan bagi pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan kerana tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan.

  • 5. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    28 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

     

  • 6. Bolehkah pegawai memohon salinan surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
    ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
    iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/

  • 7. Apakah syarat-syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    i. memenuhi tempoh percubaan;
    ii. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan/ atau lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan SYARAT-SYARAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN MENGIKUT SKIM PERKHIDMATAN 19.08.2024
    iii. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Continue reading

Januari 2017 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 12 Januari ----- "Pelbagai Kejayaan Dan Pencapaian SPA Sepanjang Tahun 2016" -- Pengerusi SPA

PUTRAJAYA, 10 Januari ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak berkata pelbagai kejayaan dan pencapaian yang membanggakan SPA telah dikecapi sepanjang tahun 2016. Antaranya ialah SPA telah menerima 1,561,206 permohonan individu untuk memasuki perkhidmatan awam. Daripada jumlah tersebut, seramai 25,046 orang calon berjaya dilantik secara tetap dan 34,640 orang calon telah dilantik secara kontrak. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat dalam Perhimpunan Bulanan SPA pertama di Putrajaya Selasa lepas. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga telah membuka Pusat Temu Duga baharu di Kuala Terengganu serta pemindahan Pusat Temu Duga SPA ke UTC Perak yang merupakan langkah penjimatan kos sewaan. Di samping itu juga SPA telah berjaya mengekalkan pensijilan semula MS ISO 9001:2008, perkongsian pintar sistem eSURAT bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), perkongsian pintar sistem eCirculation antara SPA dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, pelancaran aplikasi mobile mySPA8i dan pelancaran MyGim atau aplikasi pemarkahan temu duga secara online. SPA juga telah berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) 2016 sempena Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA). Pada peringkat kejuaraan sukan dan sosial pula, SPA muncul Juara Pertandingan Bola Jaring sempena sukan MAKSWIP 2016. Turut hadir dalam perhimpunan itu, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai SPA. MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

November 2013 Aktiviti 16

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 40/2013


    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 40/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib, tujuh (7) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 752 orang dan seramai 970 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 24 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

November 2014 Aktiviti 24

  • Badminton Persahabatan S.P.A Bertemu MSN Negeri Johor

    JOHOR BAHRU, 17 Nov  ------  Pasukan badminton Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) menang 5 – 3 dalam perlawanan badminton persahabatan bertemu pasukan Majlis Sukan Negara, Negeri Johor yang diadakan di gelanggang badminton MSN Johor Bahru, Johor malam tadi. Perlawanan turut disaksikan Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam dan Pengerusi SPA Negeri Johor Dato’ Haji Mohd Rashidi Mohd Noor. Perlawanan badminton persahabatan diadakan bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya, Mesyuarat bersama NGO Melayu, Retreat Suruhanjaya, Mesyuarat bersama Pengerusi-pengerusi dan Setiausaha-setiausaha S.P.A negeri dan Karnival Kerjaya yang diadakan di Johor Bahru bermula hari ini. ------   MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

November 2015 Aktiviti 7

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 39 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 39/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,236 orang dan seramai 2,622 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga belas (13) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tatatertib, enam (6) kertas Lembaga RayuanKenaikan Pangkat dan lima (5) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 
 

Continue reading

Pemberian Taraf Berpencen

Pemberian Taraf Berpencen

  • 1. Bilakah pegawai layak diberikan Pemberian Taraf Berpencen?

    Pemberian Taraf Berpencen layak diberikan kepada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan (menolak Skim KWSP) dan telah berkhidmat genap tempoh selama tidak kurang dari tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira serta mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

     

  • 2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pemberian Taraf Berpencen?

    Senarai semak bagi Pemberian Taraf Berpencen boleh diperolehi melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

  • 3. Bagaimanakah untuk mendapatkan Jadual Keenam - Perakuan Pemberian Taraf Berpencen oleh Ketua Jabatan?

    Jadual keenam boleh diperolehi di Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

  • 4. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pemberian Taraf Berpencen?

    28 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

     

  • 5. Bolehkah pegawai memohon salinan surat Pemberian Taraf Berpencen?

    i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
    ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
    iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/

Continue reading

Januari 2017 Aktiviti 4

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 2 Tahun 2017

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 2/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 215 orang dan seramai 350 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, sebelas (11) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tujuh (7) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 13 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

November 2013 Aktiviti 17

  • "Berhati-hati Sebelum Mengambil Tindakan Tatatertib" -- Tan Sri Mahmood Adam


    MORIB, 26 Nov ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengingatkan agar urus setia tatatertib di setiap Kementerian dan Jabatan berhati-hati sebelum membuat pertuduhan tatatertib terutama melibatkan tindakan buang kerja terhadap kakitangan di bawah seliaannya. “Urus setia tatatertib Kementerian/Jabatan hendaklah meneliti sebelum tindakan diambil terhadap yang dituduh”. Katanya lagi, ada sesetengah Kementerian/Jabatan mengambil tindakan kes-kes yang tidak jelas seperti tarikh serta masa dan ada juga kes-kes yang tidak munasabah untuk diambil tindakan. Dengan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan garis panduan terhadap tindakan yang boleh diambil sebelum membuat kertas kerja. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pengurusan Tatatertib Bagi Urus Setia Lembaga Tatatertib Kementerian/Jabatan 2013 di Morib International Resort, Banting Selangor. Turut hadir, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia. Menurutnya lagi, bengkel selama tiga (3) hari yang diadakan ini merupakan platform untuk bertukar-tukar fikiran semasa membuat perbincangan di samping dapat menimba pengalaman. ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Januari 2015 Aktiviti 18

  • Lawatan Kerja SPA Negeri Perak Ke S.P.A Malaysia

    PUTRAJAYA, 29 Jan ------ Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam di Purtajaya, semalam. Perjumpaan delegasi dari SPAN Perak diketuai oleh Pengerusinya Dato’ Jamry Haji Sury. Perjumpaan selama dua jam itu dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Tan Sri Mahmood Adam mengenai competency based interview (CBI) sesi maklum balas dan penyampaian sijil, serta cenderamata. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

November 2015 Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 18 Nov : Dato' Seri Arpah Abdul Razak rasmi bengkel pelan strategik ICT (PSICT) S.P.A 2016-2020

    MELAKA, 18 Nov ------ Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak telah merasmikan bengkel Pelan Strategik ICT (PSICT) 2016-2020 di Melaka. Bengkel tiga (3) hari bermula semalam turut dihadiri Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir, Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta pegawai-pegawai dari setiap Bahagian.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here